Bab 107: Pertarungan Antara 2 Bangsa Berbeza

906 96 11
                                        

NOTE: mungkin memiliki unsur kekasaran, berdarah, kekejaman, trauma & mungkin akan mengecewakan sebahagian daripada apa Readers yang baca bab ni..⚠️⚠️⚠️

Yang lain hanya melihat Hadi & Red Alpha/Arman yang sedang bertarung nyawa melawan diri masing-masing. Mereka bergerak dengan sangat pantas sehingga mereka tidak dapat melihat mereka.

Hadi hanya melibas-libas pedangnya sehingga menghasilkan impak yang kuat ke arah Red Alpha/Arman. Sang lelaki itu terus saja mengelak lalu muncul dibelakang Hadi lalu menyerang sang remaja itu sehingga terpelanting ke belakang.

"Hadi!"jerit mereka yang mahu berlari ke arah Sahabat mereka.

Walaupun begitu, Hadi terus saja bangun lalu mengelap darah pada bibirnya & menuju dengan pantas ke arah Red Alpha/Arman lalu menyerangnya. Walaupun begitu, Red Alpha/Arman sempat mengelak lalu melibas pedangnya sehingga mengenai bahu Hadi.

Hadi hanya meraung kesakitan. Red Alpha/Arman hanya tersenyum sinis lalu terus saja menyerang Hadi. Sang remaja itu tidak mengalah lalu terus saja melawannya.

 Sang remaja itu tidak mengalah lalu terus saja melawannya

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Setiap lagaan diantara senjata mereka jelas kedengaran. Perlawanan itu tidak berhenti walaupun sesaat. Yang lain hanya menjadi pemerhati dalam perlawanan itu. Tiada gunanya kalau mereka masuk campur pertarungan yang luar biasa itu. Mereka pasti akan terlebih dahulu yang akan tumbang nanti.

Hadi terus saja melibas pedangnya dengan kuat sehingga mengenai Red Alpha/Arman sehingga dia terpelanting ke belakang. Sang lelaki itu hanya menekup rusuk kirinya yang tercedera akibat serangan Hadi. Walaupun begitu, Hadi sudah mencapai hadnya. Sang remaja itu terus saja jatuh terduduk sambil melepaskan lelahnya.

"Kasihan betul. Aku tak sangka yang keturunan bangsa bersayap hitam selemah ni. Anggap sajalah ini riwayat terakhir kau,"kata Red Alpha/Arman sambil mengangkat pedangnya tinggi ke langit untuk memancung kepala dah remaja itu.

"Hadi!! Hati-hati!!"jerit mereka.

Tiba-tiba, Eva terus saja menembak Red Alpha/Arman untuk menghalangnya daripada membunuh sang remaja itu tetapi pelurunya sempat dihalang oleh sang lelaki itu. Red Alpha/Arman terus saja muncul dihadapan Eva lalu melibaskan pedangnya ke arah Eva sehingga membuatkan sang general itu tumbang.

Zakwan & Encik Hazrul terus saja terkaku sebaik saja melihat perkara itu begitu juga dengan yang lain. Komander Aziz bagaikan tidak mempercayai yang general itu juga telah tumbang ditangan musuh mereka.

"Eva!!!"jerit Zakwan & Encik Hazrul serentak.

Hadi yang melihat perkara itu mulai hilang sabar lalu terus saja mengagahkan diri untuk bangun lalu menendang Red Alpha/Arman. Hadi terus saja memandang mereka. Dia tahu yang kawasan ini sangat merbahaya & mereka perlu segera pergi dari situ.

"Semua!! Pergi dari sini!! Ia terlalu merbahaya!"jerit Hadi.

"Tapi, macam mana dengan kau, Hadi?!"tanya Mazrul.

"Pergi! Jangan risaukan aku! Aku akan kalahkan dia!"kata Hadi.

Tiba-tiba, Red Alpha muncul lalu menolak Hadi dengan kuat sehingga mereka terpelanting jauh dari kawasan istana yang ada di tempat peninggalan sejarah itu.

"Hadi!!!"jerit mereka sebaik saja melihat sahabat mereka diserang & dibawa pergi dari situ.

Di sebuah kawasan berhutan yang sedikit jauh dari situ...

Red Alpha/Arman terus saja mencampakkan Hadi ke kawasan berhutan itu lalu menumbuk-numbuk tubuh sang remaja itu. Hadi cuba menepis & mengelak setiap serangan itu.

"Kenapa?! Kenapa kau masih belum mengalah!!?"marah Red Alpha/Arman.

"A..aku takkan mengalah!! Aku akan terus berlawan selagi aku mampu!!"jerit Hadi lalu menendang perut Red Alpha/ Arman.

Pergaduhan diantara 2 bangsa itu hanya berterusan tanpa henti. Tiada siapa pun yang mahu mengalah mahupun berhenti. Adil ke pertarungan diantara orang yang hidup beratus-ratusan tahun lawan dengan orang yang baru berumur 17 tahun ni? Memang logik lah kalau Red Alpha/Arman ni kuat orangnya.

Hadi hanya melepaskan lelahnya sambil memandang sang musuhnya itu. Pertarungan mereka telah berlangsung selama sejam lebih & masih tiada sesiapa pun yang mahu mengalah. Masing-masing memiliki kekuatan yang tidak terkira kuatnya.

Tiba-tiba, Red Alpha/Arman tersenyum sinis sambil memandang Hadi lalu bergerak dengan pantas ke arahnya & menendang dada Hadi dengan kuat sehingga membuatkan sang remaja itu terjatuh sambil mengerang kesakitan.

"Heh, senang betul nak kalahkan kau ni. Kau terlalu lemah untuk lawan aku! Aku jauh lebih kau dari kau! Mana bangsa Bersayap Hitam yang dikatakan bangsa paling kuat tu?"hina Red Alpha/Arman sambil memandang Hadi.

Hadi hanya terbatuk tanpa henti sambil memegang dadanya yang sakit akibat tendangan itu. Dia terus saja merenung Red Alpha/Arman yang sudah melebihi batas itu. Dia tidak boleh lagi membiarkan sang lelaki itu daripada meneruskan hal seperti itu. Walaupun begitu, sudah terlambat, Red Alpha/Arman terus saja menendang Hadi sehingga sang remaja itu terbaring lalu menikam dadanya.

Hadi hanya meronta-ronta kesakitan sambil dadanya ditikam oleh Red Alpha/Arman. Hadi hanya memandang sang lelaki itu. Mukanya langsung tidak menunjukkan sebarang belas kasihan melainkan senyuman sinis yang baginya pembunuhan & penyeksaan yang kejam itu, hanyalah permainan semata-mata.

"Tiada gunanya lagi kalau kau terus melawan. Lebih baik kau tidur je. Ada kata-kata terakhir, bangsa jijik tak guna?"tanya Red Alpha Arman sambil memandang Hadi.

Hadi hanya terdiam. Dia sudah tidak tahu apa yang perlu dia lakukan. Dia sudah tidak mampu lagi untuk bangun mahupun menggerakkan badannya itu. Apa yang dia rasai pada ketika itu hanyalah kesakitan. Bukan kerana tikaman itu tetapi kerana sedih dengan sikap ayahnya yang sudah jatuh ke jalan yang salah.

Dia berasa sangat kecewa pada dirinya kerana gagal menghalang ayahnya itu & mungkin sekarang nyawa orang lain akan mulai bahaya & akhirnya mereka akan mati kerana penderitaan akibat daripada perbuatan ayahnya itu.

Pada ketika itu, perlahan-lahan suasana mulai gelap. Semakin lama semakin kabur penglihatan sang remaja itu. Perlahan-lahan, nafasnya terasa perlahan & sesak. Perlahan-lahan, nadinya mulai berdenyut perlahan. Perlahan-lahan, jantungnya mulai berdegup dengan perlahan. Perlahan-lahan, dia dapat merasai suasana yang mulai terasa sejuk.

Dia hanya memandang sang ayahnya itu. Orang yang menjaga, melindungi & menjadi temannya setiap kali dia bersendirian sebelum semuanya hilang kerana sebuah pergaduhan yang tidak sependapat diantara 2 bangsa berbeza. Kerana dia dilahirkan dengan sayapnya yang berwarna hitam itu, Red Alpha/Arman tidak dapat menerimanya.

"Kau nak tahu kenapa aku buat semua ni? Sebenarnya, disebabkan kau lah, aku buat semua ni. Aku pada mulanya bergembira kerana dapat melihat bangsa jijik seperti kau pupus. Tapi disebabkan kau lah, aku buat semua benda keji ni!! Kau lah puncanya!! Anggap sajalah ini adalah hukuman buat bangsa bersayap hitam & kau yang jijik ni!!!"kata Red Alpha/Arman sambil memandang Hadi.

Hadi hanya memandang ayahnya. Dia tidak dapat mengatakan apa-apa selepas apa yang dia dengar daripada kata-kata orang tersayangnya itu. Hatinya retak akibat kata-kata ayahnya yang sangat menyakitkan & menyinggung perasaan itu.

Tanpa sedar, Hadi terpandang emping-emping salji yang mulai turun dari langit. Nampaknya, musim sejuk sudah tiba pada waktu dimana ia menjadi hari yang teruk buat sang remaja itu.

Apa yang harus dia lakukan? Adakah ini penamat hidupnya? Adakah ini pengakhiran Hadi? Mungkinkah ayahnya, Red Alpha Arman telah berjaya mengalahkannya & berjaya melakukan apa yang telah dirancangkan itu?

Bersambung...

Hadi:Budak Bersayap Hitam [Completed]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang