Hadi Haikal, seorang budak yang dianggap berbeza dari kaum yang lain kerana memiliki sayap yang berwarna hitam malah dia adalah satu-satunya yang hanya memiliki sayap seperti itu.
Kerana kelihatan berbeza dia telah dipulau kan begitu juga oleh kelu...
Setelah apa yang jadi, Hadi hanya terbaring di atas katil dengan perasaan penuh bersalah. Dia bersyukur sangat yang dia tak pengsan & Nurin tak bawa dia ke hospital. Lagi pun dia cuma demam je. Tapi disebabkan sifat yang terlalu penyayang kadang-kadang boleh jadi terlalu panik pula si Nurin tu.
"Huh, kenapalah mesti sekarang?"rungut Hadi sambil menutup mukanya.
Macam mana lah dia tak berasa bersalah? Dah lah Nurin baru balik dari urusan di istana & lepas tu Ken jaga diri dia pulak sebab demam tiba-tiba. Tak lama selepas itu, Nurin datang sambil membawa semangkuk bubur & teh lemon. Hadi hanya memerhatikan Nurin saja. Bila bab makan memang tak payah cerita lah. Hadi memang jenis yang kurang berselera lagi-lagi waktu dia sakit walaupun dia batuk atau selsema je.
"Janganlah macam tu, Hadi. Penat saya masak untuk awak ni. Makanlah sikit,"pujuk Nurin.
Hadi hanya menggelengkan kepalanya lalu menutup mukanya dengan selimut. Dia sebenarnya tak sampai hati jugak nak menolong tapi dia terpaksa kerana keadaannya itu. Nurin bertambah risau apabila dia melihat keadaan Hadi sebegitu. Walaupun begitu, dia harus berkeras agar Hadi tetap makan walaupun sedikit. Tanpa mengisahkan perangai degil Hadi, Nurin terus saja menarik selimut Hadi.
"aku tak nak lah, Nurin. Aku tak lapar,"rungut Hadi.
"Haih, macam budak kecil lah awak ni, Hadi. Makanlah sikit. Kalau tak awak akan sakit makin teruk nanti,"pujuk Nurin.
"Tak nak, aku tak boleh,"kata Hadi laku memandang ke arah lain.
"Baiklah, kalau macam tu jugak awak cakap. Saya tak nak bagi coklat,"kata Nurin.
Hadi terus terkaku. Dia pantang sangat dengan perkataan coklat sebab itu adalah makanan kegemarannya sejak kecil & pengubat kesedihannya ketika dia masih kecil.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"Baiklah! Aku akan makan tapi sikit je tau,"kata Hadi yang sudah mengalah sambil memandang Nurin.
"Macam tu lah. Sekarang makan tau,"kata Nurin lalu menyuap Hadi.
Dia berasa geram pulak dengan Nurin. Pandai betul buat dia mengalah ya. Kata orang yang perempuan ni memang selalu nak menang & diorang memang susah nak mengaku kalah, betul ke? Itu lah persoalan yang selalu terbayang di dalam fikirannya.
Hadi hanya memandang isterinya dengan perasaan tidak berpuas hati. Dah lah kena paksa tapi dengan cara yang baik. Sekurang-kurangnya itu buat dua rasa sedikit senang dengan cara Nurin. Bertuahnya dapat isteri cerdik pandai macam Nurin ni.
Setelah itu, Hadi duduk di atas katil sementara Nurin pula sedang melipat pakaian sambil menyimpan pakaian yang dilipat di dalam almari mereka. Hadi bangun & berjalan ke arah Nurin.
"Aku nak tolong boleh?"tanya Hadi sambil memandang Nurin.
"Takpe, saya boleh buat. Hadi pergilah rehat. Kan Hadi tak sihat tu. Hadi tu sakit sebab tertekan & penat bekerja tau. Sekarang ni rehat je sampai sihat,"kata Nurin.
Hadi hanya mengeluh lalu menuruti kata-kata Nurin & baring di atas katil sambil memandang Nurin. Semakin lama dia pandang Nurin, semakin cantik & comel je isteri dia tu.
"Comelnya,"ucap Hadi perlahan.
"Apa dia, Hadi? Awak ada cakap apa-apa ke?"tanya Nurin sambil memandang Hadi.
"T..takde apa-apa, a..aku cuma..tak sangka kau jadi isteri aku sekarang. Sejak kita kenal, aku hanya terfikir yang kita boleh jadi kawan baik & tak sangka yang kita akan mula hidup bersama,"kata Hadi.
Nurin hanya tersenyum apabila mendengar kata-kata Hadi. Disebabkan pertemuannya dengan Hadi, hidupnya berubah sepenuhnya. Dia tidak lagi mengalami ketakutan untuk mencari sahabat malah dia menjadi lebih tanah akibat pertemuan pertama mereka itu. Tetapi dia masih teringat akan setiap memorinya. Begitu juga dengan waktu dimana Hadi pernah memberikannya sebuah nasihat yang sangat berguna malah mendalam.
"Hadi, sebenarnya awak sakit ke masa awak datang bercakap dengan saya masa mula-mula kita bertemu?"tanya Nurin.
(Sila Rujuk Bab 5 untuk memahami cerita)
Hadi termenung seketika untuk mengingati perkara itu. Dia mulai teringat akan apa yang pernah berlaku. Dia terkaku diam akibat pertanyaan itu. Tak sangka, rahsia akan terkantoi secara tidak sengaja & dia cuba untuk mencari alasan untuk selamatkan dirinya.
"Yang mana ya?"tanya Haid yang berpura-pura tidak ingat.
"Biar saya ceritakan ya. Jadi ceritanya macam ni,"kata Nurin yang mula menceritakan hal itu.
Imbas kembali...
Ketika Hadi mahu pulang, dia secara tidak sengaja melihat Nurin sedang duduk di belakang Pokok Elvotria lalu berjalan menuju ke arah Nurin.
Hadi ingin menegurnya tetapi Nurin lebih pantas lalu memandang Hadi. Hadi dapat melihat yang Nurin sedang menangis. Dia bagaikan dilukai oleh sesuatu.
"Apa dah jadi?"tanya Hadi lalu memandang Nurin.
"Hisk.. hisk.. takde apa-apa,"kata Nurin sambil mengesat-ngesat air matanya.
"Jangan tipu aku, aku tahu kau dilukai oleh sesuatu,"kata Hadi yang dapat meneka akan keadaan Nurin.
"Baiklah. Sebenarnya, aku terdengar sebuah umpatan para pelajar lain. Mereka mahu berkawan dengan aku kerana aku kaya & mempunyai kuasa saja. Aku pasti mereka akan khianat aku & tinggalkan aku bila aku kehilangan segalanya,"luah Nurin.
"Aku faham tapi jangan bersedih sebab dalam dunia ni ada ramai lagi orang yang akan sayang kau apatah lagi Allah SWT yang sentiasa menyayangi hamba-Nya,"kata Hadi.
Nurin yang mendengar kata-kata Hadi itu terus terdiam & berhenti menangis.
"Bersabarlah, aku pasti kau..errmm,"belum sempat Hadi menghabiskan kata-katanya dia terus memegang kepalanya yang berasa sedikit pening.
"Errm, kau ok?"tanya Nurin yang risau.
"Aku ok. Aku pasti kau akan jumpa.. sahabat yang sudi berada di sisi kau. Cuma tunggu,bersabar & banyakkan berdoa kepada Allah SWT,"kata Hadi lalu menghulurkan sekeping coklat kepada Nurin.
"Untuk apa kau bagi coklat ni pada aku?"tanya Nurin sambil memegang kepingan coklat itu.
"Makanlah, mungkin ni akan buatkan kau berasa sedikit baik. Apa-apa pun aku pergi dulu. Assalamualaikum, Tuan Puteri,"kata Hadi lalu berjalan pulang sambil memegang kepalanya.
"Waalaikumussalam, terima kasih untuk coklat ni,"kata Nurin sambil berdiri & memandang Hadi yang semakin menjauh tetapi Hadi tidak membalas & terus tetap berjalan pergi.
"Adakah dia baik-baik saja? Bagaimana dia tahu apa yang aku rasa? Adakah dia juga pernah alami perkara yang sama dengan aku?"bisik Nurin sambil memandang kepingan coklat pemberian Hadi.
Imbas kembali tamat...
Hadi terkaku diam. Nampaknya dia tidak dapat mengelakkan dirinya daripada menjawab soalan Nurin. Dia hanya mampu berdoa agar dapat melarikan diri daripada hal itu. Tiba-tiba dia mendapat satu idea.
"Nurin, bahu aku sakitlah,"rungut Hadi yang cuba mengelak.
"Mari sini saya urutkan,"kata Nurin yang sudah mulai lupa akan soal peristiwa tadi.
Hadi hanya mampu bersyukur & berasa lega akan hal itu. Dia masih belum bersedia untuk memberitahu hal itu kerana dia tidak mahu keadaan menjadi semakin teruk lagi-lagi berkaitan dengan penyakit yang sedikit merosot kebelakangan ini. Dia sebenarnya agak risau dengan keadaan dirinya tetapi dia tetap perlu berusaha & sabar akan apa yang dia sendiri sedang hadapi.