Bab 34: Mengembara Ke Sebuah Tempat (Part 2)

1.6K 141 8
                                    

Sejak rahsia Hadi terbongkar, semua orang mulai mengejarnya sehinggalah dia sendiri mengalah & menceritakan perkara sebenar.

"Baiklah! Tolonglah berhenti kejar aku!!"jerit Hadi yang tiba-tiba terhenti sebab dah penat berlari.

"Bagus, sekarang ceritakan semua rahsia kau,"kata Raykal.

"Yelah, aku bagitau,"kata Hadi yang sudah mengalah.

Hadi memandang mereka & mulai bercerita.

Imbas kembali....

Hafi yang pada ketika itu adalah seorang budak berumur 12 tahun. Dia sering kali diejek di sekolah sejak sekolah rendah lagi.

Akibatnya, ramai guru juga turut sama menganai dirinya. Perbuatan mereka terhadap Hadi bukanlah biasa malah terlalu keterlaluan.

Ia bermula ketika Hadi sedang mengambil ujian penting untuk dia masuk ke sekolah menengah yang bagus.

Dia berusaha siang & malam belajar tanpa bantuan gurunya. Atas rezeki & bantuan dari Allah SWT, abang & kakaknya sudi mendidik Hadi.

Hari bahagia sangat kerana masih memiliki keluarga yang menyayangi dirinya. Atas berkat usaha & izin Allah SWT, Hadi berjaya menjawab soalan ujian itu dengan baik & mudah.

Tetapi sayang sekali, guru yang telah memeriksa kertas Hadi bersepakat untuk menganai Hadi walaupun dia dikatakan lulus sepenuhnya.

Pada hari keputusan, Hadi kelihatan kecewa & tidak puas hati dengan apa yang dia lihat pada keputusannya. Dia hanya  mendapat 0% malah jauh lebih rendah dari pelajar lain atau boleh dikatakan gagal.

Dia takut dengan apa yang dia lihat. Dia hanya mampu menangis ketika itu. Walaupun dia meminta guru besar sekolahnya untuk memeriksa semula kertas ujiannya tetapi dia tidak mahu kalah mencampakkan kertas ujian Hadi kepada muka Hadi.

Ketik Hadi mahu mendaftarkan dirinya di sekolah Zafrel & Zulika, dia ditolak mentah-mentah tanpa unsur siasatan. Qistina sangat kecewa dengan hal itu. Dia tahu Hadi telah dianiayai oleh guru-guru di sekolahnya dulu.

Jadi Qistina mengambil peluang untuk cuba mendaftarkan Hadi di Sekolah Menengah Cahaya Bulan.

Pada mulanya, Zakwan kelihatan was-was untuk mengambil Hadi dengan keputusan yang dimiliki oleh dia.

Tetapi Qistina bertegas agar Hadi mengambil ujian semula & membiarkan Zakwan untuk memeriksanya sendiri.

Setelah selesai mengambil beberapa ujian, Zakwan kelihatan serba sedikit tidak percaya dengan apa yang dia lihat. Hadi memang seorang yang pandai malah markahnya jauh lebih berbeza dari yang dia miliki. Ianya 100%.

Zakwan hanya tersenyum lalu mengusap kepala Hadi.

"Kamu memang bijak. Saya berharap kamu mampu menjadi seorang yang baik & mampu menolong orang lain suatu hari nanti. Tetaplah kuat & positif. Jadi kamu akan diterima masuk ke sini,"kata Zakwan sambil memandang Hadi.

Hadi hanya mengangguk sambil tersenyum. Akhirnya, dia menemui orang lain yang mampu menerima dirinya yang serba lain daripada yang lain ini.

Imbas kembali tamat...

Hadi mengeluh selepas menceritakan hal itu. Teruk pula rasanya apabila membuka cerita lama tentang dirinya itu.

"Jadi, awak memang sengaja rahsiakan hal ni sebab tak nak perkara yang sama berlaku lagi?"tanya Nurin.

"Ya, aku dah penat nak lalui semua ni. Kalau Pengetua tolak aku dulu, mesti aku akan jadi budak tak guna yang tak boleh buat apa-apa pun,"kata Hadi yang membuat gaya ala-ala ada letupan.

Hadi:Budak Bersayap Hitam [Completed]Where stories live. Discover now