Bab 52: Menderita

1.3K 133 20
                                    

Disebabkan insiden itu menyebabkan kekacauan di pusat membeli-belah itu, ia akhirnya menjadi berita hangat di siaran televisyen & media sosial.

Berita itu menyebabkan penduduk yang tinggal dikawasan itu mulai kecoh. Berita itu telah tersebar sehingga diketahui oleh Nurin & sahabat-sahabatnya. Tanpa melengahkan masa, mereka semua segera bertolak ke hospital tanpa mengendahkan kerja-kerja mereka.

Di hospital....

Hadi dikejarkan ke wad kecemasan & trauma kerana kecederaan yang agak serius. Qistina pula hanya mampu menangis di luar wad itu sambil menunggu keterangan dari doktor yang merawat Hadi. Dia sudah penat menahan sebaknya selepas apa yang terjadi pada anaknya sejak dari dulu sehingga sekarang. Dia sudah tidak sanggup lagi melihat anaknya menderita.

Aryan pula hanya mengalami cedera ringan lalu dia segera pergi ke Qistina setelah kesemua lukanya dirawat. Dia hanya mampu bersimpati atas apa yang terjadi pada Hadi sambil menenangkan ibu angkatnya itu. Dia sebenarnya mahu menangis tetapi ditahan kerana dia tidak mahu membuat suasana menjadi lebih menyedihkan.

Tak lama kemudian...

Zakwan telah tiba setelah memberikan keterangan kepada pihak polis atas kejadian yang berlaku itu. Dia hanya mampu melihat Qistina & Aryan yang sedang berdiri di hadapan wad kecemasan itu. Dia tahu yang Hadi sedang mengalami kecederaan yang serius & mungkin boleh meragut nyawa anak muda itu.

Pada masa yang sama, Nurin bersama dengan sahabatnya, Ana & sepupunya, Afiq telah tiba di situ. Mereka sebenarnya agak terkejut dengan apa yang terjadi apatah lagi Nurin yang merupakan bakal isterinya. Perasaan sebak, risau & takut mulai menyelubungi Nurin. Mahu saja dia menangis & meraung-raung di situ. Rasa sakit saja dihatinya apabila mengetahui apa yang telah menimpa bakal suaminya itu.

Setelah beberapa jam...

Akhirnya salah seorang doktor yang merawat Hadi telah keluar dari wad itu lalu berjalan mendekati mereka.

"Siapa di sini adalah Keluarga atau saudara kepada Hadi Haikal?"tanya doktor itu.

"Kami keluarga dia,"kata Zakwan.

Doktor itu memandang mereka dengan muka yang sedikit suram. mereka semua pula hanya memandang doktor itu sambil menunggu keterangan darinya. Rasa debar yang sangat luar biasa mulai menyelubungi mereka semua.

"Kami berjaya selamatkan dia,"kata Doktor itu.

Mereka semua hanya mampu menghembuskan nafas lega sambil mengucap panjang atas berita itu.

"Walaupun begitu, kami baru saja selesai membedahnya. Berita buruknya, kecederaan yang dia alami sangat serius. Hampir kesemua tulang rusuknya patah & hampir retak. Bukan itu saja, dia juga mengalami banyak kehilangan darah akibat pendarahan dalaman yang serius. Buat masa sekarang kondisinya masih belum stabil & dia sekarang sedang koma. Itu saja yang mampu kami buat sekarang. Maafkan kami,"kata Doktor itu.

Qistina terkaku diam setelah mendengar berita itu. Dia seperti mahu saja menjerit-jerit di situ. Dia tidak percaya akan apa yang terjadi. Hatinya bagaikan dirobek-robek. Rasa sakit saja dihatinya itu. Walaupun begitu, dia hanya mampu berdoa kepada Allah SWT agar  Hadi selamat & cepat sembuh.

Nurin juga turut merasai perkara yang sama. Dia mulai mengalirkan air matanya. Melihat perkara sebegini amat menyiksa hatinya. Rasanya semakin sakit apabila melihat orang yang dia cintai akan menderita sebegini.

"Nurin,"kata Afiq perlahan sambil memandang sepupunya yang sedang menangis itu.

Dia tahu yang Nurin pasti sedih untuk menerima berita itu. Dia juga turut merasai hal yang sama. Dia tidak menyangka sahabatnya akan menderita lagi. Sahabatnya yang seringkali melindungi dirinya malah orang yang dia sayangi tanpa mengendahkan soal nyawa sendiri.

Aryan pula tidak lagi mampu menahan tangisannya. Dia jatuh terduduk sambil meraung-raung kesedihan di situ. Perasaan sedih  & kecewa yang mendalam mulai  menyelubungi dirinya.

"Kenapa?! Kenapa?! Kenapa abang Hadi?! Kenapa mesti dia?! Maafkan Aryan, abang Hadi!!! Maaf!!!"raung Aryan sambil menangis sekuat-kuat hatinya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kenapa?! Kenapa?! Kenapa abang Hadi?! Kenapa mesti dia?! Maafkan Aryan, abang Hadi!!! Maaf!!!"raung Aryan sambil menangis sekuat-kuat hatinya.

Dia tidak kuat lagi untuk melihat Hadi. Perasaannya mulai hilang kawalan. Dia hanya mampu meraung sambil menangis di situ. Zakwan hanya mampu memandang mereka semua. Dia tidak mampu berbuat apa-apa melainkan terdiam di situ sambil menahan rasa sedihnya. Berat hatinya untuk menerima berita itu. Walaupun Hadi hanyalah anak angkatnya, dia sudah menganggap yang anak muda itu sebagai anaknya sendiri.

"Jadi inilah rasanya menjadi seorang ayah,"kata hati kecil Zakwan.

Zakwan hanya mampu menundukkan kepalanya sambil kecewa & bersedih atas apa yang terjadi. Rancangannya hanya mahu membawa keluarganya berseronok & menghabiskan masa bersama tetapi lain yang jadinya. Hal seperti ini sepatutnya tidak terjadi apatah lagi ketika mereka sedang bergembira bersama. Baru saja semalam dia melihat Hadi yang tersenyum keceriaan di hadapannya tapi kini di hadapannya hanyalah anak angkatnya yang sedang terbaring koma di atas katil hospital.

Siapa yang kuat apabila melihat orang tersayang mereka menderita? Hanya manusia berhati kering akan melupakan nilai kemanusiaan. Itulah hak yang sering terjadi disekeliling masyarakat sekarang. Pelbagai jenayah telah berlaku sehingga melibatkan nyawa orang yang tidak berdosa. Apakah dosa seorang insan yang dibunuh atau dicederakan ketika mencari sesuap nasi & rezeki mereka untuk keluarga mereka? Apakah dosa seorang anak  yang baru dilahirkan itu dibuang tanpa belas kasihan?

Itu lah yang muncul di fikiran Zakwan. Setiap memori lamanya turut hadir di fikirannya. Sudah penat dia untuk cuba melupakan memori & persoalan yang bermain di fikirannya itu. Dia juga ada dunia & memori yang mahu dia lupakan sementara atau mungkin melupakannya buat  selama-lamanya.

Zakwan berjalan ke arah sebuah sinki yang berdekatan dengan kawasan itu lalu mencuci tangannya & membasahkan mukanya.

"Kenapa aku tak boleh cuci & hilangkan saja semua kesakitan ni macam sebuah kotoran yang ada pada tangan aku? Aku tak faham. Kenapa susah sangat untuk aku faham semua ni?"kata Zakwan sambil memandang tangannya.

Sementara itu, Hadi telah dipindahkan ke wad penjagaan rapi kerana kondisinya yang masih belum stabil. Mereka semua hanya mampu melihat Hadi dari luar melalui sebuah cermin di wad itu. Aryan pula tidak mahu melihat keadaan Hadi. Dia bagaikan tidak sanggup lagi melihat keadaan abang angkatnya itu. Suaranya sudah serak kerana kuat menjerit & meraung tadi. Buat masa itu, Aryan mulai cuba untuk menenangkan dirinya itu.

Nurin hanya memandang Hadi dari jauh. Dia mahu saja memeluk & mencium tangan bakal suaminya. Disebabkan keadaan itu, Nurin membuat sebuah keputusan yang agak besar untuk dirinya & dia hanya menunggu masa itu ketika Hadi sudah sedarkan dirinya nanti. Dia tidak tahan lagi untuk melihat keadaan itu terjadi pada Hadi buat kali yang seterusnya. Biarlah ini yang terakhir & biarlah dirinya pula untuk melindungi Hadi. Dia sudah tidak tahan lagi melihat Hadi menderita. Dia mesti siasat akan punca sebenar kejadian ini terjadi pada waktu itu.

"Hadi, tunggu lah. Aku akan cari orang yang buat kau macam ni. Aku takkan biarkan mereka sakiti kau lagi. Insyaallah, aku takkan buat kau rasa sedih & menderita lagi,"kata Nurin.

Dia takkan lepaskan orang yang sudah membuatkan Hadi menderita sehingga menjadi begini. Dia perlu menghukum mereka agar mereka sedar atas perbuatan mereka yang kejam itu. Dia tidak mahu mendiamkan dirinya untuk melihat keadaan ini dari terjadi lagi. Itulah apa yang dia mahu lakukan nanti.

Bersambung....

Hadi:Budak Bersayap Hitam [Completed]Where stories live. Discover now