Bab 78:Hilang Disebalik Semak-samun

1K 101 6
                                    

Mereka meneruskan perjalanan sehingga tiba disebuah sungai lalu berhenti untuk berehat. Hadi hanya memandang air sungai yang jernih itu lalu membasuh mukanya. Aryan pula terus je celup kepala dia didalam air. Dia dapat melihat beberapa ekor ikan sedang berlari berkeliaran sebaik saja Aryan berbuat begitu lalu menarik kepalanya keluar dari air.

"Abang Hadi!! Aryan nampak ikan! Semuanya besar!"kata Aryan yang kelihatan teruja.

"Hehehe, Aryan ni. Mana boleh celup kepala macam tu lah. Nasib baik tak lemas,"kata Hadi sambil ketawa.

"Huh, sejuknya air ni,"kata Ana sambil merendam kakinya ke dalam air sungai yang sejuk itu.

"Ya, tapi agaknya masih jauh ke tempat yang kita nak pergi tu?"tanya Mazrul sambil mencelupkan sebelah tangannya ke dalam air sungai itu.

"Nampak macam kita dah hampir sampai,"kata Zakwan sambil melihat peta.

"Haih, macam mana lah Pengetua & Encik Hazrul  tak penat jalan jauh-jauh macam ni?"rungut Raykal.

"Jangan pandang rendah pada orang macam kami tau,"kata Encik Hazrul dengan penuh bangga.

"Hahaha, kelakar lah cikgu ni,"kata Hadi sambil ketawa kecil.

"Kau lain lah, Hadi. Stamina kau tu level bawah pada kami,"rungut Raykal.

"Oi!! Siapa kau nak cakap adik aku macam tu?! Jaga sikit mulut kau tu!"marah Zafrel.

Walaupun Zafrel seorang yang tenang & penyabar, dia sangat sensitif dengan isu berkaitan Hadi apatah lagi dengan kata-kata Raykal tu. Dia pun tahu yang Hadi bukannya pernah mintak pun lahir dengan penyakit misteri tu. Tapi itulah ujian yang harus Hadi tempuhi. Dia tahu yang Hadi hanya menyembunyikan deritanya dengan senyuman.

"Abang, jangan risau. Hadi tak terasa pun,"kata Hadi yang cuba menenangkan Zafrel.

"Dasar Zafrel yang kuat bebel. Muak je aku dengar kau bebel. Dah macam emak je aku tengok,"ejek Raykal.

Sebenarnya, Raykal & Zafrel kadangkala tak sependapat sejak peristiwa Zafrel tahu Hadi kena buli dengan si Raykal tu. Walaupun begitu, disebabkan Hadi lah, diorang mula berbaik tapi masih ego lah juga.

"Haih, sampai bila pun tak habis kalau diorang ni asyik gaduh je. Jom kita teruskan perjalanan ke,"kata Mazrul lalu menarik Hadi.

"Tapi, m..macam mana dengan mereka?"tanya Hadi yang risau.

"Jangan risau, saya pasti semuanya akan baik,"kata Nurin.

"Ya, kalau biarkan Zafrel yang bawa kamu Hadi, rasanya sampai ke tempat kita pergi tu pun diorang tak habis gaduh lagi & kamu tu jadi pendengar je. Buat serabut je kalau terbabit sekali,"kata Zakwan.

Mereka hanya meneruskan perjalanan walaupun pergaduhan diantara Zafrel & Raykal masih belum tamat. Hadi hanya mengeluh. Kepala dia dah pening dengar bunyi bising disebabkan pergaduhan diantara abang & sahabatnya itu. Dia terus saja memegang kepalanya.

"Kenapa ni, Hadi? Semuanya baik-baik ke?"tanya Nurin  sambil memegang bahu Hadi yang sudah berhenti berjalan.

Hadi tidak menjawab sebaliknya terus memegang kepalanya sambil menunduk. Nurin mulai berasa risau akan hal itu. Dia sedar yang ada sesuatu yang tidak kena dengan hal itu.

"Abang Hadi? Semuanya baik ke?"tanya Aryan sambil berjalan mendekati Hadi.

"H.. hentikan,"kata Hadi sambil menundukkan dirinya separas lutut Aryan.

Yang lain mulai berhenti berjalan kaki memandang sang remaja itu. Walaupun begitu, bunyi bising yang datang  dari  pergaduhan Raykal & Zafrel yang masih belum tamat sehingga membuatkan Hadi mulai terasa terganggu.

"Raykal! zafrel! Hentikan pergaduhan korang cepat,"kata Mazrul.

Sayangnya, kedua orang sahabatnya itu tidak mendengar kata-kata Mazrul. Pergaduhan itu tetap berterusan. Hadi masih memegang kepalanya yang terasa sakit itu sambil menunduk.

"Hadi, kenapa ni?"tanya Nurin yang semakin risau.

Hadi hanya terdiam. Dia mulai dibasahi peluh dingin. Dia tidak tahu mengapa dia berasa seperti tidak selamat. Nafasnya mulai tidak teratur & dia kelihatan sangat terganggu. Dia mulai berasa tidak tahan lalu menjerit.

"Hentikan!!!!"jerit Hadi sambil memegang kepalanya.

Suasana mulai senyap. Pergaduhan diantara Zafrel & Raykal turut terhenti. Kini semua orang mulai menumpukan perhatian kepada Hadi yang tidak henti-henti menyebut perkataan yang sama. Zafrel sedar akan kesilapannya lalu segera mendekati Hadi & duduk separas dengan sang remaja itu. Sang remaja itu terus saja menjerit dengan sekuat hatinya tanpa henti.

"Hentikan!!! Hentikan!! Hentikan!!!"jerit Hadi tanpa henti sambil memegang kepalanya.

"Hadi, maafkan abang,"kata Zafrel lalu memeluk sang remaja itu.

Setelah beberapa minit, Zafrel tetap saja memeluk Hadi & cuba menenangkan sang remaja itu. Yang lain pula hanya menunggu untuk memastikan keadaan agar menjadi tenang semula. Akhirnya, Hadi mulai tenang & sedar dari lamunannya sendiri.

"Hentikan, tolonglah,"kata Hadi perlahan matanya mulai berlinangan air mata lalu membalas pelukan Zafrel.

Zafrel tahu mengapa adiknya bertindak seperti itu. Hanya dia & keluarganya saja yang tahu. Yang lain hanya mampu pelik akan hal itu termasuklah merisaukan keadaan sang remaja itu. Hadi sebenarnya cuma trauma. Dia tak suka suasana yang terlalu sesak & bising dengan pergaduhan seperti tadi. Ia sangat menakutkan dirinya sehingga dia bertindak diluar jangkaannya sendiri kadangkala. Tambahan pula, Hadi kadangkala akan menjadi begitu apabila dia terlalu tertekan atau stres juga.

Tak lama selepas itu...

Mereka meneruskan perjalanan mereka. Suasana kelihatan sepi selepas apa yang terjadi. Hadi yang kelihatan periang & teruja tadi sudah muram malah hanya diam seribu bahasa. Zafrel hanya memandang adiknya itu & dua berasa sangat bersalah kerana sudah membuatkan adiknya sendiri trauma malah kelihatan ketakutan.

"Abang Zafrel, semuanya akan baik ke?"tanya Aryan sambil mendekati Zafrel.

"Setakat ni, abang tak pasti. Abang pun harap dia takkan apa-apa,"jawab Zafrel.

"Zafrel, kau kena terangkan apa yang terjadi lepas ni,"kata Mazrul.

"Ya, tolonglah, Zafrel. Saya sebagai isteri dia patut tahu perkara sebenar,"kata Nurin perlahan.

"Haih, baiklah. Tapi kita kena pastikan yang Hadi takde masa aku tengah bercerita. Aku tak nak keadaan bertambah teruk,"kata Zafrel sambil mengeluh.

Tiba-tiba, kedengaran semak-samun dikawasan mereka bergerak sehingga membuatkan Aryan berhenti lalu berwaspada dengan hal itu. Yang lain turut berhenti sebaik saja menyedari perbuatan Aryan itu. Sang remaja serigala itu hanya menghiss seperti kucing yang sedang berwaspada kepada bahaya.

"Kenapa Aryan? Ada sesuatu yang tak kena ke?"tanya Ana.

"Nampaknya, ada seseorang sedang mengekori kita.

"Abang Hadi, hati-hati!!!"jerit Aryan sebaik saja menyedari ada tangan yang sedang mencapai baju Hadi.

Tanpa sedar, Hadi  terus saja ditarik masuk ke dalam semak-samun itu. Hal itu membuatkan mereka terkejut & cuba menyelamatkan Hadi tetapi gagal. Dia hilang disebalik semak itu. Zafrel hanya mampu menahan marah & geram sebaik saja menyedari adiknya sedang berada dalam bahaya.

"Keluar cepat atau terimalah akibatnya!!"marah Zafrel.

Mereka hanya terus berwaspada dengan keadaan itu. Apakah mereka sedang diserang oleh binatang liar yang merbahaya atau diekori oleh musuh mereka? Apakah ia mungkin sesuatu yang jauh lebih teruk dari jangkauan mereka?

Tapi buat masa sekarang, apa yang lebih merisaukan mereka ialah Hadi yang disebalik semak sebaik saja Aryan terlihat ada tangan manusia yang menariknya masuk ke dalam semak-samun itu.

Bersambung...

Hadi:Budak Bersayap Hitam [Completed]Where stories live. Discover now