Bab 93:Jamuan Istimewa

959 89 19
                                    

️⚠️⚠️Warning: kepada sesiapa yang belum makan atau tengah lapar masa baca bab cerita ni.. sila bertabah lah ya..😂😂⚠️⚠️

⚠️⚠️⚠️⚠️⚠️⚠️⚠️⚠️⚠️⚠️⚠️⚠️⚠️⚠️
⚠️⚠️⚠️⚠️⚠️⚠️⚠️⚠️⚠️⚠️⚠️⚠️⚠️⚠️

Sedar tak sedar, dah sebulan lebih mereka berada di Pulau Silent Forest's untuk mengikuti latihan yang dilatih khas oleh Eva. Sejak tinggal di situ, mereka mulai bertambah kuat dengan bantuan dari pesara general itu. Walaupun begitu, hari mereka mulai berbeza sebaik saja peristiwa sebelumnya berlaku.

"Kau tak bosan ke asyik tengok diorang je?"tanya Fikri sambil memandang Hadi.

"Tak, mereka berlatih pun dah buat aku rasa lebih baik,"kata Hadi sambil membaca buku sementara menunggu sahabatnya yang lain selesai berlatih.

"Kau ni suka sangat lah complain. Aku hempuk jugak kan. Cer diam kejap. Tak boleh ke?"tanya Kuro sambil baring di belakang Hadi.

Sejak daripada peristiwa mereka keluar melalui rantai leher kristal Hadi, kini mereka ibarat seperti roh yang boleh berkeliaran ke mana-mana. Kalau difikirkan ia pasti menjadi sebuah hura-hura kan? Yelah, si Kuro tu tak habis-habis asyik gaduh dengan Fikri yang selalu buat perangai annoying tu.

Azhad & Alif pulak, faham-faham jelah. Urusan orang tua. Jadi diorang lepak dengan orang tua termasuklah menantu sendiri kan. Alif hanya memandang Zakwan yang sedang berlatih menembak menggunakan senjatanya itu lalu menegurnya.

"Hei, Zakwan. Aku tertanya-tanya, macam mana dengan keadaan Qistina?"tanya Alif.

"Dia baik-baik saja setakat ni. Tapi sebelum ni, dia banyak cerita semua benda pasal ayah,"kata Zakwan lalu menyimpan senjatanya semula.

"Rasanya mungkin agak kekok sebab kita baru berjumpa bukan? Tapi saya nak ucapkan terima kasih sebab tolong jagakan Qistina,"kata Alif sambil tersenyum.

Zakwan hanya memandang Alif sambil tersenyum. Walaupun itu adalah kali pertama dia bertemu dengan Alif, ia sudah berasa seperti sudah lama mengenalinya malah terasa sedikit senang.

Sementara itu, Azhad pula kelihatan seperti tertarik dengan kehebatan Puan Marie dalam menghasilkan ubatan herba. Mana taknya, dia pun suka belajar benda baru yang macam ni.

"Apa yang ada di dalam botol ni?"tanya Azhad sambil memegang botol kaca yang kecil berisi cecair berwarna merah jambu.

"Itu untuk rawat luka ringan atau melecur je tapi hati-hati ya. Risau pulak nanti pecah,"kata Puan Marie sambil tersenyum.

"Baiklah,"kata Azhad lalu meletakkan botol itu semula di tempat asalnya.

Sementara itu, Hadi hanya membaringkan dirinya di atas kawasan berumput sambil memeluk bukunya & memandang langit yang membiru & dipenuhi awan itu. Dia memejamkan matanya sambil menikmati bunyi yang dihasilkan daripada alam semulajadi yang berada di sekitarnya seperti bunyi kicauan burung & deruan angin yang sepoi-sepoi bahasa.

"Kuro, kau rasa aku masih boleh lihat semua keindahan alam Allah SWT lagi tak lepas peperangan ni?"tanya Hadi sambil memandang Kuro yang turut sedang berehat di sisinya itu.

"Kenapa kau tanya aku dengan soalan yang macam tu?"tanya Kuro.

"Tak, aku cuma terlalu risau & takut. Yelah, kita tak tahu apa yang bakal jadi pada masa hadapan nanti kan?"kata Hadi.

"Bertenang lah, Hadi. Kalau kau takut & risau akan masa hadapan yang akan datang, berdoalah. Itu salah  satu pilihan terbaik yang kau patut lakukan,"kata Kuro sebelum dia mulai tidur.

Hadi:Budak Bersayap Hitam [Completed]Where stories live. Discover now