Hadi Haikal, seorang budak yang dianggap berbeza dari kaum yang lain kerana memiliki sayap yang berwarna hitam malah dia adalah satu-satunya yang hanya memiliki sayap seperti itu.
Kerana kelihatan berbeza dia telah dipulau kan begitu juga oleh kelu...
Hadi kini sudah dibenarkan pulang. Tetapi dia terpaksa bercuti kerana arahan doktor. Tambahan pula, Hadi terpaksa duduk di rumah bersendirian kali ini kerana yang lain sibuk dengan hal mereka.
Zafrel & Zulika sebenarnya berasa berat mau meninggal Hari bersendirian di rumah tetapi Hadi bertegas agar kakak & abangnya pergi ke sekolah malah tak perlu merisaukan dirinya.
Setelah itu, Zafrel & Zulika pergi ke sekolah dengan berat hatinya untuk meninggalkan Hadi. Mereka tahu kadangkala mereka perlu membiarkan Hadi untuk belajar berdikari juga.
Di Sekolah Menengah Cahaya Bulan...
Zafrel hanya termenung di mejanya ketika waktu rehat. Adam yang melihat perkara itu menegur Zafrel.
"Assalamualaikum hamba Allah. Kau termenung apa tu? Crush ke?"usik Adam.
"Apa-apa jelah. Aku cuma berat hati lah nak tinggalkan Hadi kat rumah sorang-sorang lepas peristiwa tu,"kata Zafrel yang kelihatan risau.
"Takpe, aku faham perasaan kau. Tapi kalau kau risau, banyakkan berdoa agar Allah SWT lindungi dia,"kata Adam yang cuba menenangkan Zafrel.
"Baiklah, terima kasih. Walaupun perangai kau ni mengalahkan babun tapi nasihat kau ni macam ustaz pulak,"kata Zafrel
"Sampai hati engkau memanggil sahabatmu ini babun. Kejam betul kau ni, Zafrel,"kata Adam yang menangis dengan penuh drama.
Zafrel hanya mampu mengucap & menggelengkan kepalanya. Baru cakap perangi macam ustaz terus jadi babun balik.
Di rumah...
Hadi sedang memasak di dapur. Setelah berpenat lelah kemas rumah waktunya dia memasak makanan tengahari kerana ibu, kakak & abangnya pulang lewat hari ini.
"Masyallah, sedapnya bau. Tak sabar nak rasa rezeki yang Allah SWT berikan hari ni,"kata Hadi yang kelihatan teruja ketika sedang memasak.
Tiba-tiba, pintunya telah diketuk oleh seseorang. Hadi menutup api di dapur lalu menanggalkan apron nya & pergi membuka pintu.
Ketika dia mahu membuka pintu, pintunya ditolak dengan kuat menyebabkan Hadi terundur ke belakang.
"Heh, tak sangka aku akan berjumpa dengan kau lagi budak tak guna,"kata Arman sambil memandang Hadi.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
(Bayangkan ini Reaksi Hadi masa lihat ayah dia, Arman)
"Lama tak jumpa kau. Aku ingat kau dah mati tapi sangkaan aku salah,"kata Arman lalu menolak Hadi ke tepi.
Arman berjalan masuk ke dalam rumah sambil melihat keadaan sekeliling rumah Hadi.
"Heh, jadi kau tinggalkan aku untuk beli rumah yang jauh lebih baik ya. Dasar perempuan tak guna,"kata Arman.