Bab 18:Kisah Pertemuan Kami (Part 1)

1.8K 157 20
                                        

Beberapa tahun lalu...

Afiq yang berumur 6 tahun & abangnya, Jazmal Al-Amra yang berumur 11 tahun sedang berlatih di taman istana bersama dengan pembantu mereka.

Ketika itu, Afiq baru saja sedang belajar terbang bersama abangnya.

"Bagus tu! Terbang tinggi lagi Afiq!"kata Jazmal

"Baiklah, abang!!!"jerit Afiq lalu terbang semakin tinggi

Semasa Afiq sedang terbang mereka tiba-tiba saja diserang oleh musuh.
Musuh yang mereka itu melihat Afiq yang sedang terbang lalu menembak Afiq sehingga menyebab salah satu daripada tembakan itu mengenai Afiq
Sehingga menyebabkan dia tidak dapat mengawal penerbangannya.

"Afiq!!!! Bertahan!!"jerit Jazmal yang cuba menyelamatkan Afiq tetapi telah dihalang oleh musuh-musuhnya & menyebab dia terpaksa melawan musuh itu terlebih dahulu.

Pada masa yang sama, Pembantu mereka yang sedang membuka pintu Telepotasi untuk menyelamatkan Afiq tiba-tiba ditembak menyebab dia sukar untuk mengawal kuasa .

Afiq yang gagal mengawal penerbangannya telah terbang memasuki pintu Telepotasi itu sebelum tertutup.

"Afiq!!!!"jerit Jazmal yang melihat adiknya telah hilang dari pandangannya.

Di sesuatu tempat..

Pintu Telepotasi telah terbuka, Afiq tiba-tiba saja terkeluar daripada pintu itu lalu terjatuh berdekatan dengan kawasan hutan yang dia tidak ketahui.

Di hutan..

Afiq cuba bangun tetapi dia mendapati kakinya telah cedera kerana kejatuhan tadi & tangannya juga cedera kerana terkena tembakan tadi. Dia cuba sedaya upaya untuk bergerak tetapi apakah daya, dengan keadaannya sekarang dia pasti tidak mampu bergerak.

Tiba-tiba, sekumpulan serigala berjalan ke arahnya & cuba untuk menerkam Afiq. Afiq yang melihat perkara itu berasa sangat takut kerana dia tidak dapat melindungi dirinya sekarang. Dia hanya mampu berdoa agar dia diselamatkan oleh seseorang.

Pada masa yang sama, Hadi yang sedang berjalan di situ melihat keadaan itu lalu datang menyelamatkan Afiq.

Serigala itu semakin mendekat ke arah Afiq tetapi tepat pada masanya Hadi datang lalu melindungi Afiq.

"Jangan! Dia cedera! Tolong lah,"kata Hadi kepada sekumpulan serigala itu.

Serigala itu pun melolong lalu mendekati Hadi seperti mereka sudah mengenali Hadi yang sudah menjadi tuan mereka.

Hadi mengusap-usap kepala mereka semua lalu dia berjalan mendekati Afiq yang kelihatan ketakutan.

"J..jangan dekat! Jangan bunuh saya! Tolonglah!"jerit Afiq yang ketakutan.

"Shh, jangan risau. Semuanya akan baik. Saya datang nak tolong,"kata Hadi sambil memeriksa keadaan Afiq.

Afiq mulai tenang & pada masa yang sama, Afiq dapat melihat badan Hadi yang dibaluti oleh pembalut luka & plaster.

Dia ingin menanyakan hal itu tetapi buat masa sekarang lebih baik dia mendiamkan dirinya sebagai Langkah keselamatan itu.

"Baiklah, tahan sikit ya,"kata Hadi sambil tersenyum lalu mengeluarkan sebuah kotak first aid yang sederhana besar lalu merawat kecederaan yang dialami oleh Afiq.

Setelah itu, Hadi memberikannya makanan & minuman. Afiq yang menerima pemberian Hadi itu terus saja makan & minum.

"Macam tulah, awak boleh jalan tak?"tanya Hadi

"T..tak boleh, sakit,"jawab Afiq yang kelihatan sedih.

"Kalau macam tu, mari kita naik kereta nak tak? Kita kena pergi ke kabin untuk keselamatan tau,"kata Hadi sambil tersenyum lalu memandang kumpulan serigala tadi.

Hadi:Budak Bersayap Hitam [Completed]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang