Bab 27:Bebas

1.6K 148 14
                                    

Di Hospital Manik Sinar...

Hadi mulai membuka matanya perlahan-lahan sambil melihat keadaan sekeliling. Dia melihat badannya berbalut dengan pembalut luka. Tangan nya pula disalurkan dengan pek berisi sejenis cecair & pek berisi darah.

Dia cuba menanggalkan topeng oksigen yang dipakai olehnya tetapi tangannya bagaikan tidak boleh bergerak begitu juga dengan tubuhnya.

Tanpa dia sedari, Hadi melihat Zafrel sedang tertidur di  atas kerusi di sisi katilnya. Dia cuba mengejutkan Zafrel dengan memanggil Zafrel tetapi suaranya bagaikan tidak mahu keluar & tekaknya berasa tersangat sakit.

Dia cuba sedaya upaya menggerakkan tangannya untuk memegang tangan Zafrel. Zafrel tersedar dari tidur apabila Hadi memegang tangannya.

Zafrel yang melihat perkara itu terbangun daripada kerusinya kerana terlalu terkejut.

"Hadi, kamu dah sedar. Abang pergi panggil doktor,"kata Zafrel lalu berlari keluar dari wad Hadi.

Hadi tersenyum dengan penuh syukur. Akhirnya, dia mampu bebas daripada tempat yang menyeksakan itu. Dia berharap sangat sahabat-sahabatnya tidak cedera & berjaya keluar dengan selamat.

Setelah diperiksa, Dr. Kamila yang merupakan kawan kepada Qistina memberitahu Hadi agar banyakkan berehat sebelum keluar dari wad Hadi.

Zafrel memandang Hadi sambil matanya berlinangan air mata. Dia gembira & bersyukur sangat yang adik kesayangannya, Hadi masih hidup.

"Hadi apa khabar?"tanya Zafrel sambil mengesat air matanya.

Hadi mengangguk perlahan sambil matanya juga berlinangan air mata. Dia gembira sangat yang dia masih ada peluang untuk bertemu abang & Keluarganya.

Tiba-tiba, Qistina datang & masuk ke dalam wad Hadi sambil melihat Hadi dengan keadaan sedih.

"H..Hadi,"kata Qistina sambil mendekati Hadi.

Hadi hanya tersenyum kelat. Dia tidak mampu memberitahu ibunya betapa rindunya dia kepada Qistina. Dia berharap sangat yang dia dapat memberitahu ibunya.

Qistina memegang tangan Hadi lalu meletakkan tangan Hadi pada pipinya sambil menangis.

"Selamat.. pulang sayang,"mata Qistina sambil menangis teresak-esak.

"Y..ya, H.. Hadi d..dah..p..pu..lang,"kata Hadi perlahan-lahan sambil tersenyum.

Pada petang itu...

Sahabat-sahabatnya masuk ke dalam wad Hadi sambil memandang Hadi yang terlantar di atas katil.

Mereka kelihatan gembira, ada yang menangis & ada juga yang datang mendekati Hadi.

"Selamat kembali, Hadi,"kata Mazrul sambil tersenyum kelat.

"Hadi, aku gembira sangat kau selamat. Aku takkan maafkan diri aku kalau apa-apa buruk berlaku pada kau. Maafkan aku sebab aku tak dapat melindungi kau,"kata Afiq dengan sebaknya.

"Semoga cepat sembuh ya, Hadi,"kata Ana sambil meletakkan sebakul buah-buahan di atas meja.

Nurin berjalan mendekati katil Hadi & memandang ke arah Hadi. Hadi dapat melihat muka Nurin yang sedang dibanjiri linangan air mata.

"Hadi, saya gembira sangat yang awak selamat. Maaf sebab saya tak dapat melindungi awak & menolong awak. Maafkan saya,"kata Nurin yang tidak henti-henti meminta maaf.

Hadi tahu yang sahabat-sahabatnya itu bersedih & kecewa dengan diri mereka kerana tidak dapat menolong dirinya ketika berada di makmal itu.

Lalu dia memandang Nurin sambil tersenyum & cuba bersuara perlahan-lahan.

Hadi:Budak Bersayap Hitam [Completed]Where stories live. Discover now