Setelah beberapa hari berada di situ, kini mereka akan bertolak pergi untuk ke misi seterusnya. Sebenarnya ketika mereka mahu bertolak pulak, Raja Nasmir telah menghubungi mereka lalu memberikan sebuah misi yang penting pada mereka.
Rela atau tak rela, mereka tetap perlu menjalankan misi itu tetapi kali ini bersama Zafrel yang datang menggunakan kuasa telepotasi Hadi. Menarik kan? Hadi pun ada kuasa telepotasi tau tapi sengaja rahsiakan sebab malas nak guna.
"Tak sangka aku yang abang kau pun kena ikut,"rungut Raykal.
"Diamlah, Raykal. Aku datang sini atas arahan Raja Nasmir ok?"kata Zafrel dengan tenang.
Pada masa yang sama, Daniel datang ke arah mereka semua. Dia sebenarnya berasa sedikit sedih dengan perpisahan itu tetapi dia hanya mampu berdoa agar mereka dapat bertemu lagi.
"Tak sangka korang aka pergi sekarang. Rasa macam sekejap je korang datang ke sini,"kata Daniel.
"Ya, betul tu, Daniel. Aku pun rasa benda yang sama tapi insyaallah, kalau dipanjangkan umur, kita pasti akan bertemu lagi,"kata Hadi sambil tersenyum.
"Baiklah, hati-hati masa perjalanan korang tu. Hadi jangan paksa diri kau sangat tau,"kata Daniel sambil memandang sahabatnya itu.
"Baiklah! Aku akan ingat tu! Insyaallah!"ucap Hadi lalu memandang Daniel.
Sebelum bertolak pergi, Hadi menjabat tangannya dengan Daniel lalu memeluk sahabatnya itu. Walaupun baru saja berkenalan dalam beberapa hari, mereka sudah kelihatan akrab kerana pemikiran yang terlalu sependapat & suka pada coklat.
"Bye, Daniel! Jumpa lagi!"ucap mereka semua sambil melambaikan tangannya ke arah Daniel lalu masuk ke dalam kereta.
"Bye! Jaga diri baik-baik! Aku doakan korang berjaya selesaikan misi & segala urusan korang!"ucap Daniel.
Tak lama selepas itu, kereta Zakwan & Encik Hazrul mulai bertolak pergi ke destinasi seterusnya & perjalanan mereka pasti akan menjadi semakin jauh kerana perjalanan kali ni perlu melintasi lautan untuk pergi ke sebuah pulau yang bernama Pulau Silent Forest's.
Pulau itu sangat terkenal sebagai pulau yang menyimpan pelbagai jenis makhluk unik seperti spesies haiwan mahupun tumbuhan. Orang teruja dengan perjalanan itu semestinya Hadi. Bila dengar tentang spesies haiwan & tumbuhan unik tu pun dah membuatkan dia berasa teruja yang amat sangat dah. Belum lagi sampai ke sana pulak tu.
"Aku tak sabar lah! Mesti banyak haiwan & spesies yang kita akan jumpa! Macam red mouse, little green hill & bla..bla,"cerita Hadi.
Yang lain hanya mampu ternganga sambil mendengar penjelasan Hadi. Sahabat mereka memang hebat kerana mampu ingat semua benda tu & masih lagi berjaya mengalahkan si Aryan. Zafrel hanya mampu menangis kerana bangga dengan adiknya yang sudah semakin genius itu. Abang mana lah yang tak bangga dengan adik yang bijak macam Hadi ni? Dah lah baik, positif, kelakar & sentiasa je buat mood orang lain happy. Kalau takde Hadi sehari mesti rasa sunyi semacam je hidup.
Selepas penerangan tentang 2,001 spesies dari Hadi...
Yang lain mulai bosan. Rasa macam nak meletup je otak bila cuba ingat balik nama-nama yang Hadi sebuah tu. Bukan nama je dia ceritakan tapi termasuk sekali nama saintifik spesies tu. Memang panjang lebar lah cerita Hadi tu.
Setelah beberapa jam kemudian...
"Itu lah apa yang mungkin korang akan jumpa. Macam mana? Korang faham tak apa yang aku cakap ni?"tanya Hadi sambil memandang mereka.
Aryan dah nampak macam semakin keliru. Ana pulak dah berasap kepala dia sebab cuba nak ingat apa yang adik cakap & Nurin hanya terkaku diam saja. Dia kagum sangat dengan kepintaran Hadi. Zafrel pula menangis kerana terlalu bangga.
"Kenapa abang nangis ni?"tanya Hadi sambil memandang Zafrel.
"Sebab abang bangga dengan kamu. Sekarang kamu dah besar & masih banyak benda lagi kan yang kamu nak belajar kan?"kata Zafrel sambil memandang adiknya itu.
"Lama lagi ke nak sampai?"tanya Hadi kepada Zakwan.
"Mungkin ambik masa jugak lagi pun kita kan akan naik feri untuk pergi ke sana,"kata Zakwan.
"Nampaknya lama lagi lah kita boleh balik ke kerajaan kita,"rungut Ana.
"Apa boleh buat? Sekarang ni kita hanya ada 2 bulan & beberapa hari je lagi untuk peperangan tu jadi kita kena bersiap sedia,"kata Nurin.
"Haih, kenapalah kita kena berperang? Kan bagus kalau tak perlu berperang & aku pasti sangat yang dunia ni pasti akan aman damai,"kata Hadi sambil memandang ke luar tingkap.
Yang lain hanya terdiam lalu memandang Hadi. Mereka turut merasai hal yang sama. Bukan kah dunia akan lebih aman sekiranya peperangan tidak berlaku malah pengorbanan jiwa orang tidak bersalah juga tidak akan berlaku. Walaupun begitu, itu lah jiwa manusia. Tak pernah berhenti bergaduh & bersikap pentingkan diri. Akibatnya, peperangan itu bukan saja memusnahkan segala kehidupan malah mungkin akan memakan diri juga.
"Nampaknya kita dah tiba di jeti,"kata Zakwan lalu menghentikan keretanya.
Mereka mulai keluar dari kereta termasuklah mereka yang menaiki kereta Encik Hazrul. Hadi hanya memandang jeti itu. Ia kelihatan sangat indah dengan pemandangan air laut yang cantik.
"Wah!!! Luasnya laut!!"jerit Aryan sambil memandang lautan itu.
"Masyaallah!!! Cantiknya laut!! Agaknya kita mesti boleh jumpa lebih banyak spesies haiwan laut macam..,"kata Hadi yang mulai membuka ceritanya lagi.
"Nanti! Kita dah lambat dah ni! Cepat simpan kereta Encik Hazrul & Pengetua Zakwan kat dalam ruang penyimpanan kau, Hadi!"kata Mazrul yang cuba mengelakkan Hadi dari mulai membuka ceritanya lagi.
"Ok, mungkin lain kali kot aku cerita,"kata Hadi lalu melakukan hal yang sama seperti mana yang dia lakukan.
Yang lain hanya menarik nafas lega dengan tindakan Mazrul. Lega hati diorang sebab tak perlu nak dengar cerita & penerangan Hadi tentang spesies haiwan laut pulak. Kalau tak, dari OK kepada KO lah jawabnya.
(Sila Rujuk Bab 68)
Setelah itu, mereka masuk ke dalam Feri yang telah dikatakan oleh Raja Nasmir. Setelah memastikan barangan mereka semua dibawa & tiada lagi yang tertinggal, mereka terus saja memulakan perjalanan mereka untuk menuju ke Pulau Silent Forest's.
Hadi hanya kelihatan teruja kerana dia mahu sangat melihat spesies haiwan & tumbuhan yang mungkin hidup di sana. Agaknya berapa banyak ya spesies haiwan & tumbuhan yang hidup di sana?
Di bilik penginapan Aryan & Afiq..
Hadi hanya memandang permandangan laut dari tingkap ketika dalam perjalanan mereka sementara Si Aryan pulak tengah mabuk laut sebab baru pertama kali naik Feri.
"Urgh, Aryan rasa tak sihat lah, abang Hadi,"kat Aryan sambil memegang perutnya.
"Biasalah tu, sekarang ni Aryan tidur & banyak rehat je. Lagi pun ni kan baru first time Aryan naik feri. Mestilah mabuk laut,"kata Hadi lalu mengusap kepala Aryan yang sedang berbaring di atas katil.
"Ya, nanti kau biasalah tu. Aku rasalah,"kata Afiq yang sebenarnya tengah mabuk laut jugak tapi tak seteruk Aryan jelah.
Hadi hanya menggelakkan kepalanya. Dia tak sangka yang Afiq pun mabuk laut juga tapi dia tak boleh nak buat apa dah tentang hak tu melainkan jaga diorang buat sementara waktu.
Bersambung...
YOU ARE READING
Hadi:Budak Bersayap Hitam [Completed]
FantasyHadi Haikal, seorang budak yang dianggap berbeza dari kaum yang lain kerana memiliki sayap yang berwarna hitam malah dia adalah satu-satunya yang hanya memiliki sayap seperti itu. Kerana kelihatan berbeza dia telah dipulau kan begitu juga oleh kelu...