Kini, tibalah waktu rehat sementara buat para atlet yang menyertai acara sukan. Hadi melihat abangnya yang masih digerumuni oleh para peminat. Kasihan sungguh abangnya itu. Nak berehat pun susah sebab kena ganggu macam tu jugak lah bagi ahli kumpulan Zafrel.
Adam hanya mengeluh dengan keadaan itu. Sesak rasanya nak lepaskan diri dari para peminat ni sampai lah dia terlihat Hadi yang sedang duduk termenung lalu dia menegurnya.
"Yo,Hadi!!! Kau ke tu?!"panggil Adam.
"Oh, Abang Adam! Lama tak jumpa!"kata Hadi sambil melambaikan tangannya.
Perbuatan Hadi itu mengejutkan para peminat di sekolahnya. Mereka tidak menyangka yang Hadi berkawan dengan para kumpulan Zafrel.
Zafrel & ahli kumpulannya yang mendengar teguran Adam segera berjalan ke arah Hadi.
"Hai, Hadi. Lama tak jumpa kau. Jadi kat sini rupanya sekolah kau ya. Menarik jugak kau ni,"kata Adriana
"Kau apa khabar? Aku harap sangat kita boleh bermain bola tampar lagi nanti,"kata Akmal sambil mengusap-usap kepala Hadi.
"Hehehe, bila-bila je kalau tak sibuk agaknya," kata Hadi yang mulai tersipu malu kerana dilayan sebegitu
Para peminat yang lain mulai terkejut & cemburu. Mereka tak sangka yang Hadi akan dilayan dengan baik sekali & apa yang menyebabkan Zafrel & ahli kumpulan mereka atau lebih dikenali sebagai The White Sky kelihatan sayang padanya.
Maka, giliran Zafrel yang mulai mendekati Hadi. Sebenarnya, Zafrel mempunyai ramai peminat & hampir semua sekolah mengenalinya & memendam perasaan terhadap Zafrel tetapi diendahkan oleh Zafrel.
Zafrel sendiri juga tidak suka dengan hal itu. Tetapi dia tetap kena bersyukur dengan rezeki yang Allah SWT berikan kepadanya sebagai orang yang hebat dalam sukan sekalipun.
Zafrel yang mendekati Hadi itu terus dipeluk erat oleh Hadi. Perbuatan Hadi itu membuatkan semua orang marah & si Raykal datang lalu menariknya pergi menjauhi kawasan itu.
Di sesuatu tempat..
Raykal menolak Hadi ke dinding. Hadi hanya mampu menahan sakit. Para peminat yang tidak suka dengan perbuatan Hadi jugak berada di situ bagi menyaksikan Hadi dihukum.
"Kau ingat kau siapa nak buat macam tu hah?!! Berani betul kau ya! Kau tahu tak siapa dia tu!! Tahu tak?!"jerit Raykal sambil menarik kolar baju Hadi
Hadi hanya terdiam kerana dia tidak menyangka yang perbuatan dia boleh menyebabkan orang lain marah padanya sebegitu sekali.
"Kenapa kau diam?!!jawab lah!! Kau ni memang nak kena!!"jerit Raykal lalu menumbuk pipi Hadi dengan kuat sambil diikuti oleh Aziz & Farid yang turut serta memukulnya
Tiba-tiba, Zafrel & kumpulannya datang & menghentikan semua perbuatan Raykal & ahli kumpulannya itu.
"Berhenti!!! Jangan apa-apa kan dia!"jerit Zafrel lalu menghalang Raykal & ahli kumpulannya yang lain.
Raykal mulai berhenti & memandang Hadi dengan perasan marah yang meluat.
Zafrel & ahli kumpulannya berkumpul disekeliling Hadi.
"Hadi, kamu tak apa-apa ke?"tanya Zafrel yang kelihatan cemas & risau.
Hadi mengangguk perlahan tetapi hidungnya mulai berdarah & itu membuat Zafrel & ahli kumpulannya semakin risau dengan Hadi.
"Kau ok ke?! Kau ingat tak siapa dia?!"tanya Adam sambil menunjuk tangannya ke arah Zafrel.
"Mestilah Zafrel, abang Hadi,"kata Hadi sambil mengesat darah di hidungnya.
![](https://img.wattpad.com/cover/247040988-288-k433413.jpg)
YOU ARE READING
Hadi:Budak Bersayap Hitam [Completed]
FantasyHadi Haikal, seorang budak yang dianggap berbeza dari kaum yang lain kerana memiliki sayap yang berwarna hitam malah dia adalah satu-satunya yang hanya memiliki sayap seperti itu. Kerana kelihatan berbeza dia telah dipulau kan begitu juga oleh kelu...