Setelah beberapa hari kemudian...
Akhirnya, Hadi & Aryan sudah dibenarkan untuk keluar dari hospital sudah kali keberapa agaknya lah dia masuk ke hospital itu. Hadi sendiri pun sudah lupa akan hal itu. Walaupun begitu, dia sudah penatlah masuk keluar hospital.
Dari kecik hingga besar, tak pernah tak masuk hospital. Bak kata Hadi, sekali setahun mesti wajib masuk hospital cuma tahun itu je dia dah masuk kali ke puluhan berapa dah dia masuk hospital agaknya tu. Malas betul lah dia nak fikir pasal tu. Dia cuma nak balik & baring kat atas katil sambil rehat puas-puas. Lagi pun sekolah dah habis & dia cuma perlu menerima permohonan kemasukan ke universiti saja untuk tahun hadapan.
Sebelum mereka pulang ke rumah masing-masing, mereka semua berkumpul di hadapan hospital lalu bersalam & mengucapkan selamat tinggal. Aryan hanya memeluk abang tirinya, Hadi sebelum pulang ke rumah bersama dengan Qistina & Zakwan manakala Hadi pula pulang dengan menaiki kereta yang dipandu oleh Nurin sendiri.
Dia sebenarnya terpegun jugak lah sebab isteri dia ni pandai bawak kereta tanpa memerlukan bantuan dari pengawal peribadinya sendiri pun. Hadi hanya memandang ke arah luar tingkap. Kadangkala rasa lain je bila hidup dengan orang lain selain dari keluarga tapi dia bahagia sangat sebab bertemu Nurin & dia berharap sangat dapat membuatkan isterinya itu bahagia.
Pada masa yang sama, Nurin berhenti di sebuah pasar raya yang berada di sekitar bandar itu untuk membeli barang dapur lalu dia memandang Hadi.
"Saya nak beli barang kejap. Awak nak ikut ke?"tanya Nurin.
"Boleh jugak tapi boleh tak kalau aku beli coklat?"tanya Hadi sambil tersenyum memandang Nurin.
"Haha, ada-ada je awak ni, Hadi. Setakat coklat tu, apa salahnya,"kata Nurin sambil ketawa kecil.
Setelah mengunci kereta, mereka pun berjalan bersama lalu masuk ke dalam pasar raya. Hadi hanya memandang Nurin yang sedang sibuk memilih barangan di rak pasar raya itu. Kalau nak tolong, Nurin larang dia sebab risau dengan Hadi yang baru keluar dari hospital. Hadi hanya mampu mengeluh kerana terlalu kebosanan sebab tak boleh nak tolong isteri kesayangan dia.
"Nurin, boleh lah. Aku nak tolong kau,"rayu Hadi.
"Tak perlu, awak ikut saya je. Kalau jadi apa-apa susah pulak,"kata Nurin.
Adui, membunuh betul ayat tu. Hadi hanya menundukkan kepalanya dengan penuh kecewa. Dia dah bosan sangat tunggu Nurin & dia hanya berjalan mengikuti isterinya saja. Nak tolak troli pun, isteri kesayangannya tak bagi.
"Kenapalah risau dia ni boleh jadi keterlaluan kadang-kadang?"kata Hadi dalam hati.
Setelah beberapa jam kemudian..
Setelah selesai membayar barang mereka, mereka singgah di sebuah kafe yang ada di luar pasar raya itu & hanya berada berdekatan kawasan itu saja. Nurin hanya memandang Hadi yang kelihatan tak puas hati itu.
"Kenapa ni?"tanya Nurin sambil menghirup strawberi milk shake miliknya.
"Bosanlah, kenapa Nurin tak nak bagi Hadi tolong?"rungut Hadi sambil menguis-nguis kertas tisu di hadapannya.
"Ala, Hadi ni. Tak comel lah kalau merajuk. Lagi pun, Hadi kena rehat dulu. Lain kali baru boleh tolong tau. Faham tak, sayang?"pujuk Nurin.
Pipi Hadi mulai berona kemerahan sebaik saja mendengar pujukan Nurin laku berpaling ke arah lain. Malu betul lah rasanya. Dah lah kat public ni, siapa tak malu kan?
"Hehe, tahu pun. Lain kali jangan merajuk lagi ya,"usik Nurin.
"Janganlah, macam tu Nurin. Malu lah,"kata Hadi sambil mengembungkan pipinya.
Tiba-tiba, kesemua papan iklan digital & rangkaian internet malah sistem komputer mahupun telefon pintar mereka mulai tertutup dengan sendirinya & kelihatan sebuah video secara langsung mulai muncul. Bukan mereka saja yang alami hal itu, tetapi semua orang yang berada di situ.
"Selamat bertemu para manusia, nama Aku adalah Red Alpha, Ketua Bloody Phantom. Aku ada sesuatu yang nak diberitahu kepada korang semua,"kata Red Alpha sebaik saja muncul di setiap skrin telefon, komputer mahupun papan iklan digital.
Semua orang hanya menonton siaran itu. Mereka kelihatan sedikit ketakutan selepas apa yang berlaku.
"Kamu semua kelihatan sangat menyedihkan. Suka sekali menganggu kami dalam melakukan kerja. Mungkin kau fikir kau dah menang tapi aku masih ada banyak perkara lagi. Ingat, aku takkan berdiam diri untuk dapatkan apa yang aku nak. Lebih baik kau bersiap sedia. Muahaha!!"ketawa Red Alpha.
Orang-orang di kawasan itu mulai berasa takut. Mereka takut kalau-kalau nyawa mereka akan diancam. Hadi hanya mampu menggenggam penumbuknya tanda geram. Dia takkan melepaskan Red Alpha & konco-konconya atas apa yang mereka lakukan.
"Ingat, bersiap sedialah kerana perang diantara kita baru saja mahu bermula jadi bersiap sedialah, Hadi kerana perang ini adalah sebuah pedang yang besar & pastikan kau bersedia dilokasi ini 3 bulan akan datang pada tepat jam 9 malam atau mereka semua akan mati!!"kata Red Alpha sambil tersenyum sinis sebelum kesemua rangkaian kembali pulih seperti biasa.
Semua orang yang ada di situ mulai berlari kerana ketakutan. Nurin & Hadi memandang sesama mereka. Nampaknya, keadaan bakal berubah jadi mereka perlu segera pergi ke istana.
Di istana...
Kelihatan para pembesar Kerajaan Sinar Mutiara bersama Permaisuri Nur Kasih & Raja Nasmir sedang sibuk mengumpul maklumat untuk dibincang di ruang mesyuarat. Nurin terus saja keluar dari kereta sambil menarik tangan Hadi. Mereka harus cepat kerana hal ini bukan perkara kecil kerana ia mungkin melibatkan nyawa orang ramai.
"Ayahanda! Bonda! Kita kena bincangkan sesuatu!"kata Nurin sambil berjalan ke arah Permaisuri Nur Kasih & Raja Nasmir Alim.
"Anakanda, syukurlah kamu datang. Cepat panggil Sahabat-sahabat kamu. Kita perlu bincangkan semua ni dengan segera,"kata Raja Nasmir.
"Baiklah, saya faham,"kata Nurin laku menghubungi semua sahabatnya.
Hadi pula masih melepaskan lelahnya setelah penat berlari tadi. Laju betul si Nurin lari sampai dia pun jadi masa tarikan dia. Nampaknya tak dapatlah dia sambut majlis kesyukuran sempena keputusan cemerlang di sekolah nanti & ada sebuah peperangan bakal berlaku di hadapan mereka.
Para pembesar kelihatan kelam-kabut mencari maklumat & mengumpul sebanyak mungkin maklumat itu. Hadi pula tidak tahu mahu buat apa melainkan hanya memandang Nurin. Dia risau akan keadaan itu. Kerana ini adalah sebuah malang petaka yang sangat besar untuk kerajaan mereka.
"Jadi inilah rasanya jadi orang atasan yang memerintah. Mereka sentiasa sibuk selagi mereka memerintah dengan baik. Mungkin aku juga patut berusaha untuk jadi lebih kuat agar aku dapat melindungi orang lain seperti mereka yang sedang berpenat lelah untuk melindungi rakyat mereka. Aku kagum,"kata Hadi perlahan.
Nurin menyimpan telefon pintarnya ke dalam pocket seluarnya lalu menarik Hadi pergi ke ruangan mesyuarat. Bukan mereka saja yang terlibat malah Raja & pembesar dari kerajaan yang berada dibawah naungan mereka juga turut datang untuk membincang hal itu.
Hadi dapat melihat kerisauan yang amat sangat mulai terpapar pada setiap wajah mereka semua. Ini kali pertama dia melihat suasana seperti ini. Dia hanya mampu memandang tangannya yang kelihatan menggigil. Dia turut berasa gementar kerana dia sama sekali tidak mengenali mahu mengetahui musuh yang bakal dia hadapi malah dia tidak tahu berapa kuat Red alpha & mungkin dia akan menjadi jauh lebih kuat dari dirinya.
Hadi memandang kristal pemberian Kalnuri Beast. Itulah satu-satunya pemberian berharga yang diberikan kepadanya kerana Tok Mukim pernah memberitahunya sesuatu yang teruk & menakutkan tentang kristal itu jadi dia harus menjaga kristal itu dengan baik agar tidak jatuh ke tangan yang salah.
Bersambung....
![](https://img.wattpad.com/cover/247040988-288-k433413.jpg)
YOU ARE READING
Hadi:Budak Bersayap Hitam [Completed]
FantasyHadi Haikal, seorang budak yang dianggap berbeza dari kaum yang lain kerana memiliki sayap yang berwarna hitam malah dia adalah satu-satunya yang hanya memiliki sayap seperti itu. Kerana kelihatan berbeza dia telah dipulau kan begitu juga oleh kelu...