Bab 3:Sebuah Latihan

2.7K 224 23
                                        

Seperti biasa setiap kali bangun pagi tak kira pada hari sekolah ataupun cuti, Hadi pasti akan melompat turun dari tangga.

Sebagai seorang abang, Zafrel membebel macam ala-ala emak lah dia. Pening dah kepala dia nak kawal perangai adik dia yang sorang ni. Terlalu aktif sangat sampai lupa nak turun guna tangga agaknya.

"Maaf,abang. Tapi Hadi suka buat macam tu. Tapi mana ibu & akak Zulika, abang?,"tanya Hadi sambil mengusap-usap kepala nya yang sakit akibat diketuk oleh Zafrel.

"Diorang pergi ke pasar pagi ni jadi Hadi kena duduk rumah dengan abang pagi ni tapi abang ada latihan hari ni. Takkan abang nak tinggalkan Hadi kat rumah,"kata Zafrel sambil menghirup kopinya.

"Eee,kopi. Abang ni suka sangatlah kopi. Pahit tahu!,"kata Hadi.

"Suka hati abang lah. Nanti Hadi nak ikut abang pergi latihan tak?"tanya Zafrel sambil memandang Hadi yang sedang mengunyah sandwic.

"Wah,macam menarik. Tapi takpe ke kalau abang bawa Hadi pergi sana? Hadi kan tak sama dengan abang,"kata Hadi yang berasa serba salah untuk mengikuti abangnya.

"Takpe,kalau Hadi takut Hadi jangan tunjukkan sayap Hadi ya. Abang pun risau juga nak tinggalkan Hadi sorang-sorang kat rumah,"kata Zafrel lalu bersiap untuk pergi ke latihannya di sekolah.

"Baiklah! Hadi bersiap ya!"kata Hadi lalu bergegas ke biliknya untuk menukar pakaian.

Di Sekolah Menengah Cahaya Bulan..

Kini, Zafrel & Hadi sudah berada di dalam sebuah arena latihan sementara menunggu sahabat abangnya yang lain datang.

"Assalamualaikum! Yo,Zaf! Awal kau sampai!"tegur Adam Adli yang merupakan kawan rapat Zafrel.

"Waalaikumussalam, Lambat betul kau sampai,"kata Zafrel.

Hadi berasa sedikit gementar & cemas kerana ini kali pertama Hadi bertemu dengan Adam lalu bersembunyi di belakang Zafrel.

"Siapa tu?"tanya Adriana Sofie yang baru saja tiba.

"Ini adik aku,Hadi Haikal. Hadi jangan menyorok mari jumpa dengan kawan abang,"kata Zafrel.

Hadi cuba memberanikan dirinya untuk menghadap sahabat abangnya itu.

"Awww, comelnya. Tak pernah pun kau tunjukkan adik kau ni kat kami!"kata Adam lalu mencubit pipi Hadi.

Hadi yang terkejut dengan tindakan Adam itu terus menggeletar & mukanya mulai pucat. Ini kali pertama dia jumpa manusia yang maha lagi tinggi dari dirinya selepas abangnya.

Dia ibarat berada di sekeliling para gergasi yang tinggi. Lalu dia terkaku diam sehingga Adam berhenti mencubit pipinya.

"Dia ok? Muka dia pucat saja,"kata Adam yang hairan dengan Hadi.

"Ni semua salah kau! Kau tu yang cubit pipi dia tiba-tiba sampai dia takut!"marah Adriana.

"Hadi,jangan takut. Mereka cuma kawan abang,"kata Zafrel sambil mengusap kepala Hadi.

"Zafrel,siapa yang kau bawa pula ni?"kata Nik Akmal yang merupakan kapten pasukan Zafrel.

"Kapten,maaf ya. Saya terpaksa bawa adik saya, Hadi sebab takde sapa yang boleh jaga dia di rumah,"kata Zafrel.

"Takpe, alasan kau boleh diterima. Berapa umur kau?"tanya Akmal sambil memandang Hadi.

"Errm, u..umur saya...13 tahun,"kata Hadi tergagap-gagap.

"Kau dah 13 tahun tapi nampak macam 11 tahun,"kata Akmal.

"Yelah,pendeknya adik kau,"kata Adam.

Hadi:Budak Bersayap Hitam [Completed]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang