Bab 46: Diselamatkan Oleh Orang Tercinta

1.5K 135 8
                                        

Di hospital...

Hadi sedang terbaring di atas katil. Mengikut doktor yang merawatnya, Hadi telah mengalami kecederaan yang serius & kehilangan banyak darah tetapi dengan izin Allah SWT dia sempat tiba di hospital malah berjaya diselamatkan.

Aryan hanya memandang Hadi yang masih belum sedarkan diri. Begitu juga dengan Afiq yang turut berada di sisi Aryan. Mereka bersyukur sangat yang tiada pelajar cedera kecuali mereka & Hadi.

Disebabkan insiden itu, sekolah mereka terpaksa ditutup sementara untuk dibaik pulih kerana kerosakan & beberapa bangunan sekolah yang sudah hancur.

Tiba-tiba, kelihatan 2 orang lelaki berjalan masuk ke dalam wad itu. Aryan & Afiq memandang mereka malah tersenyum ke arah mereka.

"Lama tak jumpa, Mazrul & Raykal,"kata Afiq.

"Syukurlah korang tak apa-apa. Aku risau betul lepas tengok berita tentang insiden tu kat siaran berita,"kata Mazrul.

"Apa-apapun, macam mana dengan keadaan Hadi sekarang?"tanya Raykal sambil memandang Hadi.

"Doktor cakap kecederaan dia agak serius jugak sebenarnya tapi alhamdulillah, dia berjaya diselamatkan,"kata Afiq.

"Macam tu ya,"kata Mazrul sambil mengusap kepala Aryan.

Mazrul yang sudah tamat sekolah kini sedang sambung belajar disebuah universiti terkemuka kerana dia bakal mewarisi takhta ayahandanya apabila sudah menginjak usia 25 tahun.

Manakala Raykal pula sedang belajar & mempraktikkan ilmu daripada keluarganya yang merupakan usahawan malah bangsawan yang paling berjaya dalam perniagaan.

Mereka berdua memandang Hadi. Mereka tidak menyangka yang perkara yang sama akan berulang lagi.

Tiba-tiba, pintu wad Hadi dibuka oleh Qistina yang sedang bersama dengan Zakwan & Zulika.

"Maaf kalau kami menganggu Hadi,"kata Mazrul.

"Tak mengapa, lagi pun kamu semua adalah sahabat dia. Mak cik takkan marah pada kamu. Terima kasih ya sebab datang melawat,"kata Qistina.

Raykal memang Zulika yang sedang meletakkan sebakul buah di atas meja. Hentah kenapa tiba-tiba hatinya berasa terpegun apabila melihat Zulika bagaikan hatinya tertarik pada diri Zulika yang cantik lagi baik itu.

Begitu juga dengan Zulika. Dia sebenarnya sudah lama memendam perasaan terhadap Raykal. Tetapi dia masih belum bersedia untuk meluahkan perasaannya itu. Dia hanya menunggu waktunya saja.

Tak lama kemudian...

Nurin berjalan masuk ke dalam wad Hadi. Semua orang yang berada di situ memandangnya. Dia tahu yang diri gadis itu sedang sebak & dibelenggu dengan perasaan risau yang amat sangat.

Apatah lagi kerana dia menjadi tunang Hadi. Dia hanya mampu memandang Hadi dengan perasaan sebak & rasa sakit yang amat sangat bagaikan hatinya dibelah sembilu.

Baru saja dia bertemu dengan Hadi semalam. Dia kelihatan ceria, periang & tersenyum kepada dirinya tetapi ianya mulai berubah apabila insiden ini mulai berlaku pada hari itu.

Mahu saja dia menangis & meraung sekuatnya di situ. Perasaan dia bercampur baur dari sedih kepada kecewa dari marah kepada benci.

Semua orang yang berada di situ berjalan keluar dari wad Hadi agar dapat memberi Nurin masa bersendirian lagi-lagi kerana Nurin adalah tunangnya.

Di luar wad Hadi...

Mazrul & Raykal kelihatan tertanya-tanya akan hubungan diantara Hadi & Nurin kau mereka memang Qistina.

Hadi:Budak Bersayap Hitam [Completed]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang