Hadi berjalan mendekati bilik Nurin. Dia berdiri di hadapan pintu sambil menarik nafas panjang lalu menghembuskan nafasnya perlahan lalu membuka pintunya perlahan-lahan. Sebaik saja pintu dibuka, dia terus saja berjalan masuk lalu menutup pintu itu perlahan kerana risau menganggu Nurin.
Nurin hanya duduk di atas katil sambil memandang buku lalu memandang Hadi & menutup bukunya. Sang remaja itu terus saja berjalan mendekati Nurin lalu duduk di tepi Nurin. Rasa berdebar je Hadi setiap kali mahu bercakap tapi dia kena jugak berani.
"Jadi, a..apa kau rasa?"tanya Hadi yang sedikit kekok.
"Jangan risau, saya takkan apa-apa. Mungkin saya cuma terlalu memaksa diri kebelakangan ni. Maaf sebab buat awak risau Hadi,"kata Nurin sambil tersenyum.
"Takpe, saya gembira sangat yang awak tak apa-apa,"kata Hadi sambil memandang Nurin.
Suasana terasa sepi seketika. Hadi berasa kekok & tidak tahu mahu berkata apa lagi pada Nurin. Dia terlalu panik tadi sampai fikir benda yang bukan-bukan. Nasib baiklah semuanya baik-baik je. Dia bersyukur dengan hal itu. Walaupun begitu, Hadi sedar ada sesuatu yang lain daripada yang lain pada waktu itu termasuk pada isterinya itu.
Hentah kenapa, Hadi lihat yang Nurin ni asyik tersenyum je & ia nampak macam ada sesuatu je yang buat sang isteri kesayangannya tu tak henti-henti saja tersenyum sambil memandang dirinya itu. Tapi dia tak kisah sebab Nurin comel bila senyum sampai jantung dia nak meletup je rasa.
"Ummm, Nurin. Kenapa kau asyik senyum je sejak dari tadi?"tanya Hadi sambil memandang Nurin.
Nurin terus saja tersenyum sehingga Hadi bagaikan dapat melihat aura yang berbunga-bunga disekeliling diri isterinya itu & Hadi pasti yang ia adalah sesuatu yang sangat mengembirakan Nurin tapi apa ya agaknya? Hadi tak dapat nak pastikan hal itu walaupun dia tahu yang Nurin sedang gembira sesuatu.
"Hadi, awak tak kisahkan kalau saya bagitau awak sesuatu kan?"tanya Nurin sambil memandang Hadi.
"Mestilah tak. Bagitau jelah. Saya tak kisah sangat pun & apa yang awak nak bagitau saya, Nurin?"tanya Hadi sambil memandang sang puteri itu.
Nurin hanya tersenyum lalu terus saja mendekati Hadi & membisikkan sesuatu pada sang remaja itu. Hadi hanya terkaku sebaik saja mendengar apa yang dibisikkan oleh Nurin lalu memandang ke arah lain sebelum memandang Nurin semula.
YOU ARE READING
Hadi:Budak Bersayap Hitam [Completed]
FantasyHadi Haikal, seorang budak yang dianggap berbeza dari kaum yang lain kerana memiliki sayap yang berwarna hitam malah dia adalah satu-satunya yang hanya memiliki sayap seperti itu. Kerana kelihatan berbeza dia telah dipulau kan begitu juga oleh kelu...