Bab 75:Pulau Silent Forest's (Part 2)

1K 105 6
                                        

Di dalam sebuah bilik...

Hadi membuka matanya perlahan lalu menyentuh kepalanya yang berbalut itu. Rasa sakit terus saja mencengkam kepalanya sebaik saja dia tersedar.

"Auch, that really hurt. My head hit an iron or something?,"kata Hadi sambil memegang kepalanya.

Rasa sakit dia macam kena pukul dengan besi je. Dia cuba bangun untuk lihat keadaan di sekeliling. Dia sedar yang dia sedang terbaring di atas katil didalam biliknya itu.

"Takkan aku jatuh dalam air ke?"kata Hadi sambil memandang keadaan sekeliling.

Pada masa yang sama, Nurin baru saja masuk ke dalam bilik itu & memandang Hadi. Dia terus saja berjalan mendekatinya lalu memeluk Hadi. Sang remaja itu hanya membalas pelukan isterinya itu.

"Nurin? Apa dah jadi? Kenapa kepala aku sakit sangat ni?"kata Hadi lalu melepaskan pelukannya & memegang kepalanya semula.

Nurin hanya memandang Hadi. Dia terus saja membaringkan Hadi di atas katil semula agar dia dapat berehat setelah kejadian itu. Hadi hanya memandang Nurin sebelum menutup muka dengan lengannya. Dia tidak dapat berfikir mahupun mengingati peristiwa itu malah keadaan itu seperti memaksanya untuk tidur semula. Nurin hanya mengusap kepala Hadi yang sudah mulai tertidur lalu berjalan keluar dari situ.

Di bahagian atas kapal...

Aryan hanya termenung sambil memandang ke arah laut. Dia kecewa dengan dirinya kerana telah melakukan sesuatu yang teruk terhadap abang tirinya, Hadi. Sepatutnya dia melindungi abang tirinya itu & peristiwa itu sepatutnya tidak berlaku.

"Aryan? Kenapa ni?"tanya Zakwan sambil memegang bahu sang remaja serigala itu.

"Takde apa-apa, Aryan cuma kecewa dengan diri je. Aryan buat abang Hadi cedera,"kata Aryan perlahan sambil menundukkan kepalanya.

Zakwan hanya memandang sang remaja serigala itu. Dia tersenyum lalu mengusap kepala Aryan sehingga membuatkan ekornya tidak berhenti-henti bergerak ke kiri mahupun ke kanan kerana suka & selesa dengan hal itu.

"Jangan cakap macam tu, Aryan. Semua orang pernah buat kesilapan kadangkala. Tapi kalau nak lebih baik, kita perlu baiki balik kesalahan kita. Insyaallah, dengan bantuan Allah SWT, pasti boleh,"nasihat Zakwan sambil tersenyum.

"Baiklah, terima kasih untuk nasihat tu, ayah,"kata Aryan sambil memandang Zakwan.

Zakwan hanya tersenyum memandang Si Aryan. Sang remaja itu tidak pernah berputus asa untuk melindungi orang yang dia sayangi. Walaupun dia bijak & hebat, dia juga memiliki kesedihan & kekurangan yang tersendiri. Dia tak mampu berbicara seperti orang lain apatah lagi seringkali trauma dengan sesuatu keadaan & hanya Hadi lah satu-satunya orang yang mampu menenangkan dirinya.

"Mungkin lebih baik abang Hadi tak selamat Aryan dulu. Rasanya lebih baik Aryan dikurung di situ saja. Mungkin dengan cara tu abang Hadi takkan cedera macam sekarang. Betul kan?"kata Aryan sambil memandang ke arah lain.

Zakwan terdiam sebaik saja mendengar kata-kata Aryan. Nampaknya sang remaja serigala itu mulai menunjukkan sifat & perasaannya itu. Zakwan hanya memandang Aryan yang tanpa sedar, sedang mengalirkan air matanya itu.

"A..Aryan ni me..menyusahkan o..orang lain ke? A..Aryan ni...j..jahat ke?"tanya Aryan yang mulai kelihatan sebak.

"Aryan, semua tu tak betul. Kalau tak disebabkan oleh Aryan, dah tentu abang Hadi pun takkan selamat sekarang. Aryan dah banyak bantu orang lain sama macam Aryan bantu ibu & kak Zulika,"kata Zakwan.

Aryan mengelap air matanya yang sedang membanjiri pipinya itu. Soal berkaitan hal orang tersayangnya agak sensitif bagi Aryan. Lagi-lagi kalau ia melibatkan Hadi, abang tirinya itu. Dia terus saja memandang Zakwan tanpa berkata apa-apa & hanya memandang ke arah lain. Suasana kelihatan sunyi saja pada petang itu. Mereka juga dapat melihat sang mentari yang sudah mulai terbenam. Indah sekali pemandangan Itu.

Indah sekali ciptaan Allah SWT dalam alam ciptaannya itu. Aryan kagum dengan apa yang dia lihat. Dia pasti akan lebih gembira apabila Hadi turut berada di situ untuk menemani dirinya itu. Abang tirinya selalu saja menjadikan harinya terasa riang & indah tanpa mengira waktu malah keadaan kadangkala. Senyumannya pun sudah mencukupi untuk membuatkan hati Aryan senang.

"Aryan, janganlah bersedih lagi dengan apa yang kamu dah lakukan. Teruskan berubah untuk menjadi lebih baik dari yang dulu. Sekiranya kamu nak lindungi orang yang kamu sayangi, kamu kena berusaha untuk jadi lebih kuat lagi,"pesan Zakwan.

"Baiklah, terima kasih untuk nasihat tu & minta maaf tentang apa yang terjadi,"kata Aryan sambil memandang Zakwan.

"Hahaha, dah lah tu. Sekarang pergilah berehat sebab kalau kita tiba awal di pulau tu esok, kita kena cari seseorang di dalam kawasan hutan yang tebal untuk bertemu dengan dia,"kata Zakwan.

"Betul ke? Tapi siapa orang yang kita nak cari ni?"tanya Aryan yang ingin tahu.

"Pasal tu, ayah pun tak tahu,"kata Zakwan yang berpura-pura tidak tahu lalu berjalan pergi.

Aryan hanya memandang Zakwan yang merupakan ayah tirinya itu. Dia hanya tersenyum lalu bangun & berjalan ke biliknya. Pada masa yang sama, dia dapat mendengar seperti bunyi percikan & kocakkan yang kuat datang dari air menggunakan pendengarannya yang sensitif itu. Dia terus saja memandang air yang kelihatan tenang saja.

Dia hairan dengan keadaan itu & mahu saja mendapatkan yang lain tetapi keadaan itu tidak dia sama sekali jangkakan. Dia dapat rasakan sebuah firasat yang buruk dengan keadaan pada ketika itu. Dia dapat rasakan ada sesuatu yang mungkin mengancam keselamatan mereka lalu Aryan segera berada dalam mood sedia untuk menyerang.

"Apa benda tu?"kata Aryan yang mulai mendengar bunyi kocakkan air yang semakin kuat.

Dia hanya bersendirian di bahagian atas kapal feri itu. Dia mulai tidak kalau-kalau ada musuh yang cuba menyerang mereka. Dia sebenarnya berasa sangat gementar & takut tapi dia cuba untuk memberanikan dirinya untuk tetap saja menjaga kawasan itu.

Tiba-tiba tanpa dia sedari, kelihatan seperti seekor raksasa yang berupa seperti manusia separuh sotong mulai menyerang Aryan. Aryan yang terkejut dengan hal itu cuba untuk menyerang & mengelak serangan yang dilakukan oleh raksasa itu tetapi gagal kerana dibelit dengan tentakel sotong milik raksasa itu. Raksasa itu hanya memandang Aryan lalu membelit tubuh Aryan sehingga menutup mulutnya. Dia mulai terasa lemas dengan keadaan itu. Dia cuba mencapai pedangnya yang tercampak sedikit jauh dari dirinya tetapi gagal.

Aryan mulai berasa sesak sehingga dia terasa lemas & dia terus saja meronta-ronta sehingga dia tidak mampu lagi menggerakkan tubuhnya. Aryan hanya mampu memandang raksasa yang menakutkan itu.

"Nampaknya, aku akan mati di sini. M.. maafkan Aryan,"kata Aryan perlahan.

Aryan berada semakin lemas sehingga dia tidak lagi mampu bernafas & penglihatannya turut mulai mengabur. Perlahan-lahan raksasa tidak mulai bergerak mendekati air sambil mengheret mangsanya, Aryan.

Apakah Aryan bakal terselamat atau dia bakal menjadi korban raksasa sotong itu?

Bersambung....





Hadi:Budak Bersayap Hitam [Completed]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang