Hadi Haikal, seorang budak yang dianggap berbeza dari kaum yang lain kerana memiliki sayap yang berwarna hitam malah dia adalah satu-satunya yang hanya memiliki sayap seperti itu.
Kerana kelihatan berbeza dia telah dipulau kan begitu juga oleh kelu...
Ketika mereka masuk ke dalam gua, Hadi dapat melihat sesuatu yang sangat luar biasa & belum pernah dia tengok. Mereka semua kelihatan terpegun termasuklah Tuan Ahmad.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Hadi dapat melihat sebuah tugu berada di tengah-tengah tempat itu. Mereka pun berjalan mendekati tempat itu perlahan-lahan agar tiada sebarang perangkap samar yang dipasang di situ.
Ketika mereka hampir mendekati tugu itu, Hadi tiba-tiba merasai ada sesuatu yang melanggarnya & akibatnya dia terjatuh sehingga mengejutkan orang lain terkejut lalu memandang Hadi yang terbaring itu.
"Hadi! Kau ok tak?!"jerit Afiq sambil berlari ke arah Hadi.
"Macam mana dengan keadaan dia?"tanya Tuan Ahmad yang mulai risau akan keadaan itu.
"Dia masih bernafas. Lebih baik kalau kita bawa dia keluar sekarang,"kata Nurin.
Tiba-tiba, mereka terdengar satu suara seperti orang sedang ketawa. Mereka memandang Hadi yang mulai bangun perlahan-lahan.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Hadi tiba-tiba tersenyum sinis sambil memandang ke arah mereka.
"Hahaha!!!"ketawa Hadi tiba-tiba.
Perbuatan Hadi itu menyebabkan mereka mengundurkan diri ke belakang kecuali Tuan Ahmad & Nurin.
"Berani betul korang menceroboh tempat kau ya? Penceroboh!!! Hahaha!!!"ketawa Hadi lagi.
"Hadi! Apa yang kau cakap ni?!"marah Raykal.
Nurin memandang Hadi. Anak matanya kelihatan berwarna merah & dia kelihatan seperti dirasuk oleh sesuatu.
"Hahaha!! Kau marah aku ya? Tapi maafkan aku. Tempat ini adalah tempat larangan. Hanya orang terpilih boleh masuk ke sini,"kata Hadi sambil tersenyum sinis.
"Lepaskan budak tu! Dia tak bersalah dalam hal ini!"kata Tuan Ahmad.
"Aku takkan lepaskan dia! Lebih baik korang keluar, penceroboh tak guna!!!"jerit Hadi.
Tiba-tiba sebuah medan kuasa muncul & menolak mereka daripada mendekati tugu itu. Hanya Hadi yang berada di dalam lingkungan medan kuasa itu sambil tersenyum memandang mereka.