Hadi Haikal, seorang budak yang dianggap berbeza dari kaum yang lain kerana memiliki sayap yang berwarna hitam malah dia adalah satu-satunya yang hanya memiliki sayap seperti itu.
Kerana kelihatan berbeza dia telah dipulau kan begitu juga oleh kelu...
Hadi memandang Firdaus yang sedang menunggu jawapannya. Dia memandang sahabatnya yang lain begitu juga Nurin yang kelihatan sedang menangis ketakutan.
"Hadi, jangan letak senjata kau,"kata Nurin.
"Diam kau!"marah Firdaus lalu menghala kan pedangnya ke leher Nurin.
"Nanti!! Aku akan pilih!"kata Hadi.
"Baiklah, pastikan kau cepat sebab masa tak boleh dibazirkan,"kata Firdaus sambil tersenyum sinis.
Hadi memandang Firdaus. Dia takut untuk memilih tetapi kalau dia terlambat, perkara yang sama tetap akan berlaku. Apa yang perlu dia buat? Dia keliru & bingung malah sudah buntu memikirkan jalan penyelesaian & terpaksa mengambil keputusan yang sangat merbahaya.
"Baiklah, aku dah pilih,"kata Hadi.
"Jadi, apa pilihan kau?"tanya Firdaus.
Hadi menjatuhkan pedangnya. Firdaus tersenyum sinis. Tanpa sedar, sebuah pedang sudah berada di belakang Hadi lalu menikam Hadi. Mereka semua terkaku melihat keadaan itu.
"K..kau ti..tipu aku! Kau kata kau aka lepaskan mereka!"marah Hadi.
"Heh, kau ingat aku akan dengar cakap kau? Senang betul kau kena tipu. Lagi pun ini balasan kau sebab cederakan aku dulu,"kata Firdaus lalu menarik pedangnya daripada terus menikam Hadi.
Hadi jatuh terbaring di atas tanah sambil menekup perutnya sedang baru saja ditikam tadi. Firdaus memandang muka Hadi yang sedang berkerut menahan kesakitan lalu memijak tempat tikaman itu.
Firdaus berhenti lalu berjalan mendekati Nurin laku menamparnya lagi. Dia sama sekali tidak suka orang yang sedang menganggu atau menyampuk keseronokan nya.
"Diam kau!!! Jangan ganggu aku selagi aku belum puas!"marah Firdaus lalu terus saja menghala kan pedangnya ke leher Nurin.
"H.. hentikan! Hentikan!! Jangan apa-apakan dia!!"jerit Hadi yang cuba bangun.
"Heh, terlambat!"kata Firdaus lalu melibas pedangnya & mengenai tepat ke leher Nurin.
"Nurin!!!!"jerit mereka.
Nurin terbaring lemah di atas tanah. Darah pekat mulai mengalir dari luka di lehernya. Hadi terkaku seperti batu. Orang yang selama ini menjadi sahabat nya, tunangnya & kini menjadi orang tersayang bagi dirinya sedang terbaring kaku di hadapannya. Perasaan marah yang meluat-luat mulai muncul di dalam hatinya. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya lalu bangun.
"Berani kau!!!! Aku takkan. Maafkan kau!!!"jerit Hadi yang mulai hilang kawalan.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Tiba-tiba, sebuah aura kegelapan seperti bayangan mulai menyelubungi dirinya. Dia mulai hilang kawalan atas apa yang terjadi. Aura kegelapan itu mulai menyelubungi & membaluti dirinya.