Di malam itu...
Hadi tidak dapat tidur kerana hal yang berlaku pada hari itu lalu dia mencapai telefon pintarnya & menghubungi abangnya, Zafrel.
"Assalamualaikum, abang. Abang apa khabar?"ucap Hadi.
"Waalaikumussalam, Hadi. Khabar baik. Ada apa kamu telefon abang malam-malam ni?"tanya Zafrel yang sedang menulis laporan kerjanya.
"Hadi nak cakap sesuatu kat abang. Hadi dah bertunang,"kata Hadi perlahan.
Zafrel diam seketika sehingga Hadi menyangka yang talian perhubungan telefon mereka terputus tiba-tiba.
"Abang? Helo? Abang masih ada kat situ ke?"tanya Hadi yang masih menghubungi Zafrel.
"Apa?!?! Sejak bila Hadi?!"jerit Zafrel tanda tidak percaya.
Sebenarnya, ibu & ayahnya belum memberitahu hal itu kepada Zafrel & Zulika kerana Hadi meminta mereka agar tidak memberitahu hal itu & hanya biarkan dia saja yang memberitahu hal itu sendiri kepada mereka.
Hadi menceritakan segalanya pada Zafrel. Abangnya seperti sama sekali tidak mempercayai hal itu kerana Hadi masih belum tamat sekolah & dia baru saja telah bertunang dengan Nurin. Sapa yang tak percaya kan?
"Abang tak percaya lah. Hadi mimpi ke apa ni?"kata Zafrel.
"Tak percaya ya? Tunggu kejap, Assalamualaikum,"kata Hadi lalu menutup panggilan itu.
"Waalaikumussalam?"jawab Zafrel yang pelik kerana Hadi tiba-tiba menutup panggilan tersebut.
Tiba-tiba, terpapar sebuah gambar tangan Hadi yang memakai cincin pertunangan perak melalui mesej dari Hadi.
______________________________________
Hadi, adik kesayangan:
Sekarang percaya tak?
😏😏😏
Zafrel, abang hebat :
Biar betul ni Hadi?!
😮😮😲
Hadi, adik kesayangan:
Tengoklah, adik abang
dah tak single dah..
😂😂😂
Zafrel, abang hebat:
Saja je kamu ni ya.. tunggu
Abang balik nanti, siaplah kamu!
😤😤😤
Hadi, adik kesayangan:
Alamak! Habislah tita..ampun abang!
Hadi baru nak kawin nanti! Kalau abang bunuh Hadi siapa nak kawin dengan Nurin nanti?
😭😭😭
Zafrel,abang hebat:
Heh, berlagak...
😒😒😒
Hadi, adik kesayangan:
Janganlah marah, Hadi gurau je..
😓😓
Zafrel,abang hebat:
Yelah..😒😒
Hadi,adik kesayangan:
Apa-apapun, Hadi sayang abang. Bila abang nak balik ni? Rindulah..
😚😚😚
Zafrel, abang hebat:
Abang sibuk lah, Hadi. Nanti abang cuti baru boleh balik. Maaf ya.
Hadi, adik kesayangan:
Baiklah, abang jangan lupa ya.
😉😉
Zafrel, abang hebat:
Ye,abang takkan lupa punya lagi pun abang rindu nak makan masakan ibu kamu tu. Sedapnya~
🤤🤤🤤
Hadi, adik kesayangan:
Hehehe, abang ni. Lawak lah.
😂😂😂
______________________________________
Hadi membaca & membalas mesej daripada Zafrel. Dia teramat rindu akan abangnya itu. Banyak kenangan manis & pahit mereka lalui bersama. Sejak dari kecil sehingga sekarang.
Hadi hanya mampu tersenyum sambil membaca mesej daripada Zafrel. perkara itu serba sedikit dapat mengubati rindunya kepada abang kesayangannya itu.
ANDA SEDANG MEMBACA
Hadi:Budak Bersayap Hitam [Completed]
FantezieHadi Haikal, seorang budak yang dianggap berbeza dari kaum yang lain kerana memiliki sayap yang berwarna hitam malah dia adalah satu-satunya yang hanya memiliki sayap seperti itu. Kerana kelihatan berbeza dia telah dipulau kan begitu juga oleh kelu...
![Hadi:Budak Bersayap Hitam [Completed]](https://img.wattpad.com/cover/247040988-64-k433413.jpg)