Hadi Haikal, seorang budak yang dianggap berbeza dari kaum yang lain kerana memiliki sayap yang berwarna hitam malah dia adalah satu-satunya yang hanya memiliki sayap seperti itu.
Kerana kelihatan berbeza dia telah dipulau kan begitu juga oleh kelu...
Aryan terus saja mengelak serangan ikatan tali merah milik Rikana. Sang budak perempuan itu kelihatan semakin geram kerana gagal menangkap Aryan, Zakwan & Afiq. Mereka mampu saja mengelak setiap serangan itu.
"Apa ni?! Tak adil lah!!"marah Rikana.
"Hahaha, mana tak adil! Kau tu yang tak adil lah budak kecik!"ejek Afiq sambil menjelirkan lidahnya kerana mahu menaikkan amarahnya itu.
"Apa dia?!! Berani betul kau!! Mari sini kita main dengan boneka!"kata Rikana dengan marah sambil tersenyum sinis.
Tiba-tiba, tali merah milik Rikana mulai membaluti bahagian tubuh para tentera & raksasa yang sudah mati. Mereka mulai bergerak seperti boneka tali yang dikawal oleh Rikana. Sang budak perempuan itu hanya tersenyum sinis memandang mereka yang bersama para tentera yang masih hidup sudah dikepung oleh para tentera & raksasa Zombie miliknya.
"Berseronoklah dengan boneka kesayangan aku,"kata Rikana sambil tersenyum sinis.
Mereka semua terus saja melindungi para tentera yang masih hidup daripada diserang oleh para Zombie itu. Walaupun begitu, bilangan musuh batu mereka itu terlalu ramai.
Pada masa yang sama, dengan ketajaman mata Aryan, sang remaja Serigala itu terlihat tali halus lut sinar sedang membaluti seluruh tubuh zombie-zombie itu lalu memotongnya menggunakan pedang berkembar miliknya & mengakibatkan salah satu daripada Zombie itu rebah.
"Aryan tahu!!! Cepat potong tali lut sinar yang ada pada badan mereka!!"jerit Aryan.
Yang lain hanya mengangguk tanda faham lalu melakukan apa yang dikata oleh Aryan. Satu-persatu Zombie mulai rebah & kalah ditangan mereka. Rikana hanya berdecit tanda geram.
"Rasakan ni!! Libasan pedang angin!!!"jerit Aryan lalu melibas serangan angin ke arah Rikana sehingga menyebabkan sang budak perempuan itu terpelanting.
Rikana kelihatan semakin marah lalu mengeluarkan tali merahnya lagi & mengikat tubuh Aryan. Walaupun begitu, Afiq dengan segera terus saja menggunakan kuasanya lalu bergerak dengan pantas & memotong tali itu & membebaskan Aryan.
"Apa?!! Tak guna!!"marah Rikana.
"Maaf, kau terlalu lengah lah. Ucapkan selamat malam,"kata Zakwan yang tiba-tiba saja muncul dibelakang sang budak perempuan itu lalu menembak peluru berisi ubat tidur ke arahnya.
Akhirnya, mereka berjaya mengalahkan Rikana Si Pengawal Boneka. Kini sang budak perempuan itu hanya tertidur nyenyak & sebagai langkah berjaga-jaga Zakwan telah mengikat tangan musuh mereka menggunakan sarung tangan & badannya terus saja diikat dengan rantai agar tidak terlepas.
Mereka tidak menyangka yang budak sekecil Rikana ini turut menjadi ahli kumpulan Bloody Phantom. Tanpa sedar, Afiq telah terpandang sebuah cip mikro bewarna merah pada leher sang remaja itu lalu menghancurkannya tanpa mencederakan Rikana.
Tiba-tiba saja, Rikana tersedar & memandang mereka. Dia kelihatan keliru & innocent saja. Sang budak perempuan itu terus saja memandang mereka sambil menangis
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"M.. maaf! Terima kasih sebab tolong bebaskan saya daripada kawalan Red Alpha! Terima kasih! Maaf tentang apa yang jadi!"kata Rikana sambil menangis.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"Apa?"kata Aryan sambil memandang pelik ke arah Rikana.
"Tunggu, apa maksud kau Kawalan Red Alpha?"tanya Afiq.
"Sebenarnya, saya telah diculik & dipaksa oleh Red Alpha untuk menyertai kumpulan Bloody Phantom kerana kelebihan saya. Walaupun begitu, saya menolak dengan keras. Tetapi Red Alpha memang kejam & memaksa kami melakukan apa saja yang dia mahukan. Jadi dia cipta satu cip mikro yang setiap satunya berada di leher kami untuk kawal kami,"kata Rikana.
"Jadi mereka semua tu tak jahat lah sebenarnya?"tanya Zakwan.
"Ya, mereka semua sama saja seperti saya. Mereka semua diculik & diperlakukan seperti saya. Sudah bertahun mereka telah diperlakukan sebegitu kecuali saya yang baru saja diculik 3 bulan yang lepas. Kami mampu melihat semua perbuatan yang telah kami lakukan dengan penuh perasaan sedih, kecewa & takut tapi kami tak boleh mengawal pergerakan & percakapan kami. Disebabkan itulah ramai yang menganggap kami jahat,"kata Rikana lagi.
"Macam tu ya, nampaknya kita kena bagitau yang lain tentang ni,"kata Afiq.
"Tapi, hanya seorang saja yang rela masuk kumpulan Bloody Phantom tanpa pengawalan. Nama dia Firdaus,"kata Rikana.
"Apa?!" Firdaus?!"kata Aryan & Afiq yang kelihatan sangat terkejut sebaik saja mendengar kata-kata Rikana. "Ya, dia datang bertemu dengan Red Alpha kerana sebuah dendam pada salah seorang daripada sahabat kamu. Walaupun begitu, mereka sependapat kerana Red Alpha turut mahukan sahabat kamu itu & tujuan mereka tidak kah baik,"kata Rikana.
"Kalau macam tu, kita kena bagitau yang lain cepat!"kata Aryan.
"Baiklah! Semua, ni Afiq! Aku ada benda nak bagitau!"kata Afiq sambil menghubungi yang lain.
Sahabat mereka terus saja mendengar apa yang dikata oleh Afiq walaupun begitu, tiba-tiba saja hubungan mereka terputus sebaik saja berlaku ganggu terhadap signal mereka. Sayangnya, Afiq tidak sempat memberitahu mereka tentang tujuan Red Alpha yang mahukan Hadi.
"Habislah! Signal kita terganggu sehingga menyebabkan pertalian kita terputus!"kata Afiq.
"Macam mana ni?"tanya Aryan yang kelihatan cemas.
Sementara itu, Zakwan terus saja melepaskan Rikana. Walaupun begitu, tentera kumpulan C kelihatan was-was untuk mempercayai sang budak perempuan itu selepas apa yang jadi. Walaupun begitu, demi memenangi peperangan ini mereka perlu tetap saja melakukan apa yang perlu termasuklah mempercayai Rikana.
"Baiklah! Mari kita pergi ke kawasan Utara yang merupakan tempat dimana tempat peninggalan sejarah terletak! Di situlah Red Alpha berada!"kata Rikana.
"Baiklah! Mari bergerak ke sana sekarang!!"arah Zakwan.
"Baiklah!!"kata mereka semua.
Mereka semua segera menuju ke kawasan utara untuk membantu sahabat & para tentera yang lain. Walaupun begitu, ia mungkin mengambil sedikit masa kerana jarak perjalanan ke sana yang duduk jauh dari sini.