Bab 94:Mimpi Ngeri Zafrel

972 94 3
                                        

Pada lewat malam itu...

Kelihatan semua sedang tidur nyenyak kecuali Zafrel. Sebenarnya sejak kebelakangan ni, dia tidak dapat tidur lena kerana seringkali memikirkan masalah Hadi apatah lagi dengan peperangan yang bakal berlaku. Dia bukan saja risau dengan diri adiknya malah dia turut merisaukan keselamatan ahli keluarganya & sahabatnya yang lain.

"Huh, Hadi. Mampu ke kamu kalahkan musuh kita tu? Abang risau kalau kamu tak mampu,"kata Zafrel perlahan.

Zafrel bangun dari tilamnya lalu pergi ke bilik air untuk membilas mukanya dengan air. Sebaik saja selesai, dia terasa sedikit segar laku berjalan menuju ke biliknya. Ketika dia sedang berjalan pergi ke bilik dia terpandang pintu bilik Hadi yang tidak tertutup rapat lalu berjalan perlahan-lahan mendekati bilik adiknya itu.

Di bilik Hadi...

Zafrel hanya mengintip dari celahan pintu yang terbuka sedikit itu & dia kelihatan sangat terkejut sebaik saja ternampak seseorang yang berpakaian hitam & bertopeng sedang berdiri di sisi Hadi.

Orang itu terus saja mendekati Hadi lalu menutup mulut Hadi & segera mencekiknya sehingga menyebabkan sang remaja itu terbangun akibat terlalu terkejut. Hadi meronta-ronta untuk melepaskan dirinya. Zafrel yang melihat perkara itu terus saja menerpa & menyerang orang itu. Sayangnya, orang itu terlebih dahulu menggunakan kuasanya & menyebabkan tubuh Zafrel bagaikan tidak boleh digerakkan.

"A..apa ni?"kata Zafrel yang cuba menggerakkan tubuhnya.

"Hehehe, jangan risau. Kau akan jadi penonton untuk hari nj,"kata orang itu sambil tersenyum sinis & masih mencekik Hadi.

"Hentikan!!! Aku akan buat apa saja!! Tolonglah lepaskan Hadi!!"jerit Zafrel.

"A..abang..j..janga- arghhh!!"raung Hadi sabiak saja orang itu mencekik lehernya semakin kuat.

"Hentikan!! Tolonglah!!"jerit Zafrel sambil menangis.

"Hahaha, kau fikir aku akan lepaskan adik kau macam tu je? Simpan saja lah tawaran kau tu. Aku ada urusan yang masih belum selesai lagi,"kata orang itu lalu mengeluarkan pisau lipat.

 Aku ada urusan yang masih belum selesai lagi,"kata orang itu lalu mengeluarkan pisau lipat

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

"J...jangan lakukannya,"rayu Zafrel sambil menangis.

Hadi hanya meronta-ronta kelemasan. Orang itu terus saja mendekatkan pisau lipat miliknya pada leher Hadi sambil tersenyum sinis. Zafrel tidak dapat berbuat apa-apa melainkan hanya menangis & merayu tanpa henti. Walaupun begitu, rayuannya tidak diendahkan oleh orang itu. Hadi hanya memandang Zafrel sambil tersenyum dengan penuh deritanya. Orang itu terus saja mengangkat pisau lipatnya ke udara.

 Orang itu terus saja mengangkat pisau lipatnya ke udara

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Hadi:Budak Bersayap Hitam [Completed]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang