Hadi Haikal, seorang budak yang dianggap berbeza dari kaum yang lain kerana memiliki sayap yang berwarna hitam malah dia adalah satu-satunya yang hanya memiliki sayap seperti itu.
Kerana kelihatan berbeza dia telah dipulau kan begitu juga oleh kelu...
Mereka berjalan masuk ke dalam wad Aryan. Mereka melihat Aryan sedang duduk di atas katil. Aryan memandang mereka semua & dia kelihatan senang sebaik saja terlihat keadaan Nurin yang kelihatan baik itu.
"Assalamualaikum ryan, apa kau rasa hari ni?"tanya Afiq yang berjalan bersama tangan yang berbalut akibat cedera diserang oleh Hadi ketika dia hilang kawalan.
"Aku ok je. Bukannya teruk sangat pun. Macam mana dengan yang lain? Semuanya baik ke?"tanya Aryan sambil memandang mereka.
"Aku pun cedera jugak tapi tak seteruk Hadi lah. Dia dimasukkan ke wad kecemasan semalam,"kata Zafrel.
Aryan hanya menundukkan kepalanya. Dia berasa serba salah saja kerana tidak dapat menolong Hadi ketika dia memerlukan bantuan. Zafrel memegang bahunya sambil tersenyum.
"Jangan risaulah, Hadi tu kan kuat. Mesti dia akan ok,"kata Zafrel.
"Boleh kita pergi ke wad abang Hadi tak?"tanya Aryan sambil memandang Zafrel.
"Baiklah, tapi janji jangan lama sangat tau,"kata Zafrel.
Setelah itu, mereka pun berjalan ke wad Hadi. Ketika mereka masuk ke dalam wad Hadi, mereka mendapati yang Hadi sudah tidak ada di atas katil. Mereka semua mulai panik dengan keadaan itu.
"Hadi? Mana pulak budak ni pergi?"kata Zafrel sambil memandang keadaan sekeliling di dalam wad itu.
"Haih, susah betul lah perangai budak sorang tu. Apalah yang dia buat pula kali ni?"rungut Raykal.
"Mana dia pergi? Dia kena culik ke? Atau apa-apa ke? Aku risau lah,"kata Nurul yang mulai panik.
"Aku tak tahu pulak Nurin boleh jadi sepanik ni,"kata Mazrul.
"Sabar, Nurin. Mesti dia ada pergi kat mana-mana tu,"kata Ana sambil mengusap belakang sahabatnya itu.
Tiba-tiba, kelihatan kelibat seseorang berada dibelakang mereka semua. Muka yang penuh tanda tanya & innocent itu terus saja menegur mereka.
"Assalamualaikum! Korang buat apa berdiri kat depan pintu tu?"tanya sang remaja itu.
"Shh, diamlah. Kami tengah siasat mana perginya kawan kami pergi,"kata Mazrul tanpa memandang sang remaja itu.
"Ye ke? Siapa yang hilang tu? Boleh kita tolong tak?"tanya sang remaja itu.
"Nama dia Hadi & dia sama je macam kau,"kata Mazrul lalu memandang sang remaja itu.
"Sama macam saya?"tanya Hadi.
"Yelah kalau tak apa...Hadi??!??!"jerit Mazrul.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Mereka mulai berpaling ke arah mereka setelah mendengar jeritan Mazrul. Mereka terkaku diam sebaik saja memandang Hadi yang sedang berdiri di hadapan mereka.