Di sebuah kampung yang dikenali sebagai Kampung Evergreen, kelihatan sebuah keluarga yang hidup aman & bahagia.
Kelihatan 4 orang kanak-kanak sedang bermain bersama. Mereka kelihatan seronok & tersangatlah rapat sebagai adik-beradik & keluarga.
Semuanya berada dalam keadaan baik-baik saja sehingga adik bongsu mereka yang ke-5 lahir.
Adik mereka telah diberi nama Hadi Haikal, kelahirannya disambut bahagia oleh keluarga itu sehinggalah umur Hadi mencapai 5 tahun.
Sesuatu yang berbeza mulai kelihatan pada dirinya & perbezaan itu membuatkan ahli keluarganya yang lain kurang senang.
"Sayap hitam? Mana ada orang yang bersayap hitam ibu! Ni bukan adik Ariana," Nurul Ariana & merupakan anak ke-2
"Jangan cakap macam tu. Tak baik, Hadi kan adik Riana,"kata Qistina Ain iaitu ibu kepada kelima-lima orang anak itu.
"Betul tu! Ni kan adik kita,"kata Zafrel Amran yang merupakan abang sulung.
"Betul! Ika setuju!"kata Zulika Aliya yang merupakan anak ke-4.
"Nanti mesti ayah takkan suka ini!"kata Damia Aleesya yang merupakan anak ke-3.
"Dah, tak baik cakap macam tu. Kamu semua kena sayang kat Hadi. Dia kan adik kamu semua,"kata Qistina.
Tak lama selepas itu, Ayah mereka, Arman Azha pulang lalu melihat Hadi yang sudah memiliki sepasang sayap yang berwarna hitam.
"Jadi, dia berbeza. Kau ada hubungan dengan orang lain ke?"tanya Arman yang mulai marah.
"Takde, abang. Qistina cakap betul ni,"kata Qistina yang mulai takut.
"Habis?! Macam mana dia ada sayap hitam?! Aku tak kisah kalau dia je yang ada sayap! Tapi..sayang dia lain! Sayap warna hitam!?"marah Arman.
Zafrel yang melihat situasi itu membawa adik-adik nya yang lain masuk ke dalam bilik tetapi disergah oleh ayahnya.
"Tinggal kan budak bersayap hitam ni! Yang lain masuk bilik!!"kata Arman.
Zafrel membawa adik-adik yang lain masuk ke dalam bilik lalu pergi ke Hadi semula tetapi pada masa itu.
"Dasar anak haram!!"marah Arman lalu menampar Hadi sekuatnya sehingga Hadi terjatuh kegulingan.
"Hadi!!! Abang jangan apa-apa kan dia! Saya merayu abang!"kata Qistina yang menangis teresak-esak meminta maaf.
"Diam kau! Biar aku kerja kan dia puas-puas!!"marah Arman lalu menampar Qistina & berjalan ke arah Hadi.
Hadi bangun perlahan-lahan, kepalanya berasa tersangat lah pening & mulutnya mula mengalir darah mungkin disebabkan tamparan ayahnya.
"Berhenti!"kata Zafrel lalu melindungi Hadi.
"Ketepi! Atau kau pun akan aku kerja kan!!"marah Arman.
"Takkan! Saya takkan benarkan ayah buat macam tu!"kata Zafrel.
"Aku kata ketepi!!"marah Arman lalu menolak Zafrel ke tepi.
Zafrel terjatuh kerana tolakan yang kuat itu lalu melihat Hadi.
Hadi memandang ayahnya & ayahnya kelihatan sangat marah. Dia tidak faham mengapa ayahnya begitu marah. Adakah dia melakukan sebarang kesalahan sehingga membuatkan ayah marah.
"Maaf,ayah. Hisk..hisk,"kata Hadi yang mulai menangis.
"Diam kau! Aku takkan pernah maafkan kau atau pun menerima kau sebagai anak aku lagi!!!"marah Arman lalu menampar Hadi.
Dia tidak tahan lagi untuk melepaskan geramnya itu lalu terus memukul & menendang Hadi sepuasnya.
"Tidak!!! berhenti!!ayah!!"jerit Zafrel yang cuba menghentikan ayahnya itu tetapi dihalang oleh ibunya.
"M..maafkan ibu, Hadi,"kata Qistina lalu memeluk Zafrel dengan erat.
"Huwaaa!ayah! Jangan!"jerit Zafrel.
Hadi meraung kesakitan. Sakitnya rasa dipukul bagaikan tubuhnya tidak mampu bergerak saja.
"Heh! Puas pun hati aku ni!"kata Arman lalu keluar dari rumah.
Hadi takut lalu merangkak mendekati dinding lalu bersandar di dinding itu sambil menangis & menggigil ketakutan.
Qistina & Zafrel segera pergi ke arah Hadi lalu merawat & menenangkan diri Hadi.
Di dalam bilik..
Hadi membaringkan tubuhnya yang sakit akibat dipukul dengan ayahnya. Sementara itu, Zafrel berada di sisi katil Hadi bagi menemani Hadi kerana risau yang ayahnya akan melakukan sesuatu pada Hadi.
"A..abang,"panggil Hadi.
"Ya,Hadi?"balas Zafrel.
"Ayah, benci Hadi ke?"tanya Hadi yang kelihatan sedih.
Zafrel terdiam dengan pertanyaan Hadi. Dia juga tidak sampai hati mahu menjawab pertanyaan itu.
"Tidur ya, Hadi. Sekarang ni kena banyak rehat. Nanti boleh main kalau dah sihat,"kata Zafrel yang cuba menukar topik.
Hadi menuruti kata-kata abangnya lalu tidur. Zafrel hanya mampu mengeluh & menangis kerana tidak dapat melindungi Hadi daripada dipukul oleh ayahnya.
Suatu hari, Qistina & Arman sedang bergaduh. Perbuatan mereka sedang diperhatikan oleh anak-anak mereka termasuk lah Hadi.
"Baiklah! Kalau kau sendiri tak nak buang dia, biar aku je tinggalkan kau! Buat malu aku je kalau ada anak macam tu! Dasar perempuan tak guna!! Aku ceraikan kau!!"kata Arman yang mengambil keputusan untuk menceraikan isterinya itu.
"Baik! Kalau abang tak nak terima dia! Saya yang akan jaga dia! Lagi pun dia anak saya & sampai bila-bila saya tetap akan anggap dia begitu!"kata Qistina yang cuba mempertahankan Hadi.
"Baik! Keluar dari rumah aku! Jangan berani kau datang ke sini lagi!!"marah Arman.
Sementara itu, Damia & Ariana memarahi Hadi kerana mereka berpendapat perkara ini berlaku disebabkan oleh Hadi.
"Ini semua salah kau! Disebabkan kau lah keluarga kita berpisah & musnah! Aku benci kau!"marah Damia.
"Aku pun!! Aku takkan pernah anggap kau ni adik aku pun!!"marah Ariana pula.
Hadi yang mendengar kata-kata kakaknya itu hanya mampu menundukkan kepalanya. Bagaikan kata-kata itu benar-benar menusuk ke hatinya.
"Kakak! Tak baiklah! Jangan cakap macam tu kat Hadi!"marah Zulika.
Qistina hanya mampu menangis sambil mengemas segala barangnya sebelum keluar dari rumah. Arman menarik Hadi lalu menolak dia ke Qistina.
"Kau bawak sekali anak haram ni!! Aku tak nak tengok muka dia lagi! Berambus kau & yang lain masuk bilik!"marah Arman.
"Tak, Zafrel nak ikut ibu,"kata Zafrel.
"Zulika pun! Zulika takkan tinggalkan ibu & Hadi,"kata Zulika.
"Baiklah!!! Berambus lah korang! Aku takkan terima korang lagi lepas ni!!"lalu menghalau mereka keluar dari rumah.
Setelah dihalau keluar, Qistina hanya mampu menahan sebak agar anak-anaknya itu tidak begitu risau dengan dirinya.
"Ibu, kita nak pergi mana ni?"tanya Hadi sambil memegang tangan Qistina.
"Kita cari rumah baru ya sayang. Kat sana nanti kita boleh tinggal sama-sama,"kata Qistina yang cuba tetap tersenyum pada anak kesayangannya itu.
"Agaknya besar tak rumah kita nanti ya ?"tanya Zulika ingin tahu.
"Hehehe,jangan risau ibu bawa duit yang banyak untuk belikan rumah buat kita,"kata Qistina lalu memimpin tangan anak-anaknya itu lalu berjalan meninggalkan rumah mereka itu buat kali terakhir.
Bersambung...
![](https://img.wattpad.com/cover/247040988-288-k433413.jpg)
YOU ARE READING
Hadi:Budak Bersayap Hitam [Completed]
FantasyHadi Haikal, seorang budak yang dianggap berbeza dari kaum yang lain kerana memiliki sayap yang berwarna hitam malah dia adalah satu-satunya yang hanya memiliki sayap seperti itu. Kerana kelihatan berbeza dia telah dipulau kan begitu juga oleh kelu...