Semua orang mulai berkumpul di ruang mesyuarat itu termasuklah raja-raja berserta pembesar mereka yang datang mengguna kuasa telepotasi untuk tiba dengan cepat. Hadi bersama sahabatnya yang lain turut berada di situ. Mereka semua mulai membincangkan langkah untuk melindungi kerajaan mereka daripada peperangan yang bakal tercetus dalam masa 3 bulan lagi.
Biarlah waktu masih lambat tetapi bertindak lebih awak adalah sesuatu yang baik & tindakan yang harus dilakukan demi keselamatan kerajaan & rakyat mereka. Hadi kagum dengan sikap pemerintah seperti itu kerana mereka sangat ambil erat terhadap kerajaan termasuklah rakyat mereka. Maka bermulalah sesi mesyuarat mereka sebaik saja semua orang telah tiba.
"Nampaknya, kerajaan kita bakal diserang oleh sebuah kumpulan yang bernama Bloody Phantom yang diketuai oleh seorang lelaki bertopeng bernama Red Alpha. Ini adalah gambar yang sempat kami ambil,"kata pembesar Kerajaan Sinar Mutiara sambil meletakkan menunjukkan sebuah hologram bergambar.
Mereka semua melihat gambar hologram yang dipaparkan itu. Hadi hanya mampu meneguk air liur kesat kerana terlalu gementar. Dia risau kalau-kalau musuh yang mereka sedang lihat ini sangat kuat lagu pun sudah banyak yang dia lawan & itu semua baru saja konco-konconya tapi dia sudah cedera teruk. Cuba bayangkan kalau lawan dengan Red Alpha sendiri. Pasti dirinya takkan selamat seperti sekarang.
"Mengikut kajian kami, dia telah menetapkan tempoh masa untuk kita selama 3 bulan & lokasi yang dia tetapkan berada di sebuah kawasan peninggalan sejarah,"kata Pembesar Kerajaan Sinar Mutiara lagi.
Hadi & sahabatnya kelihatan terkejut kerana itu adalah tempat dimana mereka pernah pergi dulu. Mereka tidak menyangka yang tempat itu bakal menjadi sebuah medan perang yang sangat merbahaya. Hadi hanya mampu terdiam kerana dia tidak percaya yang tempat keturunannya pernah wujud pada ketika dahulu akan menjadi medan perang sekali lagi. Ini bukanlah sesuatu yang dia mahu tengok apatah lah untuk diketahui olehnya.
Setelah membincangkan beberapa strategi ketika peperangan itu bakal berlaku, mereka pun mulai bersurai & bersiap sedia dengan setiap kelengkapan perangan yang ada di kerajaan yang terbabit. Kesemua asmara mulai dilatih. Hadi & sahabatnya tidak ketinggalan mereka juga menawarkan diri untuk berperang tetapi ada sesuatu yang sedikit merisaukan kerana Nurin seperti risau akan dirinya.
Di sebuah ruangan di dalam istana...
Kelihatan Nurin & Hadi sedang bersendirian di situ. Mereka saling memandang diantara mereka.
"Hadi, awak tak patut ikuti peperangan kali ni. Cukuplah dengan apa yang dah jadi. Tolonglah,"rayu Nurin.
"Saya tahu awak risaukan saya, Nurin tapi semua orang tengah hadapi masalah sekarang kerana peperangan bakal berlaku dalam masa 3 bulan saja lagi & saya takkan berdiam diri je dengan apa yang berlaku. Saya perlu membantu mereka. Tolonglah benarkan saya sertai peperangan ini,"kata Hadi.
Nurin memeluk lembut tubuh suaminya itu. Membenarkan seseorang yang disayangi pergi ke sebuah keadaan perang yang merbahaya bukanlah sesuatu yang senang buat kita. Nurin hanya mampu menahan sebaknya sejak apa yang pernah berlaku pada Hadi. Dia sudah tidak sanggup lagi untuk melihat Hadi menderita. Walaupun begitu, dia juga tidak sanggup melihat Hadi bersedih kerana hal itu.
YOU ARE READING
Hadi:Budak Bersayap Hitam [Completed]
FantasíaHadi Haikal, seorang budak yang dianggap berbeza dari kaum yang lain kerana memiliki sayap yang berwarna hitam malah dia adalah satu-satunya yang hanya memiliki sayap seperti itu. Kerana kelihatan berbeza dia telah dipulau kan begitu juga oleh kelu...