Setelah beberapa tahun...
Kelihatan Sebuah Kerajaan Yang indah, aman makmur & dipenuhi dengan pelbagai jenis bangsa termasuklah bangsa kelahiran generasi baru. Rakyat-rakyat di situ hidup dengan aman damai tanpa mengira bangsa mahupun diri sesiapa. Mereka saling hormat-menghormati & saling melindungi.
Pada mulanya, kerajaan itu hanyalah sebuah tempat peninggalan sejarah yang merupakan kerajaan yang musnah akibat peperangan & kini, kerajaan yang baru telah bangkit. Ketika kemunculan kerajaan itu, tidak sampai beberapa tahun pun, kerajaan itu sudah mulai maju & dipenuhi dengan pelbagai jenis bangsa yang mulai tinggal di situ.
Pada ketika itu juga, kelihatan sekumpulan individu sedang berjalan menuju ke istana selepas tiba dihadapan kerajaan itu dengan menaiki kenderaan mereka. Mereka semua hanya berjalan perlahan sambil melihat suasana bandar di kerajaan itu sebaik saja selepas melawat sebuah tapak perkuburan di kerajaan yang lain.
"Indahnya kerajaan di sini. Mereka memang bagus dalam penjagaan alam sekitar ya,"kata Ana sambil melihat tumbuh-tumbuhan yang penuh di sekitar kawasan bangunan bandar-bandar itu.
"Haih, ada-ada je kau ni kan,"kata Daniel sambil memandang Ana.
Bukan itu saja, mereka juga dapat melihat pelbagai teknologi yang mesra alam dicipta & digunakan di situ. Mereka juga kagum dengan seni bina yang ada di kerajaan itu. Kini kerajaan yang dulunya dikenali sebagai Kerajaan Silvia, kini sudah dikenali dengan nama Kerajaan Laiver Hill's kerana berada dikawasan yang berdekatan dengan kawasan berbukit atau hutan.
Mereka hanya meneruskan perjalanan mereka menuju ke istana kerajaan itu. Ketika itu juga, Aryan yang kini sudah bekerja sebagai seorang tentera yang berpangkat kapten di kerajaan itu sedang memandang kanak-kanak yang sedang bermain di sekitar taman yang ada di situ. Dia hanya tersenyum senang dengan kebebasan para rakyat di kerajaan itu.
Pada masa yang sama juga, mereka semua mengambil kesempatan untuk mencuba & membeli sedikit buah tangan untuk melawat sahabat lama mereka itu. Sudah terlalu lama mereka tidak bertemu sejak peristiwa perang itu.
Zafrel hanya mengeluh setiap kali dia mengingati setiap memorinya berkaitan peperangan besar itu begitu juga dengan peristiwa dimana mereka menemui Hadi yang tersandar di sesebuah kawasan.
"Abang, jom pergi nanti lambat pulak nak jumpa kawan kita ni,"kata Adriana sambil mendukung anak perempuannya yang bernama Nurul Arwana Aida itu.
"Baiklah, datanglah ni,"kata Zafrel lalu berjalan ke arah isterinya itu.
Mereka semua meneruskan lagi perjalanan mereka ke istana sambil menikmati suasana dikawasan bandar itu. Mereka juga dapat melihat pelbagai jenis gerai & kedai perniagaan seperti barangan dapur, kedai runcit & sebagainya. Bukan itu saja, mereka juga dapat melihat para tentera yang sedang menjaga setiap kawasan di bandar itu bagi melindungi kerajaan mereka.
"Makanan kat sini memang sedap lah,"kata Afiq sambil memakan makanan miliknya.
"Ya, bertuah betul pemerintahan kat kerajaan ni,"kata Mazrul.
Walaupun Mazrul sudah menjadi pemerintah di kerajaannya, itu tak bermakna yang sang raja ini akan berjalan & datang dengan cara yang mewah. Dia lebih suka kesederhanaan lalu dia mengambil keputusan untuk menyamar & hanya mengikuti para sahabatnya manakala Afiq pula masih mempelajari banyak perkara malah melakukan banyak pengembaraan ke banyak tempat-tempat yang menarik sementara abangnya sedang memerintah kerajaannya itu.
"Apa yang lebih menarik, minyak wangi yang dijual di kerajaan ini dikatakan 100% dibuat dengan bunga yang asli. Menarik kan?"kata Zulika sambil mencuba wangian yang baru dibeli olehnya itu.
YOU ARE READING
Hadi:Budak Bersayap Hitam [Completed]
FantasiaHadi Haikal, seorang budak yang dianggap berbeza dari kaum yang lain kerana memiliki sayap yang berwarna hitam malah dia adalah satu-satunya yang hanya memiliki sayap seperti itu. Kerana kelihatan berbeza dia telah dipulau kan begitu juga oleh kelu...