Bab 11:Sukan Tahunan (Part 4)

1.9K 178 12
                                    

Kerana janji, Adam membelikan Hadi sebatang aiskrim coklat lalu memberikannya kepada Hadi.

"Terima kasih, abang Adam untuk aiskrim ni!"ucap Hadi lalu memakan aiskrim coklat itu.

Tak lama selepas itu, sebuah pengumuman telah diberitahu oleh Encik Hazrul agar para atlet yang menyertai acara sukan yang seterusnya segera berkumpul kerana acara bakal bermula. Zafrel & ahli kumpulannya terpaksa pergi kerana acara sukan mereka.

"Maaf,Hadi. Mungkin kita akan berbual lagi lepas ni. Kami ada sukan yang perlu dimenangi,"kata Adam  sambil melambaikan tangannya ke arah Hadi & berjalan pergi dengan yang lain.

"Jangan paksa diri sangat ya!"kata Adriana yang mengikuti Adam.

"Hadi, maaf kalau abang tak sempat nak habiskan masa dengan kamu,"kata Zafrel sambil memegang bahu Hadi.

"Takpe, Hadi gembira sangat sebab dapat abang yang penyayang macam abang,"kata Hadi sambil memeluk Zafrel.

Setelah itu, Zafrel pergi meninggalkan Hadi yang masih sedang memakan aiskrim coklat itu.

Pada masa yang sama, Nurin yang kini berada tidak jauh dari Hadi hanya mampu memandang Hadi dari jauh. Dia takut & malu untuk menghadap muka Hadi. Dia bersalah sangat sebab tinggalkan Hadi macam tu.

Jadi dia hanya membatalkan niatnya untuk berjumpa dengan Hadi lalu berjalan pergi.

Hadi hanya memerhatikan Abangnya, Zafrel yang sedang bersaing dalam pertandingan bola jaring diantara pelajar sekolahnya.

Tetapi, Pelajar dari sekolah Hadi memilih untuk menggunakan tektik kotor untuk memenangi pertandingan itu. Ketika Zafrel sedang menghantar bola kepada ahli kumpulannya yang lain, pelajar dari sekolah Hadi telah melanggar zafrel sehingga zafrel terjatuh dengan sagat kuat.

Zafrel meraung kesakitan sehingga permainan terpaksa dihentikan. Hadi yang melihat perkara itu segera berlari ke arah abangnya.

Zafrel telah dibawa ke bilik rawatan. Tangan zafrel telah terseliuh sehingga dia tidak mampu menyertai mana-mana acara sukan kerana tolakan itu. Hadi hanya memandang abangnya yang kelihatan sedih & risau.

"Abang ok?"tanya Hadi sambil memandang tangan zafrel yang berbalut.

"Ok je, tangan abang cuma terseliuh. Nampaknya abang takkan dapat sertai kejohanan bola tampar yang bakal diadakan nanti," kata zafrel yang berasa sedikit kecewa.

Hadi memandang abangnya dengan perasaan simpati. Dia tidak menyangka perkara sebegini akan terjadi.

Zafrel membaringkan dirinya di atas katil. Hadi tahu yang abangnya sedang kecewa kerana orang lain memberikan harapan kepada Zafrel untuk memenangi pertandingan tersebut lalu Hadi menggunakan memberikan separuh dari tenaganya kepada Zafrel agar dia dapat sembuh dengan cepat.

Dia tak mahu melihat orang yang dia sayangi kecewa begitu jugak lah Zafrel. Satu-satunya abang yang dia ada.

Setelah beberapa jam, setiap acara sukan telah berjaya dihabiskan dengan jayanya. Kini, giliran Hadi pula untuk menyertai acara sukannya iaitu satu-satunya acara sukan yang terakhir,Larian 800 meter.

Ini pasti cabaran yang sangat besar buat Hadi. Dia harus menanggung risiko yang bakal dia hadapi & dia hanya mampu berdoa agar penyakitnya tidak menyerang ketika dia sedang berlari.

Maka, Hadi & para atlet yang lain mulai berkumpul ditempah masing-masing. Hadi mulai berasa berdebar-debar kerana ini adalah sukan pertama yang dia sertai di sekolah.

Pengadil berdiri di bahagian tepi para atlet & memastikan agar para atlet bersiap sedia sebelum meniup wiselnya.

Hadi menarik nafasnya lalu menghembuskan nafasnya perlahan-lahan & bersiap sedia menunggu wisel ditiup eh pengadil.

Hadi:Budak Bersayap Hitam [Completed]Where stories live. Discover now