Bab 6: Kedatangan Raksasa

2.2K 186 19
                                        

Qistina & Zulika sedang memasak makan malam di dapur sementara Zafrel pula sedang menonton televisyen.

"Zafrel, mana Hadi?"tanya Zulika

"Oh, dia kat dalam bilik. Lepas balik sekolah tadi terus masuk bilik tak keluar-keluar. Katanya dia penat hari ni,"kata Zafrel

"Lepas ni panggil Hadi makan ya,"kata Qistina.

"Baik,ibu. Nanti zafrel pergi panggil dia kejap,"kata Zafrel lalu pergi ke bilik Hadi.

Di bilik Hadi...

Kelihatan Hadi sedang nyenyak tidur di atas katil. Dia sedang bermimpi kan sesuatu.

"Kat mana ni?"kata Hadi sambil melihat keadaan sekeliling yang kelihatan kelabu.

Di berjalan-jalan di kawasan itu & ternampak seorang budak yang sedang dipukul.

"Hentikan!!"jerit Hadi yang cuba menghalang orang itu daripada memukul budak itu tetapi apakah daya, Hadi hanya menembusi nya

"Kau memang tak guna!!! Dasar anak haram!! Pergi kau!! Pergi!!!"marah orang itu.

"Tidak! Jangan pukul!"jerit budak itu.

"Hentikan. Hentikan..hentikan!!!"jerit Hadi sehingga dia tersedar daripada mimpinya

Hadi tercungap-cungap kerana terkejut dengan mimpi itu lalu dia meraut mukanya berkali-kali.

"Astaghfirullah, mimpi rupanya. Mesti aku lupa baca doa ni,"kata Hadi sambil meraut mukanya.

Zafrel yang terdengar jeritan Hadi segera berlari menuju ke bilik Hadi.

"Hadi! Kenapa ni?"tanya Zafrel yang berada di hadapan pintu bilik Hadi.

"Hehehe, takde apa-apa lah. Hadi mengigau je,"kata Hadi sambil menggaru pipinya.

"Tulah, tak baca doa lagi sebelum tidur tu. Dah mari makan,"kata zafrel

"Baiklah, nanti Hadi turun ya,"kata Hadi

Di meja makan..

Mereka bersama-sama menikmati hidangan yang dimasak oleh Qistina & Zulika.

Walaupun begitu,  Hadi hanya banyak termenung & hanya makan sedikit dari kebiasaannya. Perkara itu membuatkan Qistina risau.

Setelah selesai, Qistina memeriksa keadaan Hadi. Hadi hanya memandang ibunya. Dia tahu yang Qistina sedang risau akan dirinya tapi apa yang dia boleh lakukan selain berdoa yang keadaan dia tidak terlalu teruk.

"Nampaknya, kamu perlu rehat lah esok ,Hadi. Tubuh kamu lemah lagi ni,"kata Qistina.

"Tapi, Hadi tak suka duduk rumah,"kata Hadi

"Jangan macam tu sayang. Ibu tahu kamu tak suka tapi untuk 1 hari je ya,"kata Qistina sambil mengusap kepala anaknya.

"Baiklah, Hadi dengar cakap ibu,"kata Hadi sambil memandang Qistina.

Keesokannya, Hadi terpaksa tinggal di rumah seorang diri kerana Zafrel ada latihan penting di sekolah, Zulika pula ada kelas untuk peperiksaan penting & ibunya tidak dapat meminta cuti.

Hadi hanya membaringkan dirinya di atas sofa sambil memakai jaket berhodie yang dapat menghangatkan badannya sambil menonton televisyen & makan coklat yang diberikan oleh Zulika sebelum pergi ke sekolah.

"Masyallah, sedapnya coklat. Alhamdulillah, rezeki Allah SWT,"kata Hadi sambil menggigit coklat.

Di sekolah..

Nurin pergi ke bilik guru untuk menghantar buku kepada Encik Hazrul.

"Terima kasih, Nurin sebab tolong,"kata Encik Hazrul.

"Sama-sama,cikgu. Sebenarnya, saya nak tanya. Cikgu tahu tak Hadi kat mana?"Tanya Nurin.

"Hadi Haikal ya. Dia tak datang hari ni katanya dia tak sihat hari ni,"kata Encik Hazrul.

"Oh, kalau macam tu saya pergi dulu ya,"kata Nurin laku pergi ke kelasnya.

Yang hanya ada difikirannya hanyalah tentang Hadi. Pelbagai misteri masih menyelubungi fikiran dia.

"Muka dia nampak pucat & tiba-tiba saja dia sakit kepala kelmarin. Mungkin itu adalah sebab tiba-tiba dia sakit agaknya. Harap-harap dia cepat sembuh,"bisik Nurin.

Raykal berasa tidak puas hati kerana tidak dapat melepaskan geramnya pada Hadi seperti biasa.

"Tak guna, dah lah budak tu tak datang. Buat aku meluat je,"rungut Raykal.

"Apa boleh buat, kita tunggu jelah dia datang lepas tu kita belasah dia cukup-cukup sampai puas,"kata Aziz.

Selepas waktu sekolah...

Nurin telah meminta alamat rumah Hadi & membawa beberapa helai kerja rumah yang perlu dia berikan kepada Hadi.

Lalu dia  pergi ke rumah Hadi dengan menaiki kereta peribadinya. Ketika dalam perjalanan & hampir tiba di rumah Hadi, kelihatan seekor raksasa muncul lalu menyerang kawasan tersebut. Nurin yang melihat perkara itu segera keluar dari kereta lalu mengeluarkan senjata kuasa nya.

"Tunggu! Jangan pergi Puan!"kata pembantunya.

"Jangan risau, saya akan datang balik!"kata Nurin yang mengeluarkan pedangnya lalu terbang ke arah raksasa itu.

Hadi yang tertidur di atas sofa tiba-tiba terbangun kerana kekecohan yang berlaku di luar sana lalu berlari keluar dari rumahnya.

Hadi dapat melihat Nurin yang sedang bertarung dengan raksasa itu. Hadi dengan segera mengeluarkan pedangnya lalu terbang ke sana.

Nurin yang sedang menyerang raksasa itu tanpa sedang hampir dipukul oleh raksasa & dia tidak sempat mengelak.

Hadi yang tiba-tiba muncul terus saja menghalang raksasa itu daripada memukul Nurin lalu menyerang raksasa itu habis-habisan sehingga raksasa itu mati & lenyap menjadi abu.

Nurin mendarat di hadapan rumah Hadi. Dia memandang Hadi yang sudah kelihatan penat kerana mengalah raksasa itu.

"Hadi,terima kasih sebab selamatkan aku. Aku harap aku boleh balas jasa kau,"ucap Nurin.

"Haha, T..takde hal lah. Aku suka sangat tolong orang!! Tapi aku harap kau tak kisah,"kata Hadi yang muka terhuyung-hayang macam nak jatuh.

"Kau ok ke? Nampak macam kau pening je,"kata Nurin yang mula risau.

"Aku ok lah! Aku kan Hadi Budak Bersayap Hitam!"ucap Hadi sebelum jatuh pengsan kat depan Nurin

"Aaaa!! Hadi!! Janganlah pengsan kat sini!!"jerit Nurin yang tiba-tiba terkejut dengan keadaan itu.

Bersambung..

Hadi:Budak Bersayap Hitam [Completed]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang