Hadi Haikal, seorang budak yang dianggap berbeza dari kaum yang lain kerana memiliki sayap yang berwarna hitam malah dia adalah satu-satunya yang hanya memiliki sayap seperti itu.
Kerana kelihatan berbeza dia telah dipulau kan begitu juga oleh kelu...
Hadi memandang abangnya, Zafrel yang sedang berdiri di hadapannya. Dia mulai berhenti meronta.
"Hadi, ini abang, Zafrel. Abang tahu yang kamu masih ada di situ, Hadi. Tolonglah, kembali kepada kami. Abang nak jumpa adik abang semula. Janganlah terikut-ikut dengan amarah kamu. Abang merayu. Kamu kan adik kesayangan abang kan? Abang ada belikan kamu coklat kegemaran kamu, coklat pudina,"kata Zafrel sambil menangis.
Hadi mulai terdiam sambil memandang Zafrel. Amarahnya mulai menghilangkan sedikit demi sedikit sehingga aura bayangan yang membaluti tubuhnya itu mulai lenyap dari tubuhnya. Hadi hanya memandang Zafrel sambil tersenyum.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"Terima kasih, abang,"kata Hadi sambil tersenyum kelat.
Hadi berjalan mendekati jasad isterinya, Nurin yang sedang terbaring kaku di atas tanah. Ana pula kelihatan sedang menangis kerana Nurin yang kini sedang tenat & nadi nya sudah mulai melemah. Hadi duduk di hadapan jasad Nurin lalu meletakkan tangannya pada tangan Nurin & menggunakan sepenuh tenaga nya sehingga merawat kecederaan sehingga benar-benar sembuh.
Nurin bangun perlahan-lahan lalu memandang Hadi sedang memandang nya. Nurin terus saja memeluk suaminya itu. Dia menangis teresak-esak kerana bersyukur sangat yang Hadi masih selamat. Hadi hanya membalas pelukan Nurin tanpa berkata apa-apa. Dia bersyukur teramat sangat kerana berjaya menyelamatkan Nurin sebelum terlambat.
Hadi hanya menyandarkan kepalanya pada bahu Nurin sambil memegang dadanya yang mulai terasa sakit akibat tikaman itu. Dia sudah terlalu kepenatan kerana menggunakan tenaganya malah penyakitnya mulai menyerang pada waktu yang salah lagi. Dia tetap saja menahan kesakitannya itu sambil nafasnya tercungap-cungap.
Hadi tidak mendengar pertanyaan Nurin malah sebaliknya, dia sudah tidak memiliki sebarang kudrat lagi untuk bergerak atau bercakap. Penglihatan nya mulai mengabur & akhirnya dia jatuh tidak sedarkan diri tetapi sempat disambut oleh Nurin.
"Hadi?kenapa ni? Hadi jawablah,"panggil Nurin sambil menepuk-nepuk pipi Hadi agar dia tetap saja sedarkan diri sebelum bantuan tiba.
Tetapi, dia sudah tidak mampu menahan lagi. Suasana disekelilingnya mulai terasa sejuk sebelum dia benar-benar tidak sedarkan diri sambil menekup luka tikaman di bahagian perutnya.
Raina membaringkan badan Hadi lalu menanggalkan jaket yang dipakainya lalu mengoyakkan nya menjadi beberapa bahagian sebelum menekup luka tikaman di bahagian dada & perut Hadi & membalutnya agar dapat memberhentikan pendarahan itu. Ana juga turut membantu dengan menyalurkan kuasa penyembuhan nya pada Hadi.
Pada masa yang sama, Zakwan & Qistina telah datang ke arah mereka. Zafrel pula sedang membantu Afiq keluar dari runtuhan dinding itu. Raykal & Mazrul pula membantu Zulika merawat Aryan dengan membalut luka-luka dibadannya.
"Kak Z..Zulika, a..abang Hadi. D..dia ok ke?"tanya Aryan dengan lemah sambil memandang Hadi.
Zulika terdiam. Dia tidak sanggup menjawab pertanyaan Aryan. Lagi-lagi ketika Aryan sedang berada dalam keadaan yang lemah seperti ini. Itu pasti akan menyebabkan keadaan semakin teruk lalu dia mengusap kepala Aryan perlahan.
"Jangan risau, Aryan. Abang Hadi akan selamat,"kata Zulika lalu menggunakan kuasanya untuk menidurkan Aryan.
Qistina dengan perasaan cemas, segera bertindak memeriksa keadaan Hadi. Dia memang pakar dengan keadaan itu kerana dia bekerja sebagai seorang doktor. Walaupun begitu, dia tidak dapat berbuat apa-apa selagi belum membawa Hadi pergi ke hospital yang mempunyai pelbagai kelengkapan melainkan dia menggunakan kuasanya untuk menyelamatkan keadaan Hadi yang semakin melemah.
"Nampaknya tiada cara lain melainkan kita periksa keadaan dia menggunakan kuasa saya. Tapi ada risiko untuk selamatkan Hadi,"kata Qistina.
Qistina segera menggunakan kuasanya dengan menggunakan penglihatan X-ray untuk memeriksa keadaan tubuh & tulang Hadi. Tanpa sedar, Qistina terlihat ada beberapa serpihan pedang besi yang patah berada di bahagian perut berdekatan dengan luka tikaman itu.
"Kenapa Qistina? Apa yang awak nampak?"tanya Zakwan.
"Nampaknya, ada beberapa serpihan pedang besi yang patah ada di sekitar bahagian perutnya. Saya takde pilihan lain selain membedah dia di sini,"kata Qistina.
"Tapi, takkan ke itu bahaya? Mungkin kita perlu tunggu bantuan tiba,"kata Zakwan yang sedikit risau.
"Tak, itu akan menyebabkan keadaan semakin teruk. Lagi pun ini bukan serpihan pedang besi yang biasa. Ini adalah pedang yang dihasilkan khas menggunakan kuasa & itu akan menganggu organ dalamannya daripada terus berfungsi,"kata Qistina.
"Baiklah, bantu saya bawa Hadi masuk ke dalam bilik di dalam dewan itu. Kita tak boleh buat di sini,"kata Qistina.
Zakwan tanpa melengahkan masa, terus saja membantu Qistina membawa Hadi masuk ke dalam bilik yang berada di dalam dewan itu lalu membaringkan Hadi di atas sebuah meja yang besar. Qistina mengeluarkan beberapa peralatan media & ubat sebelum bersiap sedia membedah Hadi.
"Awak pasti boleh buat ni?"tanya Zakwan sambil memandang Qistina.
"Ya, sebab saya seorang doktor pakar bedah & dia adalah anak saya. Saya takkan sesekali membiarkan dia mati tanpa sebarang bantuan,"kata Qistina lalu menyarung sarung tangan getah.
Qistina mencuci luka Hadi sebelum mencapai sebuah pisau Skalpel untuk memulakan pembedahan itu. Walaupun ia kedengaran biasa, ia tetap rumit kerana pembedahan itu dilakukan di bilik itu. Setelah selesai melakukan sedikit pembedahan yang rumit itu, Qistina berjaya mengeluarkan kesemua serpihan pedang besi itu lalu menjahit luka itu.
Tak lama kemudian, sebuah ambulan telah tiba di hadapan dewan itu. Tanpa melengahkan masa, para medik segera membawa Hadi & sahabat-sahabatnya yang cedera ke hospital. Qistina hanya mampu memandang pemergian ambulan itu. Sekurang-kurangnya dia berjaya menyelamatkan nyawa anaknya sendiri. Itu sudah memadai untuk membuatkan nya sedikit lega.
Walaupun begitu, Firdaus telah berjaya melarikan diri ketika Hadi sedang mengamuk & dihalang oleh abang malah sahabat-sahabatnya untuk membunuhnya. Firdaus terus saja berlari menyelamatkan dirinya sebelum dia ditangkap. Bukan itu sahaja, dia mulai menyimpan dendam terhadap Hadi kerana telah menganggu kerjanya untuk menculik & membawa Nurin pergi.
Dia mulai merancang untuk membalas dendam terhadap Hadi sehingga dia terseksa dengan teruk sehingga mati. Itulah apa yang dia mahu. Dia dari dulu lagi tidak menyukai Hadi sejak dia melihat Hadi kelihatan rapat dengan Nurin.
Dia mulai cemburu kerana melihat Nurin yang lebih banyak memberikan perhatian kepada Hadi berbanding dirinya yang sentiasa menjadi sahabat & rakan sekelas Nurin di dalam kelasnya. Walaupun begitu, cintanya tidak berbalas & itu membuatkan dia semakin kecewa malah mengambil keputusan untuk menculik Nurin agar dapat menjauhkannya daripada Hadi & menjadi miliknya.
Dia hanya menyandarkan badannya di dinding di dibelakang sebuah bangunan setelah penat melarikan diri. Dia tersenyum sinis sebelum ketawa dengan kuat.
"Hahaha! Kau ingat kau boleh halang aku ya, Hadi? Kau patut sedar posisi kau dulu sebelum merampas Nurin kesayangan aku. Aku dah lama benci kau begitu juga dengan ketua aku. Aku akan pastikan kau menyesal dengan apa yang kau dah buat pada hidup aku!!"jerit Firdaus sambil menumbuk dinding bangunan itu tanpa henti.
Dia berasa semakin geram saja sebaik saja mendengar nama Hadi. Amarah & dendamnya semakin membara setiap kali melihat Hadi apatah lagi mendengar suara daripada si perampas itu. Firdaus mulai bertekad untuk membalas dendam terhadap Hadi.