Setelah apa yang berlaku, Hadi kini terbaring di atas katilnya & kepala berbalut kerana tercedera.
Dia masih belum sedarkan diri manakala yang lain sedang berada di sisi Hadi.
"Aku tak sangka benda macam ni boleh berlaku. Apa yang terjadi sebenarnya?"tanya Zafrel sambil memandang sahabat-sahabat nya.
"Sebenarnya, sebelum kami jumpa Hadi dalam keadaan macam ni, kami terdengar bunyi benda jatuh sampai kami semua terkejut jadi kami pun pergi lah periksa tempat dari mana bunyi tu datang,"terang Mazrul.
"Nampaknya, hanya Hadi saja lah yang boleh jawab semua tu,"kata Adam.
"Jawab apa?"tanya Hadi yang kini sedang berdiri di belakang mereka.
"Ala, tanya macam mana kau boleh pengsan lah apa la-"kata-kata Adam terhenti.
Mereka semua memandang Hadi yang kini sedang berdiri bagaikan keadaan dia dalam baik-baik saja.
Akmal yang melihat keadaan itu terus jatuh pengsan sebab terkejut sangat.
"Hadi!!! M..m..macam mana kau?!"jerit Adam yang tergagap-gagap mahu bercakap kerana terkejut juga.
"Apa? Aku tidur je kan? Adui, sakit,"kata Hadi yang tidak sengaja terketuk kepala sendiri.
"Apa yang kau mengarut hah? Kau pengsan & kepala kau cedera tahu!"kata Adriana cemas.
"Oh, tu sebab aku tergelincir masa keluar dari tandas & terhantuk kat bucu meja kot,"terang Hadi sambil menggaru pipinya.
"Hadi, kamu ni kan,"tenung zafrel lalu menarik-narik pipi Hadi.
"Maaf, Hadi janji tak buat dah,"raung Hadi yang kesakitan.
"Tunggu, macam mana kau boleh ok je walaupun cedera macam tu?"tanya Mazrul sambil memandang pelik Hadi.
"Takpe, biar saya je yang terangkan,"kata Qistina yang datang sambil membawa semangkuk buah untuk Hadi.
Mereka semua memandang Qistina lalu memasang telinga untuk mendengar keterangan Qistina.
"Sebenarnya, Hadi mempunyai kelebihan untuk healing kecederaan. Kelebihan tu jauh lebih pantas dari kuasa healing yang paling kuat sekali pun,"terang Qistina.
"Jadi bila Hadi cedera pun dia masih boleh buat apa-apa macam sekarang?"tanya Adam.
"Ya, rasanya macam tu lah. Kan abang?"tanya Hadi sambil memakan buah yang dibawa oleh ibunya.
"Kuasa yang kau rahsiakan ni memang hebat,"kata Mazrul yang kelihatan kagum.
"Hehe,biasa je tu. Tapi dah berapa lama ya aku tak sedarkan diri?"tanya Hadi yang kebingungan.
"Kau dah pengsan selama 3 jam. Sekarang dah pukul 4 petang tahu,"kata Adriana.
"Apa?! 4 petang?! Astaghfirullah, Aku tak siapkan kerja penting aku lagi!"jerit Hadi dengan cemas.
"Rehat dulu, kau cedera tu. Dah lah kau baru je buat aku pengsan pulak tu. Buat kami risau je,"kata Akmal yang tiba-tiba sedarkan diri.
"Ye ke? Maaf, tapi kerja ni penting tahu,"kata Hadi sambil memeluk bantal.
"Tapi, keadaan Hadi tu macam mana hah? Mentang-mentang Hadi ada kuasa healing yang luar biasa suka-suka je Hadi tak nak rehat ya," bebel zafrel lalu menjentik hidung Hadi.
"Adui! Sakitlah abang! Bang pun buli Hadi ke?"rajuk Hadi lalu masuk ke dalam selimut sambil memeluk patung Mr.Penguin miliknya.
"Sudah Zafrel, kau buat Hadi merajuk. Abang jenis apalah kau ni,"kata Adam yang mengejek zafrel.
"Apa kau kata tadi? Kau tu kawan jenis apa hah?!"marah zafrel lalu mengetuk kepala Adam dengan kuali yang datang dari mana hentah.
"Adui, kau ni kejam lah! Tapi mana kau dapat kuali tu?! Tak adil lah!"rungut Adam sambil mengusap kepalanya yang sakit.
Beberapa minit kemudian..
Mereka yang lain meminta untuk pulang kerana sudah petang kecuali Mazrul & Adam yang masih berada di situ.
"Kau tak nak balik lagi ke, Mazrul? Dah petang ni,"tanya Hadi
"Um, kejap lagi kot. Aku risau semacam lah nak tinggalkan kau. I..itu je,"kata Mazrul yang mulai malu untuk menyatakan tujuannya.
"Kau risaukan aku? Betul ke?"tanya Hadi yang ingin kepastian.
"Y..ya, aku sebagai sahabat kau memang tak salahkan kalau nak risaukan kau kan?"kata Mazrul sambil memandang ke arah lain.
Hadi berasa terharu kerana dia dapat merasai bagaimana rasanya dilayan sebegitu. Jadi ini lah kerisauan seorang sahabat ya.
"Alhamdulillah,"kata Hadi sambil tersenyum.
"Kenapa kau cakap macam tu?"tanya Mazrul.
"Alhamdulillah, aku bersyukur sangat sebab dapat kawan macam kau. Kadang-kadang musuh boleh menjadi kawan & kawan boleh menjadi musuh,"kata Hadi sambil tersenyum.
Mazrul yang mendengar kata-kata Hadi itu juga terharu lalu pipinya mula berona kemerahan kerana terlalu malu. Tak sangka juga mulut Hadi ni jauh lebih manis dari madu.
"Hadi, kerja apa yang kau kata penting sangat tu?"tanya Adam lalu memandang Hadi.
"Ni lah kerja yang penting tu,"kata Hadi lalu membuka laptop miliknya yang disambung kepada sebuah tablet drawing.
"Komik? Apa yang penting sangat pasal komik ni?"tanya Mazrul sambil melihat gambar komik digital milik Hadi.
"Saja untuk masa terluang sambil asah bakat yang Allah SWT berikan. Pada masa yang sama, ada juga lah rezeki Allah buat aku dengan komik digital ni. Aku dapat lah juga duit,"kata Hadi sambil menunjukkan komik digital itu.
"Tunggu! Ini takkan ke komik Pahlawan Bayang, Pelindung Alvoria!!?"kata Adam yang kelihatan terkejut ketika membaca tajuk komik itu.
"Ya, macam mana kau tahu? Kau baca ke?"tanya Hadi yang kelihatan teruja & ingin tahu.
"Ya! Ini komik favorite aku tahu! Aku suka watak utama dia, Ryan! Aku nak autograf kau boleh?!"kata Adam sambil menghulurkan sebuah komik.
"Eh?! Kau pun ada buku komik solo sendiri?!"kata Mazrul yang tidak percaya.
"Hehe, biasa-biasa je tu. Sebab ada sebuah syarikat pengeluar komik tempatan kat kerajaan ni mintak aku keluarkan komik tu dalam bentuk buku,"kata Hadi.
"Jadi nama yang ada kat komik ni, nama samaran kau je ke?!"tanya Adam yang teruja.
"Maksud kau Mr. ChocoMint ke? Ya, tu nama samaran aku. Keep it secret ok?"kata Hadi sambil meletakkan jari pada mulutnya tanda agar mereka berdua tidak memberitahu orang lain.
"Baiklah, demi kau, aku akan rahsiakan!"kata Adam.
"Baiklah, demi kau, Hadi. Aku akan rahsiakan sebab aku kan sahabat kau,"kata Mazrul lalu cuba membaca
Komik keluaran Hadi."Aku gembira sangat yang ramai suka dengan komik tu,"kata Hadi sambil tersenyum.
"Boleh kau bagi chapter bagi komik yang seterusnya tak? Aku tak sabar sangat nak tahu,"kat Adam.
"Maaf, nanti spoiler namanya. Tak baik tau,"kata Hadi sambil tersenyum.
"Ala, aku nak sangat tahu,"kata Adam dengan penuh kecewa.
Mazrul & Hadi hanya mampu ketawa melihat gelagat Adam yang kelihatan kecewa kerana hal itu.
Bersambung..
YOU ARE READING
Hadi:Budak Bersayap Hitam [Completed]
FantasyHadi Haikal, seorang budak yang dianggap berbeza dari kaum yang lain kerana memiliki sayap yang berwarna hitam malah dia adalah satu-satunya yang hanya memiliki sayap seperti itu. Kerana kelihatan berbeza dia telah dipulau kan begitu juga oleh kelu...