Bab 59: Keletihan

1.2K 127 19
                                    

Setelah berjam-jam sedang menyiapkan komiknya, akhirnya dia sudah berjaya menyiapkan komiknya itu. Dia menghembuskan nafas lega lalu memandang jam yang sudah menunjukkan jam 6 pagi. Dia meletakkan kepalanya di atas meja sambil merungut & menyalahkan diri sendiri.

"Ugh, kenapalah kena jadi macam ni? Tak boleh ke aku rehat dulu?"rungut Hadi lalu dia bangun & pergi membersihkan diri untuk solat subuh

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Ugh, kenapalah kena jadi macam ni? Tak boleh ke aku rehat dulu?"rungut Hadi lalu dia bangun & pergi membersihkan diri untuk solat subuh.

Ketika dia memasuki ke dalam bilik, dia terlihat Nurin yang sedang solat subuh. Dia menunggu Nurin sehingga dia selesai solat. Setelah Nurin selesai, Nurin memandang Hadi yang sedang duduk di atas katil sambil menunggu nya.

"Hadi, awak tak tidur ke semalam?"tanya Nurin lalu memandang Hadi.

"Sebenarnya, saya tertidur kat dalam bilik sambil buat kerja. Itu je,"kata Hadi yang cuba menyembunyikan hal sebenar.

Nurin memandang Hadi yang sedikit pucat & ada lingkaran hitam di bawah matanya. Dia semestinya tidur lewat semalam. Setelah itu, Nurin pergi ke dapur untuk menyediakan sarapan.

Tak lama kemudian...

Hadi turun ke ruang tamu setelah selesai menunaikan solat subuh. Dia duduk di sofa. Rasa letih  & mengantuk yang amat sangat mulai mencengkam dirinya itu. Mahu saja dia tidur di situ tetapi dia tidak boleh kerana dia masih ada urusan yang perlu dia lakukan. Dia bangun lalu pergi ke dapur untuk menolong Nurin menyediakan sarapan mereka.

"Hadi, tak perlulah. Awak pergi lah rehat dulu. Awak mesti penat sebab buat kerja sampai lewat malam kan,"kata Nurin yang serba salah untuk membenarkan Hadi menolongnya.

"Takpe, aku sebagai suami kau perlulah menolong,"kata Hadi sambil tersenyum.

Setelah itu, mereka pun menghidangkan makanan di atas meja lalu makan bersama-sama selepas membaca doa. Nurin memandang Hadi yang sedikit lauk pada pagi itu. Dia perasan yang Hadi tidak begitu berselera pada pagi itu & hanya menjamah sedikit saja makanan yang dimakan.

Nurin tahu yang pasti ada sebab kenapa Hadi menjadi sebegini bagi itu. Setelah selesai, Nurin pergi ke dapur untuk mencuci pinggan mangkuk yang kotor di singki sementara Hadi masih duduk di meja makan itu.

Selepas selesai mencuci pinggan mangkuk, Nurin bersiap untuk pergi ke istana kerana urusan kerja. Sebelum dia keluar, dia melihat Hadi sedang baring di atas sofa.

"Hadi, saya pergi dulu ya. Kalau ada apa-apa telefon tau,"kata Nurin lalu berjalan keluar dari rumah.

Hadi hanya mengangguk & cuba untuk tidur. Sudah seharian dia menyiap komiknya itu sehingga dia lupa untuk berehat & mendapatkan tidur yang mencukupi. Bagi orang lain ia pasti perkara biasa tetapi tidak buat Hadi.

Perkara itu akan menganggu dirinya sehingga banyak perkara yang dia tidak mampu dja lakukan & itu adalah kesan daripada penyakit misterinya itu. Dia mulai terasa pening lalu pergi ke dapur untuk mencari ubat peningnya tetapi Hadi baru saja teringat yang ubatnya telah habis lalu dia menghubungi Nurin.

Hadi:Budak Bersayap Hitam [Completed]Where stories live. Discover now