Bab 7: Sahabat

2.1K 179 22
                                        

Dengan bantuan pembantunya,Nurin berjaya membaringkan Hadi di atas sofa. Dia bersyukur sangat yang Hadi tidak cedera ketika menyelamatkan dirinya.

Sementara itu,Nurin pergi ke kereta bersama dengan pembantunya untuk mengambil barang sebelum masuk ke dalam rumah Hadi semula.

Beberapa minit kemudian, Nurin pergi ke Hadi Semula & melihat yang Hadi sudah tidak di atas sofa. Itu membuatkan dia berasa cemas.

"Hadi?mana Hadi pergi?"kata Nurin sambil mencari Hadi.

"Assalamualaikum! Aku kat dapur ni,"kata Hadi yang sedang berada di dapur.

"Ehhh?!? Apa hadi buat kat dapur tu?!"jerit Nurin yang terlalu terkejut dengan keberadaan Hadi.

"Hehe, aku masak je. Lagi pun kau kan-"kata Hadi sebelum pengsan balik.

"Hadi!?!?!? Hadi tak apa-apa ke?!?!"jerit Nurin yang cemas dengan keadaan itu.

Beberapa minit kemudian, Nurin baru je habis masak disebabkan oleh Hadi yang tiba-tiba buat perangai.

Hadi pula hanya membaringkan badannya sambil menutup mukanya menggunakan lengan.

"Hadi tak patut memaksa diri kalau kau tak sihat tahu. Buat saya risau je. Dah lah Hadi pengsan lagi masa tengah masak pulak tu,"kata Nurin.

"Hehehe,maaf. Itu memang tabiat aku pun,"kata Hadi sambil menukar posisinya kepada duduk sambil memeluk kusyen sofanya.

"Lagi satu,kenapa Hadi tak bagitau saya yang kau sakit?"kata Nurin sambil memandang tajam kat Hadi.

"Err, macam mana aku nak bagitau kau kalau aku takde nombor telefon kau, Tuan puteri,"kata Hadi yang serba salah.

"Eh, aku tak bagi nombor telefon saya ya. Maaf,"kata Nurin lalu menulis nombor telefonnya di atas sehelai kertas kecil lalu memberikannya kepada Hadi.

"Terima kasih,Tuan puteri. Tapi takpe ke kalau budak macam saya ada nombor ni ,Tuan puteri?"kata Hadi yang serba salah

"Takpe,ada masalah ke?"tanya Nurin

"Tuan puteri, nampak kan warna sayap saya?"tanya Hadi sambil menundukkan kepalanya

"Nampak je. Warnanya hitam kan,"kata Nurin.

"Tuan puteri tak rasa pelik ke dengan perbezaan saya?"tanya Hadi sambil memeluk bantal kusyen sofanya semakin erat.

"Tak, tapi warna sayap Hadi ni unik sangat. Tak pernah pun saya tengok warna sayap yang macam tu. Boleh saya buat kajian pasal tu?,"kata Nurin yang kelihatan kagum & teruja.

"Kajian? Rasanya boleh je kot,"kata Hadi.

Selepas itu,Nurin pergi ke dapur untuk memberikan makanan yang dia masak ketika Hadi pengsan tadi.

"Baguslah,tapi Hadi tinggal sorang-sorang kat sini ke?"tanya Nurin sambil menuangkan sup ke dalam sebuah mangkuk .

"Taklah, aku tinggal dengan ibu,kakak & abang aku kat sini. Diorang memang baik. Tapi biasanya diorang akan balik pada lewat petang,"kata Hadi sambil membaringkan badannya ke atas sofa semula.

"Macam tu ya. Nah, makan lah. Maaflah, ini je yang saya boleh masak sebab Hadi dah sediakan bahan tadi,"kata Nurin yang berasa serba salah sambil meletakkan semangkuk sup dihadapan Hadi

"Wah, takpe. Ini pun dah cukup. Tak sangka Tuan puteri pandai masak. Bismillah,"kata Hadi lalu memakan sup itu.

"Macam mana? sedap ke?"tanya Nurin sambil memandang Hadi

"Masyallah, sedapnya. Terima kasih sebab masakkan sup ni,"kata Hadi yang kelihatan gembira.

"Sama-sama, baguslah Hadi suka,"kata Nurin sambil tersenyum.

Beberapa minit kemudian, setelah Hadi selesai makan. Hadi membuat kerja sekolah yang dibawa oleh Nurin.

"Dah siap pun,"kata Hadi yang tak sampai 10 minit pun membuat kerja sekolah itu.

"Eh? Kejapnya,biar saya periksa,"kata Nurin sambil memeriksa kerja-kerja sekolah Hadi.

Hadi hanya membaca buku teksnya sementara menunggu Nurin memeriksa kerja-kerja nya.

"Apa?! Biar betul! Semuanya betul! Macam mana Hadi buat semua ni dalam masa beberapa minit je?!"kata Nurin sambil memandang Hadi dengan tidak percaya.

"Oh,pasal tu Hadi banyak membaca je & dengan izin daripada Allah SWT juga aku boleh buat semua ni,"kata Hadi dengan tenang.

"Hadi ni bijak jugak orangnya ya. Tapi Nurin banyak dengar kata orang yang Hadi ni budak tak pandai & paling corot dalam kelas,"kata Nurin.

"Oh, tu sebab aku tak nak kecewakan orang dalam kelas aku. Lagi pun cikgu aku je yang tahu markah & prestasi sebenar aku dalam kelas,"kata Hadi sambil tersenyum.

"Boleh pulak macam tu. Pelik lah Hadi ni,"kata Nurin sambil memandang Hadi dengan muka datar

"Pfft, haha. Memang pun, aku kan Hadi,Budak Bersayap Hitam, Tuan puteri,"kata Hadi sambil ketawa.

"Hadi,kalau Hadi tak kisah. Saya nak jadi sahabat Hadi,"kata Nurin.

Hadi berhenti ketawa & terdiam. Dia memandang Nurin setelah mendengar apa yang Nurin beritahu tadi. Dia bagaikan tidak percaya kerana tidak pernah pun ada yang sudi berkawan dengannya di sekolah walaupun dia sendiri yang mengajaknya.

"Jadilah sahabat saya,Hadi. Hadi lah satu-satunya yang boleh menjadi sahabat saya. Tolonglah,"kata Nurin.

"Baiklah,Tuan puteri. Apa saja yang tuan puteri mahukan,"kata Hadi sambil menunduk hormat.

"Lagi satu, jangan panggil saya Tuan puteri lagi. Panggil saya Nurin & sekarang kita adalah Sahabat. Jadi berjanjilah yang Hadi takkan khianati persahabatan ini ,"kata Nurin.

"Insyaallah, aku takkan,Nurin,"kata Hadi sambil tersenyum.

Tak pernah Hadi merasa begini. Dia berasa sangat bahagia kerana sudah mempunyai seorang sahabat sekarang. Ini lah rezeki Allah SWT buat dirinya.

Setelah itu, Nurin meminta diri untuk pulang lalu menaiki kereta nya sambil diperhatikan oleh Hadi sebelum masuk ke dalam rumah.

Hadi duduk di atas sofa sambil memeluk bantal kusyen sofanya dengan erat. Dia kini mulai berasa sebak & tanpa dia sedar linangan air matanya mulai mengalir.

"Kenapa? Kenapa aku menangis?"kata Hadi yang mulai keliru dengan perasaannya.

"Apa semua ni,Ya Allah? Adakah ini sebuah mimpi?"kata Hadi sambil mengesat air matanya yang tidak berhenti-henti dari mengalir.

Hadi menangis kegembiraan kerana terlalu bersyukur dengan apa yang berlaku. Walaupun ia perkara biasa pada pandangan orang lain tetapi tidak pada Hadi. Ini lah sebuah kegembiraan buat dirinya..

Bersambung...

Hadi:Budak Bersayap Hitam [Completed]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang