Hadi Haikal, seorang budak yang dianggap berbeza dari kaum yang lain kerana memiliki sayap yang berwarna hitam malah dia adalah satu-satunya yang hanya memiliki sayap seperti itu.
Kerana kelihatan berbeza dia telah dipulau kan begitu juga oleh kelu...
Kelihatan Hadi & Haikal sedang melepaskan lelahnya selepas melawan Firdaus dalam jangka masa yang sangat lama. Walaupun begitu, mereka sudah berjaya mengalahkan Firdaus & sang lelaki itu hanya terbaring lemah.
"Huh, huh, nasib baiklah,"kata Hadi sambil melepaskan lelahnya.
Sebenarnya, Hadi telah menggunakan libasan pedangnya yang kuat itu sebaik saja mendapati yang para tentera sudah berada di tempat yang selamat & akibat libasan itu, Firdaus terus saja tumbang tetapi ia tidak dapat memadamkan api dendam yang ada pada sang lelaki itu.
"Hahaha! Kau memang tak guna! K..kau rampas apa yang sepatutnya jadi milik aku!!! Kau..kau musnahkan hidup aku!!"marah Firdaus.
"Hei!!! Dengar sini!! Berani betul kau cakap macam tu pada kawan aku!! Itu memang dah takdir dia untuk dapat apa yang menjadi haknya! Kau lah yang tak guna kat sini sebab tak terima hakikat sebuah takdir!!! Dasar tak guna!!!"marah Raykal lalu menumbuk muka Firdaus sehingga sang lelaki itu pengsan.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"Raykal! Bertenang! Jangan bertindak diluar jangkaan kau!"jerit Hadi sambil menarik Raykale menjauh dari Firdaus yang sudah tidak sedarkan diri itu.
Walaupun Firdaus musuh mereka, Hadi tidak akan membenarkan Raykal bertindak begitu. Dia risau kalau-kalau Raykal akan bertindak di luar jangkaan nanti.
Sebaik saja selesai dirawat, pada tentera dai kumpulan A yang cedera telah dibawa pulang oleh para tentera unit rawatan untuk menerima rawatan yang lebih baik & begitu juga dengan Firdaus yang turut dibawa pergi sebaik saja Hadi mengikat sang lelaki itu menggunakan rantai kuasanya.
Imbas kembali....
Hadi & Raykal masih gagah berdiri untuk melawan Firdaus. Sang lelaki itu hanya tersenyum sinis sambil memandang mereka. Dia tidak mengalah lalu terus saja menyerang Hadi & Raykal.
Mereka terus saja mengelak serangan itu. Firdaus hanya berdecit tanda geram kerana tidak berjaya menyerang mereka berdua. Hadi hanya memandang Raykal lalu membuat isyarat agar Raykal berada jauh darinya.
"Semua!!! Cepat Berlindung!!!"jerit Komander Aziz yang turut terlihat isyarat itu.
Kesemua para tentera kumpulan A bersama Raykal & Komander Aziz terus saja berada jauh dari Hadi. Mereka tahu yang Hadi mahu melakukan sesuatu yang mungkin tersangatlah merbahaya.
"Tak! Tapi kau yang akan kalah! Rasakan serangan aku ni!!! Libasan pedang!!"jerit Hadi lalu melibas pedangnya ke arah Firdaus.
Pada mulanya, Firdaus menyangka yang ia cuma serangan biasa. Walaupun begitu, dia salah & serangan itu jauh lebih besar malah kuat dari apa yang dia sendiri bayangkan. Firdaus hanya memandang libasan kuasa yang keluar dari pedang Hadi. Sayangnya, dia tidak sempat mengelak. Tubuhnya kaku kerana terlalu terpegun dengan kuasa itu.