Bab 109: Bertarung Sehingga Ke Titisan Darah Yang Terakhir

935 87 7
                                        

Red Alpha/Arman hanya memandang Hadi yang sedang diselubungi oleh aura putih yang misteri itu. Dia sangat terkejut dengan apa yang dia lihat. Kuasa apa yang digunakan oleh Hadi sehingga dia masih mampu berdiri gagap walaupun sudah ditikam dengan teruk tadi?

"Tak guna! Rasakan ni!!"jerit Red/Alpha Arman lalu melibas pedangnya ke arah Hadi.

Walaupun begitu, Hadi hanya menahan pedang sang lelaki itu menggunakan tangannya lalu menumbuk Red/Alpha Arman dengan kuat sehingga dia terpelanting & terlanggar beberapa pohon pokok yang berada di sekitar situ sehingga tumbang.

Hadi terus saja berjalan mendekati sang lelaki itu tanpa mengeluarkan sebarang kata-kata & tetap saja merenung Red Alpha/Arman. Sang lelaki itu terus saja bangun lalu menyerang Hadi dengan menumbuk tubuh sang remaja itu bertubi-tubi. Walaupun begitu, Hadi berjaya menghalang setiap satu daripada serangan itu lalu menendang sang lelaki itu.

Sang lelaki itu hanya mengerang kesakitan sambil memandang Hadi. Dia bagaikan tidak mempercayai apa yang dia lihat pada diri sang remaja itu.

"Kenapa? Kenapa kau boleh jadi sekuat ni?! Kenapa?! Sepatutnya kau dah mati?! Macam mana kau boleh hidup?!"marah Red Alpha/Arman.

Hadi hanya merenung Red Alpha/Arman dengan pandangan kosong. Dia bagaikan seorang manusia tanpa perasaan seperti boneka. Dia terus saja berjalan ke arah sang lelaki itu tanpa memandang ke arah lain mahupun menjawab pertanyaan sang lelaki itu.

"Berani betul kau!!! Rasakan ni!!"jerit Red Alpha/Arman lalu menyerang Hadi bertubi-tubi menggunakan pedangnya.

Hadi terus saja mengelak setiap serangan itu lalu muncul dibelakang Red Alpha/Arman lalu menendangnya lagi. Sang lelaki itu mulai bangun & hilang sabar. Dia terus saja  menyerang malah terus menyerang Hadi tanpa henti.

Sementara beberapa minit...

Ia tetap saja gagal menyerang Hadi. Dia terus saja melepaskan lelahnya selepas apa yang berlaku. Dia terpegun dengan kehebatan Hadi yang semakin kuat itu. Adakah itu kuasa Sebenar Hadi?

Sang lelaki itu terus saja memandang Hadi yang mulai berjalan mendekati dirinya lalu menendang pedang milik Red Alpha/Arman jauh darinya. Sang lelaki itu kehilangan idea untuk melepaskan dirinya itu.

"Baiklah, kamu menang! Ayah tahu ayah salah. Ayah menyerah kalah dengan apa yang berlaku. Ayah sedar yang ayah tak kuat & ayah juga sedar akan kesilapan ayah. Tolonglah maafkan ayah, Hadi,"rayu Red Alpha/Arman.

Aura disekeliling Hadi mulai menghilang lalu Hadi terus saja memandang ayahnya itu. Dia pada mulanya tidak mempercayai hal itu lalu dia terus saja memeluk Red Alpha/Arman tanpa berfikir panjang.

"Ayah, maafkan Hadi sebab sakiti ayah. Hadi cuma mahu selamatkan orang lain, itu je,"kata Hadi sambil memeluk Red Alpha/Arman.

"Macam tu ya. Maafkan ayah lagi, Hadi. Kita mungkin takkan bersama sebab ia pasti menjadi sesuatu yang agak menyusahkan,"kata Red Alpha/Arman.

Tanpa sedar, Hadi tidak mengetahui yang ada sesuatu yang buruk bakal berlaku ketika dia sedang memeluk ayahnya itu.

"Kenapa? Kenapa ayah cakap- Urgh!"belum sempat Hadi menghabiskan kata-katanya, dia terus saja terkaku malah dapat merasai ada sesuatu yang tajam ditikam tepat pada bahagian pinggangnya.

"Kenapa kau terlalu senang tertipu? Kau terlalu mudah diperdayakan lebih dari apa yang aku sangkakan. Kau ingat senang-senang je aku nak menyerah macam tu? Kau memang bertuah sebab dapat rasai kasih sayang aku ni kan?"kata Red Alpha/Arman sambil tersenyum lalu perlahan-lahan menarik pisau lipat yang menikam pinggang Hadi.

Sebelum dia memperdayakan Hadi, dia sempat menyembunyikan sebuah pisau lipat yang kecil di dalam tapak tangannya lalu berpura-pura yang dia mahu berubah laku mengambil keputusan untuk menikam sang remaja itu sebaik saja Hadi termakan umpan itu.

Hadi hanya menekup luka nya itu. Dia mulai batuk darah akibat tikaman itu. Red Alpha/Arman hanya tersenyum sinis kerana berpuas hati dengan tindakannya itu.

"Lebih baik kau menyerah saja. Kau hanya menganggu kerja aku. Lebih baik kau pergi saja dari sini atau mati saja di sini,"kata Red Alpha/Arman lalu membuka sayapnya & terbang meninggalkan Hadi yang mulai terbaring di atas tanah itu.

Hadi hanya melihat Red Alpha/Arman yang sedang terbang meninggalkan dirinya. Walaupun begitu, dia tidak mengalah lalu dia terus saja menggoyangkan salah satu daripada lengan bajunya lalu membalut lukanya itu.

Di tempat Red Alpha/Arman berada...

Sang lelaki itu sedang terbang menuju ke tempat peninggalan sejarah itu. Tiba-tiba saja, sebuah impak yang kuat hampir mengenainya sehingga menyebabkan dirinya hampir terjatuh ketika sedang terbang.

Dia terus saja berpaling & terpandang Hadi yang sedang terbang sambil badannya diselubungi oleh aura putih yang sama seperti sebelumnya. Hadi terus saja melibas pedangnya sehingga mengenai sayap Red Alpha/Arman lalu menyebabkan sang lelaki itu terjatuh.

Hadi terus saja menyerang Red Alpha/Arman tanpa henti ketika dia sedang menjunam jatuh. Dia terus saja menyerang Red Alpha/Arman bertubi-tubi sehingga sang lelaki itu terus saja terjatuh di atas tanah. Walaupun begitu, Red Alpha/Arman masih terus saja gagah berdiri lalu menghasilkan sebuah bebola tenaga merah yang besar.

"Kau fikir aku akan menyerah?! Jangan haraplah!! Rasakan ni!! Magic spell: Dark energy ball!!!"jerit Red Alpha/Arman lalu melontarkan bebola tenaga yang besar itu ke arah Hadi.

Pada masa yang sama juga, Hadi terus saja mengangkat pedangnya tinggi ke atas langit sambil melibas-libas pedangnya perlahan-lahan.

"Aku takkan menyerah! Selagi aku bersama mereka, selagi itulah aku akan tetap berusaha untuk menjadi lebih kuat & melindungi mereka malah aku juga akan bertarung sehingga ke titisan darah yang terakhir!!! Sword art techniques:The sword of the pure nation!!!"jerit Hadi laku melibas pedangnya dengan sangat pantas sehingga menghasilkan sebuah impak yang sangat kuat & luarbiasa daripada yang sebelumnya.

Red Alpha/Arman hanya memandang libasan yang sedang bergerak pantas ke serangan magis nya itu. Hadi hanya memandang Red Alpha/Arman yang sedang terkaku di situ.

"Maafkan Hadi, Ayah. Terima kasih. Hadi sayang sangat pada ayah,"kata Hadi sambil tersenyum kelat pada sang ayahnya itu.

Akhirnya, serangan libasan pedang Hadi itu telah bertembung dengan bebola tenaga  yang dihasilkan oleh Red Alpha/Arman lalu menghasilkan sebuah letupan yang kuat sehingga menghasilkan sebuah impak yang kuat sehingga dapat dirasai dalam jarak yang sangat jauh.

Akhirnya, serangan libasan pedang Hadi itu telah bertembung dengan bebola tenaga  yang dihasilkan oleh Red Alpha/Arman lalu menghasilkan sebuah letupan yang kuat sehingga menghasilkan sebuah impak yang kuat sehingga dapat dirasai dalam jarak yang ...

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Dari kejauhan, para sahabat Hadi & tentera yang lain dapat melihat letupan yang besar dari situ sehingga mereka mulai ditolak malah dirempuh oleh angin yang terhasil oleh impak yang kuat diantara pertembungan serangan  Hadi & Red Alpha/Arman. Mereka semua terus saja saling berpaut pada benda-benda & pokok yang ada disekitar mereka.

"Apa dah jadi ni?!?"jerit Encik Hazrul sambil menahan kesan impak itu.

"B.. bertahan semua!!"jerit Komander Aziz sambil memandang mereka semua.

Sebaik saja impak itu mulai menghilang, mereka semua terus saja terbatuk kerana debu yang berterbangan akibat serangan itu. Perlahan-lahan, mereka semua mulai membuka mata & melihat keadaan disekeliling sebaik saja debu-debu itu mulai menghilang.

Adakah Hadi telah berjaya menewaskan Red Alpha/Arman atau disebaliknya?

Bersambung....

Hadi:Budak Bersayap Hitam [Completed]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang