Bab 28: Jawapan

1.6K 150 55
                                    

Walaupun baru saja selepas sehari Hadi sedarkan diri, dia dah buat perangai macam dia dah 3 bulan duduk kat hospital.

Kejap jalan ke sana, kejap ke sini. Tak boleh duduk diam sebab bosan katanya.

Hadi  duduk di atas katilnya sambil melukis di atas buku lukisan. Disebabkan kelebihan dirinya, kebanyakan kecederaan yang dia alami mulai pulih. Sekarang dia sudah mampu menggerakkan tangannya malah berjalan itu pun perlahan-lahan sambil berpaut pada dinding ataupun kalau dia tak larat dia akan naik kerusi roda.

Pada waktu itu...

Nurin sedang menjaga Hadi kerana bergilir-gilir dengan yang lain. Dia memandang Hadi sambil mengupas sebiji epal untuk Hadi.

Zafrel ada memberitahu Nurin yang Hadi tak makan dengan kuantiti yang baik & dia lebih memilih untuk tidur atau minum minuman bercoklat saja.

"Nah, awak kena makan ni, Hadi. Barulah cepat sembuh,"kata Nurin sambil menghulurkan sepotong epal kepada Hadi.

"Takpe, saya tak lapar ,Nurin,"kata Hadi sambil memandang ke arah lain.

"Mana boleh, awak perlukan banyak vitamin untuk sembuh jadi makan kalau tak, saya tak nak kawan dengan awak,"kata Nurin dengan suara yang merajuk.

"Yelah, janganlah nanti saya keseorangan lagi,"kata Hadi lalu memakan potongan epal-epal itu.

"Macam tu lah, baru lah cepat sihat. Awak pun dah makin kurus tu,"kata Nurin lalu mengambil kain yang lembap lalu mengelap tangan Hadi.

"Nurin, saya nak pergi ke taman hospital. Boleh tak?"tanya Hadi sambil memandang Nurin yang sedang mengelap tangannya itu.

"Yelah, janji jangan paksa diri sangat ya,"kata Nurin laku pergi ke taman.

Di taman...

Hadi duduk di bangku sambil diperhatikan oleh Nurin sementara Nurin masih berdiri di hadapan Hadi.

"Kenapa ni? Duduklah,"kata Hadi sambil memandang Nurin.

"Takpe, saya ada sesuatu nak cakap dengan awak,"kata Nurin sambil memandang Hadi.

"Apa dia?"tanya Hadi sambil memandang muka Nurin yang nampak serius.

"Hadi, apa yang awak rasa apabila saya jadi sahabat awak?"tanya Nurin.

"Mestilah gembira lagi pun kau kawan kedua yang menerima diri aku. Belum pernah pun ada orang yang mahu bercakap dengan aku di sekolah selain kau Nurin. Aku gembira sangat kau jadi kawan kau,"jawab Hadi sambil tersenyum.

"Hadi, apakah awak jujur dengan saya?"tanya Nurin lagi.

"Ya, mestilah saya jujur sebab soalan macam ni mana boleh main-main,"kata Hadi yang bangun lalu memandang Nurin.

"Apa yang menyebabkan awak nak jadi kawan saya, Hadi?"tanya Nurin lagi

"Sebab ya? Saya jadi kawan awak sebab saya sedih tengok awak bersendirian masa tu. Lagi pun saya tahu yang awak berasa kesunyian & takut untuk mencari seorang kawan kerana takut dikhianati kan? Saya pun tak mahu lihat orang lain alami sesuatu yang sama macam saya,"jawab Hadi sambil memandang Nurin.

Nurin yang mendengar jawapan Hadi mahu saja menangis tetapi tetap ditahan nya.

"Kenapa ni? Ada sesuatu yang mengganggu kau ke?"tanya Hadi yang kelihatan risau.

"Hadi, saya...saya nak cakap sesuatu,"kata Nurin sambil memandang Hadi.

Hadi memandang mata Nurin yang kelihatan mahu menangis.

"Saya sebenarnya..suka awak. Saya tahu kita masih muda tetapi saya tak tahan lagi. Saya mahu luahkan segalanya,"kata Nurin sambil menggenggam tangannya.

"Aku pun suka kau juga sebab kau kan kawan aku,"kata Hadi sambil tersenyum.

"Tak, Hadi. Yang saya maksudkan ialah saya suka awak lebih daripada seorang kawan!"kata Nurin sambil pipinya berona kemerahan.

Hadi yang mendengar kata-kata Nurin terkaku. Apakah ini perasaan yang selama ini dipendam oleh Nurin? Dia tidak dapat berkata apa-apa bagaikan mulutnya terkunci.

 Apakah ini perasaan yang selama ini dipendam oleh Nurin? Dia tidak dapat berkata apa-apa bagaikan mulutnya terkunci

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Nurin memandang Hadi yang kelihatan segan dengan luahan hatinya itu. Pipi Hadi juga kelihatan berona kemerahan.

"M..maaf, mungkin luahan saya buatkan keadaan jadi pelik. Awak mesti tak suka kan dengar luahan saya, Hadi,"kata Nurin yang kelihatan sedikit kecewa.

Hadi menarik nafas lalu menghembuskan nafasnya perlahan-lahan. Dia cuba mengawal emosi & dirinya.

Luahan Nurin tu hampir buat diri dia rasa segan & hampir hilang fokus. Dia memandang Nurin yang sedang menunggu jawapan dari dirinya.

"Nurin, saya memang segan tapi saya tak benci. Tak salah kalau awak nak luahkan perasaan tu. Saya sambut baik luahan hati awak tu...c.. cuma,"kata-kata Hadi terhenti lalu dia memandang ke bawah sambil menutup mukanya.

"C..cuma apa?"tanya Nurin yang mahu Hadi menyambung kata-katanya.

"Janganlah kat tempat macam ni. Ramai orang tengok,"kata Hadi sambil menutup mukanya.

"Apa?"kata Nurin laku melihat keadaan di sekeliling mereka.

"Alahai, budak zaman sekarang ni memang sweet betul lah,"kata seorang perempuan tua yang menaiki kerusi roda yang ditolak oleh seorang jururawat.

Nurin juga turut malu lalu memandang ke bawah.

"M..maaf, saya..saya tak berniat,"kata Nurin sambil menutup mukanya.

"T..takpe, janji ..a..awak tak buat lagi,"kata Hadi sambil cuba mengawal perasaan malunya.

"Satu lagi, Hadi. Saya nak tanya awak,"kata Nurin sambil memandang Hadi.

"A..apa dia?"tanya Hadi sambil memandang Nurin.

"Sudi awak...j..jadi..T..teman lelaki saya?" Tanya Nurin dengan muka serius.

Hadi yang mendengar soalan Nurin itu semakin segan malah soalan itu membuatkan dia berasa 2000% lebih malu.

"A..awak serius ke?"tanya Hadi sambil memandang Nurin.

"Ya, saya serius. Tapi cara kita jadi pasangan kekasih lain. Kita akan jaga aurat, hubungan & jarak selagi kita belum jadi mahram,"kata Nurin sambil malu.

Hadi yang mendengar kata-kata Nurin itu menyebabkan mukanya berubah merah padam macam tomato tanpa sedar menyebabkan dirinya jatuh pengsan di hadapan Nurin.

"Hadi!!!! Janganlah macam ni!!!!"jerit Nurin yang cemas dengan situasi itu.

Bersambung...

Hadi:Budak Bersayap Hitam [Completed]Where stories live. Discover now