Bab 39: Kisah Atuk Hadi

1.5K 140 13
                                    

Hadi masih kelihatan cemas tetapi sahabatnya yang lain cuba untuk menenangkan dirinya sementara menunggu Tok Mukim untuk datang semula.

"Bertenang abang Hadi. Semuanya akan baik,"kata Aryan.

"Ya, aku pasti yang dia ada cara untuk pulihkan kau balik,"kata Afiq.

"Jadi kucing tak lah teruk sangat kan?"kata Mazrul.

Hadi semakin panik Setelah mendengar kata-kata Mazrul.

"Aku tak nak jadi macam ni!"jerit Hadi sambil menutup mukanya.

"Dasar naga! Kau buat keadaan jadi makin teruk lah!"marah Raykal.

Tak lama kemudian...

Tok Mukim datang semua sambil membawa sesuatu lalu duduk di hadapan Hadi.

"Hadi, tok nak tanya kamu. Kamu tahu apa nama atuk kamu tak?"tanya Tok Mukim sambil memandang Hadi.

Hadi diam lalu berfikir sejenak sebelum memandang Tok Mukim.

"Tak silap saya, ibu saya pernah cakap yang nama atuk saya, Alif Abdullah,"kata Hadi.

Tok Mukim memandang Hadi sambil tersenyum lalu meletakkan sebuah buku lama dihadapan Hadi.

Tok Mukim memandang Hadi sambil tersenyum lalu meletakkan sebuah buku lama dihadapan Hadi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Buku apa ni tok?"tanya Hadi sambil melihat buku lama itu.

"Kalau kamu nak tahu, ni buku jurnal kepunyaan datuk kamu,"kata Tok Mukim.

"Tok kenal datuk saya?!"tanya Hadi yang kelihatan terkejut.

"Haha, dah tentulah. Lagipun dia dan tok ni sahabat baik dulu,"kata Tok Mukim.

Mereka semua kelihatan terkejut dengan kata-kata Tok Mukim. Apakah Hadi masih memiliki lebih banyak rahsia?

"Perangai kamu sama saja macam atuk kamu. Dia seorang yang baik, berani, ceria & seorang yang positif juga tapi bezanya dia nakal sikit,"kata Tok Mukim.

"Wah, boleh tok ceritakan pada saya tak pasal datuk saya waktu dulu-dulu?"tanya Hadi.

"Haha, apa salahnya? Dia kan datuk kamu. Sebelum tu, mari kita selesaikan masalah ni dulu,"kata Tok Mukim sambil membelek-belek muka surat buku jurnal itu.

Hadi hanya memandang Tok Mukim & berdoa agar perkara seperti ini dapat diselesaikan dengan cepat sebab dia tak mahu jadi kucing selamanya.

"Baiklah, apa yang kamu kena buat ialah tenangkan fikiran kamu & bayangkan rupa asal kamu tanpa telinga kucing,"kata Tok  Mukim.

Hadi mengangguk lalu melakukan apa yang disuruh oleh Tok Mukim. Setelah itu, Hadi akhirnya telah pulih ke bentuk asalnya.

"Ah?! Telinga tu dah hilang! Ia berkesan lah tok! Terima kasih!"kata Hadi yang kelihatan gembira.

"Haha, sama-sama,"kata Tok Mukim sambil ketawa kecil.

"Macam mana tok boleh tahu cara nak selesaikan masalah ni?"tanya Aryan.

Hadi:Budak Bersayap Hitam [Completed]Where stories live. Discover now