Setelah beberapa minggu..
Mereka tetap menanti Hadi untuk sedar dari koma walaupun Hadi sudah stabil manakala Zafrel & Zulika telah sembuh begitu juga dengan Aryan. Mereka hanya menanti dengan penuh kesabaran begitu juga dengan Nurin. Dia lah yang paling setia menunggu Hadi. Dia berharap sangat orang kesayangannya itu akan tersedar nanti. Nurin kelihatan pucat & matanya mulai sembab kerana kuat menangis malah jarang kali tidur kerana terlalu risau dengan Hadi.
Zakwan hanya memandang Nurin yang sedang kesedihan itu. Sesekali dia memandang Nurin sedang bercakap dengan Hadi. Rasa sedih pula melihat mereka bergitu. Walaupun disuruh balik untuk berehat, Nurin tetap berdegil untuk tinggal. Zakwan sudah penat untuk memaksanya jadi dia mengambil keputusan hanya untuk membiarkan saja.
Pada suatu hari....
Nurin sedang tertidur di sisi Hadi sementara yang lain tiada di situ kerana tidak mahu menganggu mereka. Tiba-tiba, Hadi tersedar lalu memandang Nurin yang sedang tertidur di sisinya. Rasa sakit mulai mencekak seluruh tubuhnya walaupun sudah lama koma. Dia hanya mampu mengalirkan air matanya sambil memandang Nurin.
Dia mampu mendengar setiap percakapan Nurin dengan dirinya yang sedang koma ketika itu. Mahu saja dia memeluk Nurin sambil menangis. Dia tidak menyangka hal seperti itu mampu jadi seteruk ini. Hadi mengangkat tangannya perlahan-lahan sambil meletakkan tangannya di atas kepala Nurin.
Nurin mulai terbangun sebaik saja merasai sentuhan Hadi itu lalu dia memandang Hadi. Dia bagaikan tidak mempercayai apa yang dia lihat. Dia hanya mampu menangis sambil memegang tangan Hadi secara perlahan-lahan & lemah lembut. Setelah penantian yang lama, akhirnya orang tercintanya sudah sedarkan diri. Dia mulai merasa kesemua beban yang ditanggung oleh dirinya mulai lenyap sebaik saja Hadi menyentuh kepalanya.
"Hadi, tolong jangan buat aku bersedih lagi. Tolonglah,"kata Nurin sambil mengusap lembut tangan Hadi.
Hadi hanya mampu tersenyum kelat sambil memandang Nurin yang sedang menangis kegembiraan itu. Setelah itu, Nurin memberitahu doktor & menghubungi yang lain termasuklah keluarga Hadi malah sahabatnya.
Tak lama kemudian...
Setelah selesai diperiksa, semua mulai berkumpul sambil memandang Hadi. Perasaan gembira & rasa syukur mulai menyelubungi suasana di situ. Aryan segera memeluk lembut tangan abang angkatnya. Sudah lama dia menantikan saat ini. Kini abangnya sudah sedar setelah penat menunggu.
Walaupun begitu, apa yang menyedihkan ketika itu, Hadi masih belum mampu berbicara kerana kecederaannya yang masih belum sembuh & mungkin mengambil masa yang sedikit lama untuk sembuh. Tapi dia bersyukur kerana kebanyakan orang yang mengalami kecederaan Hadi mungkin sudah mati atau mengalami kerosakan organ seperti jantung atau peparu. Zafrel memeluk lembut Hadi. Kesemua rasa resah dalam dirinya mulai lenyap setelah mendapat pelukan daripada Hadi. Tiada apa yang lebih menyenangkan daripada pelukan adik tersayang.
Hadi hanya tersenyum sambil memandang mereka. Dia tersangat lah bahagia kerana masih dapat bertemu dengan keluarga & Sahabat tersayangnya. Ini lah detik paling gembira dalam hidupnya. Dia mahu saja mengucap kesemua kata-katanya tetapi mungkin lain kali saja kerana kondisinya yang masih belum sembuh sepenuhnya.
"Abang Hadi, bila dah sihat nanti boleh main dengan Aryan tak?"tanya Aryan sambil memandang Hadi.
Hadi mengangguk perlahan sambil tersenyum memandang Aryan. Hidupnya tidak pernah berasa bosan sejak kedatangan Aryan. Hidupnya sentiasa ditemani oleh si adik angkatnya itu. Bahagia rasanya bila dua punya adik seperti Aryan. Pada masa yang sama, Afiq datang lalu memeluk sahabatnya itu sambil menangis teresak-esak.
"Maafkan aku. Maafkan aku, Hadi. Aku tak dapat lindungi kau. Maafkanlah aku,"kata Afiq yang tidak henti-henti meminta maaf kepada Hadi.
Hadi hanya mampu memandang sahabatnya itu sambil mengusap-usap belakang Afiq yang masih belum melepaskan pelukannya itu. Raykal pula sedang menangis. Dia tidak mampu lagi menahan sebaknya setelah apa yang terjadi. Raykal yang terkenal dengan sifat degil & dingin pun boleh menangis kerana sahabatnya itu. Mazrul juga turut menangis tapi tidak seteruk Raykal & Afiq.
YOU ARE READING
Hadi:Budak Bersayap Hitam [Completed]
FantasyHadi Haikal, seorang budak yang dianggap berbeza dari kaum yang lain kerana memiliki sayap yang berwarna hitam malah dia adalah satu-satunya yang hanya memiliki sayap seperti itu. Kerana kelihatan berbeza dia telah dipulau kan begitu juga oleh kelu...