Keesokannya...
Mereka semua berkemas untuk pulang & mengakhiri lawatan mereka di Kampung Hutan W'elvart.
Sebelum mereka pergi, penduduk di situ telah memberikan setiap satu sagu hati bagi setiap orang termasuk Hadi.
Tok Mukim berjalan ke arah Hadi lalu memandangnya.
"Hadi, sebelum kamu pergi, tok nak bagi kamu ni. Ambillah buku jurnal ni,"kata Tok Mukim lalu menghulurkan buku jurnal milik datuk Hadi.
"Eh? Tapi macam mana kalau tok perlukan buku ni nanti?"tanya Hadi yang berasa serba salah sambil memegang buku jurnal itu.
"Haha, jangan risau, tok dah buat salinan dari buku jurnal dia. Lagi pun, atuk kamu beri amanah pada tok untuk menyerahkan buku ni pada pewaris atau keluarganya. Jadi amanah itu wajib dilakukan tahu,"kata Tok Mukim.
"Baiklah,terima kasih, Tok. Tanpa bantuan saya pun takkan pulih ke bentuk asal juga,"kata Hadi sambil tersenyum.
"Haha, baiklah. Jangan lupa jaga diri kamu tu baik-baik,"kata Tok Mukim lalu mengusap kepala Hadi.
"Baik, Tok. Tapi tok tahu tak kat mana kristal saya tu?"bisik Hadi.
"Ada saja tapi tok dah ubah sikit barulah senang kamu nak bawa ke mana-mana nanti,"kata Tok Mukim lalu menghulurkan sebuah rantai pada Hadi.
"Wah! Betul ke ni tok?"tanya Hadi sambil memandang Tok Mukim.
"Ya, tok buat khas untuk kamu. Ingatlah, tok buat bukan untuk maju saja tapi atas membalas serba sedikit jasa atuk kamu tu,"kata Tok Mukim.
"Terima kasih ,tok. Saya suka sangat & insyaallah, saya akan jaganya dengan baik,"kata Hadi lalu memeluk Tok Mukim.
"Baiklah, jaga diri ya kamu semua!"kata Tok mukim & penduduk kampung.
"Terima kasih sebab layan kami dengan baik di sini. Kami pergi dulu,"kata Encik Hazrul.
Mereka pun berjalan keluar dari hutan itu & perjalanan itu mengambil masa yang lama seperti sebelumnya.
Di tepi tasik..
Ketika mereka sedang berhenti rehat di tepi tasik, Kalnuri Beast tiba-tiba datang & mendarat di hadapan Hadi.
Hadi yang pada ketika itu sedang berehat memandang Kalnuri Beast itu. Dia bangun lalu berjalan mendekati makhluk itu.
"Apa benda tu?!"jerit salah seorang dari pelajar perempuan yang ketakutan apabila melihat Kalnuri Beast.
Encik Razam & Hazrul mengeluarkan senjata mereka lalu melindungi yang lain . Mereka hampir-hampir saja menyerang Kalnuri Beast yang itu tetapi telah dihalang oleh Hadi.
"Nanti!! Jangan bunuh dia!"jerit Hadi.
Encik Razam & Hazrul tidak mengendahkan hal itu lalu menyerang Kalnuri Beast tu. Pada masa yang sama, pedang mereka telah ditahan oleh pedang Hadi.
YOU ARE READING
Hadi:Budak Bersayap Hitam [Completed]
FantasyHadi Haikal, seorang budak yang dianggap berbeza dari kaum yang lain kerana memiliki sayap yang berwarna hitam malah dia adalah satu-satunya yang hanya memiliki sayap seperti itu. Kerana kelihatan berbeza dia telah dipulau kan begitu juga oleh kelu...