Hadi Haikal, seorang budak yang dianggap berbeza dari kaum yang lain kerana memiliki sayap yang berwarna hitam malah dia adalah satu-satunya yang hanya memiliki sayap seperti itu.
Kerana kelihatan berbeza dia telah dipulau kan begitu juga oleh kelu...
Kelihatan para tentera daripada Kumpulan B sedang berlawan dengan raksasa yang berada di situ sementara Zafrel, Encik Hazrul & Mazrul sedang berlawan dengan seorang lelaki yang merupakan salah seorang daripada kumpulan Bloody Phantom.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"Itu saja yang kau ada? Aku dengar korang pasukan yang kuat tapi sayangnya semua tu cumalah mitos semata-mata bukan?"kata Neil sambil memandang mereka.
"Diamlah! Aku takkan benarkan kau musnahkan kawasan ni! Tumbukan ombak air!!"kata Zafrel lalu menyerang Neil menggunakan kuasanya.
Neil hanya menghalang serangan Zafrel menggunakan sebelah tangan saja. Yang lain kelihatan terkaku sebaik saja melihat hal itu. Sang lelaki itu hanya tersenyum sinis sebaik saja memandang Zafrel lalu muncul di hadapannya & menendang Zafrel sehingga terpelanting ke sebuah bangunan.
"Zafrel!!!"jerit Encik Hazrul & Mazrul.
Di sekitar kawasan bandar di bahagian barat...
Kelihatan Kumpulan C sedang berlawan dengan raksasa yang banyak sekali bilangannya itu. Walaupun begitu, suasana jauh lebih teruk sebaik saja mereka bertemu dengan salah seorang daripada ahli kumpulan Bloody Phantom.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"lalala, menarik lah main ikat tali bersama-sama kan?"tanya Rikana sambil tersenyum sinis memandang para tentera yang tewas melawannya.
Ada yang tercedera & ada juga yang sudah terkaku tidak bernyawa kerana ikatan tali merah yang merupakan kuasa milik sang perempuan itu. Mereka hanya memandang musuh mereka itu.
Walaupun dia kelihatan seperti budak perempuan yang comel & kecil, dia jauh lebih merbahaya & tambahan pula, dia ada sebuah masalah mental iaitu, Pyscho. Dia gembira sangat dapat membunuh para tentera itu tanpa sebarang belas kasihan. Aryan hanya mampu menahan geramnya begitu juga dengan Afiq yang sedang dihalang oleh Zakwan untuk tidak menyerang budak perempuan itu.
"Kenapa ni? Awak semua tak nak main dengan saya ke?"tanya Rikana yang kelihatan sedih.