Bab 25: Terseksa

1.6K 153 27
                                    

Amaran: mungkin mengandungi unsur keganasan, berdarah, trauma & penyeksaan

Pada malam itu..

Hadi mulai berasa sedikit lemas & menukar posisinya dari baring ke duduk. Dia mengurut-ngurut dadanya yang mulai berasa sakit.

Hadi mulai batuk tak henti-henti sehingga mengejutkan Afiq daripada tidur.

"Hadi, kau ok ke?"tanya Afiq sambil mengusap-usap belakang Hadi.

Hadi hanya mengangguk tetapi batuknya tidak henti-henti sehingga lah Afiq dapat melihat darah mengalir daripada mulut Hadi.

"Hadi, kau sakit ke?"tanya Afiq sambil memandang muka Hadi yang kelihatan pucat itu.

Hadi mulai berasa sesak nafas dia lalu memegang dadanya yang semakin sakit.

"Hadi! Kau ok tak ni?!"tanya Afiq yang kelihatan cemas.

Jeritan Afiq menyebab sahabatnya yang lain tersedar laku melihat ke arah mereka.

"Apa jadi Afiq?"tanya Mazrul.

"Hadi! Dia tiba-tiba batuk & sesak nafas!"kata Afiq sambil mengusap-usap belakang Hadi.

"Afiq! Kau boleh guna kuasa ais tak?!"tanya Mazrul

Afiq mengangguk lalu berjaya mengeluarkan kuasa ais nya.

"Bagus! Sekarang aku nak kau bekukan sesuatu yang sederhana kecil. Lepas tu, letak kat dahi & dada Hadi! Cepat!!"arah Mazrul.

Afiq mengoyakkan sedikit bahagian pada bajunya laku membekukannya lalu melakukan sebagaimana diarahkan oleh Mazrul.

Beberapa minit kemudian...

Hadi mulai tenang & stabil. Dia memandang ke arah Afiq dengan lemahnya.

"Macam mana dengan keadaan Hadi, Afiq?!"tanya Mazrul.

"Dia dah ok sekarang. Macam mana kau tahu pasal benda ni?"tanya Afiq.

"Mazrul, apa yang sebenarnya terjadi pada Hadi? Awak tahu bukan?"tanya Nurin

Yang lain hanya memandang Mazrul untuk mendengar penjelasan Mazrul. Mazrul berasa serba salah & berat untuk menceritakan hal itu tetapi pada masa yang sama, Hadi mulai mengubah posisinya kepada duduk.

"Biar aku ceritakan, aku tahu kau tak mampu Mazrul. Takpe, kau memang kawan yang baik,"kata Hadi sambil tersenyum.

Lalu Hadi menerangkan segalanya yang berkaitan dengan penyakit yang dideritai oleh dirinya. Sahabatnya yang lain kecuali Mazrul kelihatan terkejut begitu juga dengan Raykal.

Raykal tidak menyangka yang Hadi yang sering dia buli, menghidap sebuah penyakit yang seteruk itu.

Tetapi dia hanya mendapat tahu yang Hadi menghidap asma tetapi ianya salah.

"Hadi, k..kenapa awak tak bagitau saya?"kata Nurin yang kelihatan sebak.

"Sebab... Saya tahu yang awak akan risau pasal diri saya. Jadi saya tak nak buat awak risau & lagi pun saya rasa tak penting pun kalau awak semua tahu pasal ni,"kata Hadi sambil tertunduk.

"Apa yang kau mengarut ni? Ia sangat penting Hadi! Kalau benda tu berlaku lagi macam mana? Apa yang akan kami buat kalau Mazrul tak tahu nanti?"kata Afiq yang kelihatan mahu menangis & geram dengan kata-kata Hadi.

"Uhuk! Uhuk! Maafkan, aku tak berniat nak buat kurang risau,"kata Hadi serba salah.

"Takpe, sekarang kau kena rehat. Kau tak patut paksa diri kau kalau kau rasa tak sihat, Hadi,"kata Afiq lalu membaringkan Hadi.

Hadi:Budak Bersayap Hitam [Completed]Where stories live. Discover now