Bab 106:Arman Bangsa Rimula Yang Tulen

825 87 7
                                    

Yang lain hanya memandang para tentera yang sedang meraung kesakitan & mulai lenyap itu termasuklah Afiq yang sedang menderita kesakitan itu. Ana sedaya upaya cuba untuk membantu Afiq menggunakan kuasa penyembuhan tetapi tidak memberikan sebarang kesan. Mereka semua mulai sebak sebaik saja melihat sahabat mereka menderita sebegitu.

"K..kenapa? Kenapa saya tak boleh guna kuasa ni?"kata Ana sambil memandang kedua tangannya.

"A.. Afiq,"kata Mazrul perlahan ambil memandang Afiq.

Perlahan-lahan, Afiq menghulurkan tangannya ke arah sahabatnya sambil tersenyum pahit

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Perlahan-lahan, Afiq menghulurkan tangannya ke arah sahabatnya sambil tersenyum pahit. Mazrul cuba mencapai tangan Afiq. Walaupun begitu, tangannya terus saja menjadi debu begitu juga dengan seluruh jasad tubuhnya.

Semua orang terus saja terkaku sebaik saja melihat hal itu termasuklah Mazrul. Dia terus saja terjatuh terduduk. Tanpa sedar, air matanya berlinangan lalu dia meraung sekuat hatinya.

 Tanpa sedar, air matanya berlinangan lalu dia meraung sekuat hatinya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Tidak!!!! Afiq!!!"raung Mazrul sambil menangis.

Sementara itu, di atas puncak menara..

Hadi yang tiba disitu menggunakan kuasa telepotasi miliknya bersama Aryan & Zakwan terus saja memandang Red Alpha/Arman yang sedang berada di situ. Lelaki itu hanya tersenyum sinis memandang mereka sebaik saja bangga yang ciptaannya telah berjaya.

"Hahaha!!! Akhirnya!! Aku berjaya!! Hahaha!"ketawa Red Alpha/Arman.

"Tak guna!!! Apa yang kau nak buat dengan Kuasa/mana yang kau kumpulkan tu?!"marah Zakwan.

"Dengar sini, aku buat semua ni kerana dendam lama diantara bangsa aku & bangsa bersayap hitam,"kata Red Alpha/Arman.

"Apa? Dendam lama?"tanya Hadi.

"Ya, aku benci melihat bangsa bersayap hitam saling menyayangi dengan bangsa aku, Bangsa Rimula,"kata Hadi.

"Bangsa Rimula?"kata Zakwan.

"Ya, korang mesti tak pernah dengar kan? Akulah satu-satunya Bangsa Rimula yang tinggal kerana akulah satu-satunya bangsa yang mampu hidup lama,"kata Red Alpha.

Hadi:Budak Bersayap Hitam [Completed]Where stories live. Discover now