Bab 91: Misteri Disebalik Penyakit Hadi (Part 1)

969 105 9
                                    

Hadi tidak berhenti terbatuk sehingga menyebabkan dadanya terasa sangat sakit. Yang lain hanya mampu bersimpati dengan nasib sang remaja itu.  Walaupun dia memiliki kuasa telepotasi, dia tidak dapat menggunakan kuasa itu kerana keadaannya itu. Nurin hanya mengusap belakang Hadi yang kelihatan kelelahan itu. Dia tahu yang Hadi benar-benar memerlukan ubatannya.

Sementara itu, Puan Marie sedang sibuk menghasilkan sedikit ubatan herba untuk mengurangkan sakit sang remaja itu. Setelah selesai, dia terus saja menghulurkan semangkuk cecair berpudina kepada Nurin.

"Sapukan cecair ni pada dada & belakang Hadi,"kata Puan Marie sambil menghulurkan mangkuk berisi cecair itu.

"Baiklah, Puan,"kata Nurin lalu terus saja melakukan apa yang dikatakan oleh Puan Marie.

Hadi hanya mampu menahan kesakitannya. Walaupun dia mampu sembuh jauh lebih cepat dari orang lain, tak bermakna dia mampu menahan setiap kesakitan yang dialaminya. Sakit tetaplah menyakitkan.

Setelah beberapa minit...

Batuk Hadi mulai berhenti sehingga ia membuatkan sang remaja itu berasa sedikit baik & selesa untuk baring di atas tilamnya semula. Nurin hanya mengusap kepala Hadi. Yang lain berasa lega sebaik saja mendapati keadaan Hadi mulai kelihatan sedikit baik. Walaupun begitu, ia masih tidak dapat meredakan kerisauan mereka terhadap sang remaja itu.

"Abang Zafrel, semuanya akan baik-baik kan? Abang Hadi masih mampu teruskan hidup kan?"tanya Aryan yang kelihatan sangat risau.

"Aryan, janganlah cakap macam tu. Abang Hadi takkan apa-apa. Kenapa Aryan cakap macam tu?"tanya Zafrel.

"S..sebab Aryan risau yang abang Hadi akan tinggalkan Aryan. Aryan takut. Aryan tak nak abang Hadi pergi,"kata Aryan sambil mengesat air matanya yang mulai berlinangan.

Yang lain hanya memandang sang remaja serigala yang sedang kelihatan sangat sebak itu. Mereka tahu yang Aryan amat menyayangi Hadi. Mereka juga tahu yang Hadi sangat bermakna dalam hidupnya. Tanpa Hadi, dia pasti tidak akan berdiri di sini sekarang.

Tiba-tiba, rantai kristal milik Hadi mulai bersinar dengan sendirinya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tiba-tiba, rantai kristal milik Hadi mulai bersinar dengan sendirinya. Mereka hanya memandang rantai Hadi yang pernah diterimanya dulu.

(Sila Rujuk Bab 35 & Bab 40)

Tiba-tiba, muncul para keturunan Hadi yang berupa seperti roh berdekatan Hadi. Mereka semua kelihatan terkejut sehingga memaksa mereka untuk berundur ke belakang.

"Astaghfirullah!!! Syaitan!!!"latah Mazrul.

"Syaitan kau panggil aku!!!?? Aku ni moyang Hadi lah!!"marah Fikri yang terapung-apung seperti hantu.

(Sila Rujuk Bab 47 untuk mengenali watak)

"Aaaaaa!!! Hantu moyang Hadi!!!"jerit Ana sehingga pengsan & disambut oleh Aryan.

"Argh!! Berhenti panggil aku syaitan & hantu lah!!! Aku ni manusia yang dah jadi roh jelah!!"marah Fikri.

"Bertenang, Fikri. Saya tahu abang marah tapi kita muncul di sini sebab nak beritahu mereka perkara sebenar. Nampaknya dah tiba waktunya untuk kamu semua mengetahui hal ini bukan?"kata Azhad.

Hadi:Budak Bersayap Hitam [Completed]Where stories live. Discover now