Hadi Haikal, seorang budak yang dianggap berbeza dari kaum yang lain kerana memiliki sayap yang berwarna hitam malah dia adalah satu-satunya yang hanya memiliki sayap seperti itu.
Kerana kelihatan berbeza dia telah dipulau kan begitu juga oleh kelu...
Sejak mendengar berita tentang keadaan Nurin, semua asyik pandang Hadi je. Mana taknya, umur 17 tahun, dah bakal jadi ayah sementara yang lain still single. Cepatnya masa berlalu kan?
Seingat Hadi, baru je beberapa bulan diorang jadi pasangan tapi atas pemberian rezeki & izin dari Allah SWT. Dia sekarang bakal menjadi seorang ayah & Nurin pun nampak bahagia je pasal tu.
"Aku tak percaya tentang apa yang jadi & rasa macam cepat je masa berlalu. Sekarang aku bakal jadi seorang ayah,"kata Hadi yang masih tidak mempercayai hal itu.
"Kami pun,"kata mereka sambil memandang Hadi.
Hadi hanya menutup mukanya. Perasaannya bercampur baur sejak dia mengetahui berita berkaitan kehamilan Nurin. Ini bukannya sesuatu yang boleh dipandang ringan oleh sesiapa. Begitu jugalah dengan situasi yang mereka hadapi sekarang. Mereka masih ada masa 2 bulan setengah saja lagi untuk bersiap sedia.
Walaupun begitu, masa yang diperuntukkan untuk mereka mungkin tidak mencukupi kerana latihan mereka bersama Eva sebenarnya dilangsungkan selama sebulan & ia adalah sebuah menyiksaan yang amat sangat kepada mereka kecuali pada para wanita & Hadi saja.
Hadi hanya menjadi penonton mereka sementara Nurin & Ana hanya membantu Puan Marie di rumah. Walaupun dia tak dapat mengikuti latihan itu, sekurang-kurangnya dia boleh mengikuti mereka & hanya menjadi penonton sepenuh masa.
"Cepat!! Push-up lagi 10 kali!!"jerit Eva sambil memandang mereka.
Aryan baru saja melakukan push-up sebanyak 21 kali, Mazrul & Raykal pula hanya 35 kali. Zafrel pula 41 kali kalau diikutkan, itupun dah pengsan dulu baru sambung balik. Encik Hazrul & Zakwan, memang dah lama KO.
Hadi hanya memandang mereka dengan penuh simpati. Nak tolong tak boleh, tengok jelah benda yang dia dapat buat sekarang. Eva pula, tak payah kata. Dia boleh buat push-up melebihi 100 kali. Berlari tu, memang tak payah cerita. Memang dah macam The Flash.
Sementara itu, Hadi hanya menghabiskan masa bermain dengan haiwan di sekitar kawasan itu seperti Millen Bella Flower. Mereka kelihatan sangat ramah. Hadi hanya tersenyum keriangan sambil bermain dengan mereka. Bukan itu sahaja, dia juga turut memberi Millen Bella Flower atau gelaran mereka, Bell buah beri yang dipetik olehnya.
(Sila Rujuk Bab 77 untuk mengetahui lebih lanjut mengenai makhluk Millen Bella Flower)
Ketika waktu rehat mereka, Hadi hanya memandang sahabat-sahabatnya yang sedang melepaskan lelah & mereka juga kelihatan sangat keletihan. Hadi berasa bersalah saja melihat sahabatnya itu. Walaupun begitu, Hadi bangga dengan mereka kerana tekun dalam berlatih walaupun begitu kepenatan.
"Macam mana agaknya aku nak bantu mereka ya, Bell? Aku kesian lah tengok mereka,"kata Hadi perlahan sambil memandang salah satu dari makhluk kecil itu.
Bell hanya memandang Hadi sambil menikmati buah beri miliknya itu. Hadi hanya tersenyum kelat sambil memandang makhluk kecil itu. Walaupun begitu, perkara itu tidak dapat menghilangkan kerisauannya terhadap sahabat-sahabatnya itu. Pada ketika itu lah, Hadi tiba-tiba mendapat sebuah idea untuk membantu mereka.
Di rumah...
Nurin hanya melipat pakaian sementara Ana membantu Puan Marie melakukan kerja-kerja rumah. Nurin hanya mengeluh sambil memandang kedua-dua wanita itu. Rasa bersalah juga sebab tidak dapat membantu mereka melakukan banyak kerja seperti itu. Walaupun begitu, dia tahu yang perlu menuruti kata-kata Puan Marie untuk kesihatan dirinya apatah lagi dalam keadaan yang sedang hamil itu.
Setelah itu, dia pergi ke bilik Hadi untuk meletakkan pakaian yang sudah dilipat milik suaminya itu. Ketika dia mahu keluar, dia terpandang beg Hadi yang tidak di zip laku segera mendekati beg itu.
Ketika dia mahu mengzip beg itu, dia terpandang sebotol pil ubat milik Hadi laku mengambilnya. Kerana sifat ingin tahu, dia terus saja membuka penutup botol pil itu untuk melihat isi didalamnya. Dia berasa sedikit risau sebaik saja dia menyedari yang botol itu kosong.
Dia terus saja meletakkan botol pil itu ke bawah lalu menggeledah beg Hadi untuk melihat jika ada botol pil yang lain. Walaupun begitu, ia sangat mengecewakan dirinya. Hanya botol pil itulah, satu-satunya yang ada & ia sudah kosong atau memiliki apa-apa pun.
Nurin berharap yang semuanya akan baik-baik saja apatah lagi dengan keadaan suaminya yang tidak begitu baik sejak kebelakangan ni. Nurin mulai mengingati saat di mana dia mulai tinggal bersama Hadi. Dia seringkali melihat Hadi kelihatan penat & seringkali hampir pitam.
Perkara itu tidak diketahui sesiapa termasuklah ibu mertuanya, Qistina. Hanya dia & Hadi saja yang mengetahui hal itu. Dia pernah terfikir untuk memberitahu hal itu kepada Qistina tetapi dihalang oleh Hadi. Sang remaja itu seringkali merayu kepada dirinya agar merahsiakan hal itu. Walaupun berat hatinya untuk melakukan hal itu, dia dengan terpaksa nya tetap saja menuruti.
Pada petang itu...
Para lelaki sudah mulai pulang setelah melakukan latihan yang sangat mengerikan itu. Walaupun begitu, ada sesuatu yang sedikit pelik pada hari itu kerana mereka tidak merasa letih sejak mereka berhenti rehat sebelum menyambung latihan mereka semula pada kali yang ke-2 untuk hari itu.
"Zafrel, kau tak rasa pelik ke hari ni?"tanya Mazrul sambil memandang sahabatnya itu.
"Sebenarnya ada lah jugak,"kata Zafrel.
"Aryan pun. Aryan rasa macam tak penat & tiba-tiba rasa bertenaga je,"kata Aryan sambil memandang mereka.
"Ayah & Encik Hazrul ada rasa benda yang sama tak?"tanya Zafrel.
"Ada, semua sakit badan kami pun hilang secara tiba-tiba & kami rasa bertenaga je lepas tu,"kata Kata Zakwan & Encik Hazrul.
"Pelik, saya pun rasa benda yang sama,"kata Eva.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"Tuan memang dah sentiasa bertenaga & kuat pun,"kata Raykal.
Mereka semua hanya mampu berasa hairan & pelik dengan hal itu. Sementara itu, Hadi pulak hanya pandang mereka. Dia hanya tersenyum kelat sambil memandang mereka.
"Huh, nampaknya ia agak membantu,"kata Hadi perlahan.
Sementara mereka berehat, Puan Marie & Ana telah menghidangkan sedikit snek & jus buah-buahan yang sejuk untuk mereka. Pada ketika itu juga, Nurin datang lalu duduk di sebelah Hadi. Dia hanya memandang sang suaminya itu.
"Hadi, awak tak apa-apa kan?"tanya Nurin dengan suara yang perlahan & hanya mampu didengari oleh Nurin.
"Ya, semuanya baik saja,"kata Hadi sambil tersenyum kelat.
Nurin hanya mampu merisaukan Hadi. Walaupun begitu, Hadi hanya tersenyum lalu memegang kedua tangan isterinya itu.
"Jangan risau Nurin. Aku ok. Sekarang ni, jangan stres2 & paksa diri kau ya. Kesihatan kau tu penting juga tau,"kata Hadi sambil tersenyum.
"Baiklah, awak pun. Pastikan awak bagitau saya kalau ada rasa sakit atau apa-apa masalah ya,"kata Nurin sambil tersenyum.
Hadi hanya memandang Nurin. Buat masa sekarang, dia tidak mahu membuatkan si wanita tercintanya itu terlalu merisaukan dirinya apatah lagi dengan dirinya yang sedang hamil itu. Tanpa sedar, Nurin sedang bersandar di bahu Hadi sehingga membuatkan sang remaja itu mulai berasa malu sehingga pipinya berona kemerahan. Yang lain hanya memandang mereka sambil terkaku sehingga sahabat-sahabat mereka berdua mulai berona kemerahan.