Pada suatu pagi...
Hadi mulai sedarkan diri. Dia mendapati dirinya sedang tidur di dalam khemahnya bersama dengan Afiq & Aryan.
Dia melihat kristal pemberian makhluk tadi masih ada pada genggaman tangannya.
"Jadi ia bukannya mimpi ya,"kata Hadi lalu menyimpan kristal itu ke dalam beg miliknya.
Setelah itu, para pelajar bersiap & membersihkan tempat itu sebelum menyambung perjalanan mereka ke Kampung Hutan W'elvart.
Hadi hanya diam sambil memikirkan sesuatu yang baru saja berlaku padanya malam tadi. Dia tidak mahu menceritakan hal itu kepada yang lain.
Dia pasti tiada siapa akan faham & percaya pada ceritanya. Ketika mereka sedang berjalan, tiba-tiba saja sekumpulan serigala sedang mengepung mereka.
Keadaan itu membuatkan mereka panik & berjaga-jaga sambil mengeluarkan senjata milik mereka.
"Jangan lari atau kita diserang nanti,"kata Encik Hazrul.
Ada beberapa pelajar yang kelihatan ketakutan apabila melihat keadaan itu malah terus berlari. Akibatnya, pelajar itu diterkam oleh salah seekor serigala itu.
Serigala itu mahu saja membaham pelajar itu tetapi pada masa yang sama, seekor serigala yang jauh lebih besar dari mana-mana serigala yang ada di situ muncul.
Mereka semua kelihatan semakin takut. Encik Hazrul mahu saja membunuh & menyerang kesemua serigala itu tetapi ianya pasti akan mengakibatkan keadaan semakin teruk.
Hadi memandang serigala itu lalu berjalan mendekati serigala besar itu. Serigala besar itu mahu saja menyerang Hadi tetapi seperti ada sesuatu yang menghalang dirinya dari melakukan hal sedemikian.
Hadi memandang wajah serigala itu, dia dapat melihat sebuah parit yang panjang ada pada bahagian mulutnya.
"Rin, kamu ke tu?"tanya Hadi sambil memandang serigala itu.
Serigala itu memandangkan Hadi laku berjalan mendekati Hadi. Semua pelajar hanya terdiam sambil memandang Hadi.
"Adakah itu kamu, Rin?"tanya Hadi lagi.
Tiba-tiba, serigala itu menggigit bahu Hadi sehingga menyebabkan yang lain terkejut.
"Hadi!!!!"jerit mereka.
"Aaaaaa!!!"jerit Hadi
"Lepaskan dia!!"jerit Mazrul yang mahu saja menyerang serigala itu tetapi...
"Aaaaaa!! Rin!! Itu memang kamu!!"jerit Hadi dengan gembiranya sambil memeluk Serigala besar yang bernama Rin Itu.
Semua pelajar kelihatan terkejut dengan keadaan itu. Mazrul terjatuh ketika cuba menyerang Rin.
"Kau ni kalau tak buat orang terkejut kan memang tak sah lah!!!!"jerit Raykal.
"Hehehe, gurau je. Kan Rin?"kata Hadi sambil memandang Rin.
Rin hanya melolong sambil menggoyangkan ekornya kerana terlalu gembira dapat bertemu dengan Hadi.
"Kau kenal serigala ni?"tanya Afiq.
"Lah, kau dah lupa ke? Ni lah serigala yang hampir terkam kau dulu,"kata Hadi.
"Eh?! Ye ke?"jerit Afiq.
"Tunggu, ini bermakna... Afiq! Kita sekarang ada kat kawasan hutan tempat kita bertemu lah!!"jerit Hadi pulak.
"Apa?!?!!"jerit mereka semua.
"Patutlah, saya rasa macam kenal je si Rin ni. Dah besar awak sekarang ya, si comel,"kata Hadi sambil memeluk Rin.
ANDA SEDANG MEMBACA
Hadi:Budak Bersayap Hitam [Completed]
FantasíaHadi Haikal, seorang budak yang dianggap berbeza dari kaum yang lain kerana memiliki sayap yang berwarna hitam malah dia adalah satu-satunya yang hanya memiliki sayap seperti itu. Kerana kelihatan berbeza dia telah dipulau kan begitu juga oleh kelu...
![Hadi:Budak Bersayap Hitam [Completed]](https://img.wattpad.com/cover/247040988-64-k433413.jpg)