Hadi Haikal, seorang budak yang dianggap berbeza dari kaum yang lain kerana memiliki sayap yang berwarna hitam malah dia adalah satu-satunya yang hanya memiliki sayap seperti itu.
Kerana kelihatan berbeza dia telah dipulau kan begitu juga oleh kelu...
Setelah memastikan pelajar yang cedera ringan dirawat & yang mengalami kecederaan serius di hantar ke hospital, kini semua pelajar yang selamat dibenarkan pulang & bercuti untuk beberapa minggu untuk proses baikpulih bangunan sekolah mereka.
Sementara itu, Hadi & sahabat-sahabatnya membantu guru mereka mengemas barang di dalam bilik rawatan sebelum pulang. Ketika mereka mahu pulang, Zakwan berjalan ke arah mereka.
"Kamu semua dah nak balik yam"tanya Zakwan.
"Ya, kami berharap pelajar yang cedera akan cepat sembuh nanti,"kata Ana.
"Baiklah, jalan baik-baik. Lagi satu, mana Hadi & Aryan?"tanya Zakwan.
"Pasal tu, diorang ada kat bilik rawatan lagi. Rasanya kejap lagi kot baru diorang keluar,"kata Afiq.
"Baiklah, kamu semua pulang dulu. Saya akan tengokkan mereka berdua,"kata Zakwan.
"Baiklah, pengetua,"kata mereka lalu berjalan pulang.
Tak lama kemudian...
Aryan & Hadi berjalan keluar dari pagar sekolah. Walaupun begitu, Hadi masih lagi keletihan kerana menggunakan terlalu banyak tenaga ketika berlawan dengan rakasas-raksasa tadi. Sementara itu, Aryan memegang tangan Hadi kerana dia takut yang Hadi akan pengsan tiba-tiba masa berjalan balik ke sekolah.