Bab 90:Berlatih Memanah Bersama Eva

992 99 13
                                        

Keesokannya paginya...

Hadi bangun sedikit lambat pada pagi itu & dia adalah yang paling lambat bersiap ketika mahu mengikut Eva pergi ke latihan sementara yang lain dah bersiap awal untuk latihan mereka yang seterusnya. Setelah itu, mereka segera pergi ke tempay di mana mereka berlatih.

Semua mesti tertanya-tanya kan apa yang dibuat oleh kata wanita sekarang? Mereka sebenarnya tengah belajar buat satu minuman teh herba yang jarang ditemui & sangat langka malah dijual dengan harga yang sangat. Dalam dunia mereka ada satu jenis teh herba yang dipanggil sebagai Teh Silent Lily.

Rasa teh ni sangat sedap & terasa seperti pudina malah baunya sangat wangi malah sesuai diminum ketika seseorang sedang sakit.

Di dapur...

Puan Marie sedang mengajar mereka berdua untuk menghasilkan teh tersebut. Nak tahu tak kenapa teh herba ni susah untuk ditemui atau langka? Sebenarnya teh ni susah sangat nak buat & tambahan pula, bahan yang diperlukan untuk menghasilkan teh ni sangat susah untuk ditemui & hanya tumbuh 2 kali setahun saja. Ini lah satu peluang buat mereka untuk mencuba.

Puan Marie meletak beberapa kuntum Bunga Silent Lily yang berwarna biru keungguan. Setelah itu, dia mengambil beberapa kelopak bunga itu lalu memasukkannya ke dalam lesung batu lalu menghancurkannya sehingga lumat lalu memasuki bahan itu ke dalam bekas lalu meletakkan bahan itu di bawah sinar mentari.

Selepas beberapa jam kemudian...

Setelah menyelesaikan kerja rumah, Nurin terus saja mengambil kelompok bunga yang di letakkan di bawah cahaya matahari itu lalu segera diletakkan di dalam sebuah teko. Puan Marie terus saja mencampurkan sedikit madu, pudina & sedikit air ekstrak daun stevia untuk memaniskan minuman itu. Akhir sekali, tuangkan air panas & kacau sehingga sebati.

Nurin & Ana hanya memandang Puan Marie. Mereka kagum dengan cara Puan Marie membuatkan teh yang langka & susah untuk ditemui itu. Sekurang-kurangnya mereka dapat merasai yeh itu walaupun sekali seumur hidup mereka kan?

"Sekarang teh dah siap. Marilah datang minum sekali. Teh ni bagus tau untuk wanita hamil macam kamu, Nurin,"kata Puan Marie sambil tersenyum.

"Baiklah, saya nak pergi ke Hadi sekejap ya nanti saya datang balik,"kata Nurin sambil tersenyum lalu berjalan menuju ke bilik Hadi.

Di bilik Hadi....

Nurin berjalan mendekati bilik Hadi. Dia sedar yang pintu bilik sang suaminya tidak ditutup rapat lalu dia terus saja membuka pintu itu. Ketika dia berjalan masuk ke dalam bilik itu, dia mendapati yang Hadi  tidak mengemas tilam miliknya kerana terlambat bangun pada pagi itu.

Nurin hanya mengeluh lalu berjalan mendekati tilam sang remaja itu untuk mengemas nya. Ketika dia mahu melipat tilam itu, dia terpandang seutas rantai kristal bersebelahan dengan bantal Hadi & ingin mengambilnya. Walaupun begitu, dia sedar ada sesuatu yang lebih merisaukan lalu membatalkan niatnya itu.

(Sila Rujuk Bab 40 Untuk Ketahui Lebih Lanjut Tentang Rantai Kristal Itu)

Dia tanpa sengaja, terpandang satu tompokan kecil darah pada bahagian selimut & tilam itu. Dia terkaku seketika sebelum bangun & menuju ke bilik air.

Dia tahu pasti ada sesuatu yang tidak kena akan hal itu apatah lagi lepas apa yang jadi. Dia beranggapan yang mungkin Hadi sedar akan hal itu & terus saja bersiap untuk mengikuti latihan itu.

Sementara itu, di kawasan hutan...

Kelihatan para lelaki sedang berlatih memanah bersama Eva. Bagi Eva, Zakwan & Encik Hazrul ia pasti mudah tapi tidak pada yang lain. Perkara itu jauh lebih susah dari apa yang mereka bayangkan.

Hadi:Budak Bersayap Hitam [Completed]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang