Zafrel hanya memandang Puan Marie yang sedang merawat Hadi sambil dibantu oleh Nurin. Setelah beberapa minit, Nurin & Zafrel pun keluar dari bilik itu meninggal Puan Marie yang masih merawat sang remaja itu.
Mereka berdua terus saja berjalan ke ruang tamu. Yang lain hanya memandang mereka berdua untuk mendengar berita tentang keadaan Hadi.
"Macam mana dengan keadaan abang Hadi?"tanya Aryan.
"Puan Marie cakap, Hadi perlukan rehat sekarang & dia pasti takkan apa-apa,"kata Zafrel lalu duduk.
"Haih, kalau Afiq ada mesti dia dah marah Zafrel & Raykal tak henti-henti,"kata Mazrul.
Untuk pengetahuan semua, sebenarnya Afiq terpaksa pulang ke istana dengan menggunakan kuasa telepotasi Hadi atas urusan penting yang tak dapat dielakkan sebab tu Afiq tak dapat mengikuti perjalanan mereka sebaik saja tiba di Pulau Silent Forest's.
"Apa tunggu lagi, cepatlah bagitau kami tentang Hadi, Zafrel,"kata Eva.
"Ummm, baiklah,"kata Zafrel.
"Kenapa Zafrel? Awak nampak macam tak sudi je nak bagitau,"kata Nurin yang kelihatan serba salah.
"Sebenarnya, aku memang rasa berat nak bagitau semua tu tapi demi Hadi, mungkin aku akan ceritakan,"kata Zafrel sambil mengeluh.
Yang lain hanya memandang Zafrel yang mengeluh panjang itu. Mereka berasa hairan dengan Zafrel. Apakah kisah Hadi jauh lebih teruk dari apa yang mereka bayangkan? Yelah, Hadi nampak macam budak biasa yang ceria kot. Memang tak boleh bayang apa yang dia alami sampai trauma teruk macam ni.
"Sebenarnya, Hadi pernah jadi mangsa deraan sejak dia kecik,"jawab Zafrel pendek.
"Mangsa deraan?"kata Mazrul.
"Ya, semuanya tak sama seperti yang aku bayangkan ketika Hadi dilahirkan. Aku sebagai seorang abang memang gembira dengan kelahiran Hadi yang merupakan satu-satunya adik lelaki yang aku ada tapi semuanya berubah dengan sangat dratis sebaik saja ayah, adik perempuan ke-2 & yang ke-3 aku melihat sayap Hadi yang mulai kelihatan sebaik saja umurnya mencapai 5 tahun,"kata Zafrel.
"Apa yang jadi?"tanya Ana.
"Mereka benci Hadi,"jawab Zafrel pendek.
Suasana mulai sepi seketika. Mereka hanya memandang Zafrel yang terdiam itu & hanya menunggu cerita itu disambung semula oleh Zafrel.
"Pada masa tu, aku juga dapat melihat perangai ayah aku yang sedikit berbeza. Dia biasanya takkan bertindak melulu macam tu & akan siasat sesuatu terlebih dahulu. Tapi malam tu sangat berbeza, dia terus saja berang & menjerkah ibu aku. Dia cakap ibu aku ada lelaki lain tapi semua tu tak betul. Dia memang tak percaya yang Hadi tu anak dia sendiri,"kata Zafrel lagi.
"Macam tu ya. Lepas tu apa yang jadi?"tanya Aryan.
Imbas kembali...
"Tinggalkan budak bersayap hitam ni! Yang lain masuk bilik!!"kata Arman.
Zafrel membawa adik-adik yang lain masuk ke dalam bilik lalu pergi ke Hadi semula tetapi pada masa itu.
"Dasar anak haram!!"marah Arman lalu menampar Hadi sekuatnya sehingga Hadi terjatuh kegulingan.
"Hadi!!! Abang jangan apa-apa kan dia! Saya merayu abang!"kata Qistina yang menangis teresak-esak meminta maaf.
"Diam kau! Biar aku kerja kan dia puas-puas!!"marah Arman lalu menampar Qistina & berjalan ke arah Hadi.
Hadi bangun perlahan-lahan, kepalanya berasa tersangat lah pening & mulutnya mula mengalir darah mungkin disebabkan tamparan ayahnya.
"Berhenti!"kata Zafrel lalu melindungi Hadi.
"Ketepi! Atau kau pun akan aku kerja kan!!"marah Arman.
"Takkan! Saya takkan benarkan ayah buat macam tu!"kata Zafrel.
"Aku kata ketepi!!"marah Arman lalu menolak Zafrel ke tepi.
Zafrel terjatuh kerana tolakan yang kuat itu lalu melihat Hadi.
Hadi memandang ayahnya & ayahnya kelihatan sangat marah. Dia tidak faham mengapa ayahnya begitu marah. Adakah dia melakukan sebarang kesalahan sehingga membuatkan ayah marah.
"Maaf,ayah. Hisk..hisk,"kata Hadi yang mulai menangis.
"Diam kau! Aku takkan pernah maafkan kau atau pun menerima kau sebagai anak aku lagi!!!"marah Arman lalu menampar Hadi.
Dia tidak tahan lagi untuk melepaskan geramnya itu lalu terus memukul & menendang Hadi sepuasnya.
"Tidak!!! berhenti!!ayah!!"jerit Zafrel yang cuba menghentikan ayahnya itu tetapi dihalang oleh ibunya.
"M..maafkan ibu, Hadi,"kata Qistina lalu memeluk Zafrel dengan erat.
"Huwaaa!ayah! Jangan!"jerit Zafrel.
Hadi meraung kesakitan. Sakitnya rasa dipukul bagaikan tubuhnya tidak mampu bergerak saja.
"Heh! Puas pun hati aku ni!"kata Arman lalu keluar dari rumah.
Hadi takut lalu merangkak mendekati dinding lalu bersandar di dinding itu sambil menangis & menggigil ketakutan.
(Sila Rujuk Bab 1 untuk faham jalan cerita)
Perkara itu tetap berterusan sehingga Zafrel bersama Hadi, Zulika & Qistina dihalau keluar. Mereka meneruskan hidup mereka dibawah jagaan ibu mereka yang sudah menjadi ibu tunggal pada ketika itu. Hidup Hadi semakin lama semakin perit sebaik saja dia masuk ke sebuah sekolah rendah.
Dia seringkali diperolok, dihina, dicaci malah dianayi termasuklah oleh kesemua guru yang ada di sekolahnya itu. Setiap masa, dia dibuli tempat henti dari waktu persekolahan sehingga pulang. Itupun ada yang mengambil kesempatan untuk membuli Hadi selepas waktu sekolah.
Peristiwa yang paling perit pada Hadi ialah ketika dia membuat sebuah kad ucapan bersempena hari ibu yang istimewa buat ibu tersayangnya itu.
"Pulangkan!! Itu Hadiah untuk ibu!"jerit Hadi sambil menangis teresak-esak kerana mahu mendapatkan semula kad ucapannya itu.
"Hahaha! Cubalah kalau boleh!"kata budak yang merupakan ketua kumpulan pelajar yang membuli diri Hadi.
"Saya kata, pulangkan!"jerit Hadi lalu menolak budak itu.
"Berani kau!!! Pukul dia!!"jerit budak itu.
Budak itu bersama yang lain terus saja memukul Hadi & mencampakkan kesemua barangan milik Hadi seperti beg galas & buku-bukunya ke dalam tong sampah manakala kad ucapannya itu dikoyakkan & dipijak-pijak oleh mereka.
Setelah beberapa jam...
Mereka terus saja berjalan meninggalkan Hadi bersendirian terbaring di situ. Hadi hanya menangis di situ sambil berpeluk tubuh. Guru yang lalu-lalang di kawasan itu hanya buat tak endah saja dengan keberadaan Hadi seperti dia seorang yang halimunan di pandangan mereka.
Perkara itu turut berterusan sehingga menjadi semakin teruk malah ia adalah sebuah perkara yang diluar jangkaan orang lain termasuklah Hadi sendiri.
Suatu Hari, ketika waktu selepas sekolah...
Hadi didorong ke kawasan belakang sekolah oleh sekumpulan budak sekolah. Dia hanya mampu mengigil ketakutan sambil menundukkan pandangannya itu. Budak-budak itu hanya tersenyum sinis sambil memandang Hadi laku ketua mereka berjalan mendekati Hadi.
"Hei, cacat. Mari kita main satu permainan,"kata budak itu lalu mengeluarkan sebuah pisau lipat.
"Oi! Kau gila ke?! Kau nak bunuh dia?!"jerit salah seorang dari mereka.
"Tenang, aku cuma nak conteng sikit je,"kata budak itu sambil tersenyum sinis.
"H.. hentikan. T.. tolonglah. Hentikan,"rayu Hadi.
Budak itu tidak mengendahkan Hadi laku terus saja berjalan mendekati Hadi sambil memegang pisau lipat itu. Hadi hanya mampu mengigil ketakutan. Dia tidak mampu berlari dari situ. Nafasnya mulai tidak sekata kerana terlalu takut. Peluh dingin mulai membasahi dahinya. Inilah sebuah mimpi ngeri buat dirinya. Sebuah trauma yang akan kekal terukir di memorinya di masa hadapan.
Bersambung....
ANDA SEDANG MEMBACA
Hadi:Budak Bersayap Hitam [Completed]
FantasyHadi Haikal, seorang budak yang dianggap berbeza dari kaum yang lain kerana memiliki sayap yang berwarna hitam malah dia adalah satu-satunya yang hanya memiliki sayap seperti itu. Kerana kelihatan berbeza dia telah dipulau kan begitu juga oleh kelu...
![Hadi:Budak Bersayap Hitam [Completed]](https://img.wattpad.com/cover/247040988-64-k433413.jpg)