Hadi Haikal, seorang budak yang dianggap berbeza dari kaum yang lain kerana memiliki sayap yang berwarna hitam malah dia adalah satu-satunya yang hanya memiliki sayap seperti itu.
Kerana kelihatan berbeza dia telah dipulau kan begitu juga oleh kelu...
Amaran: mungkin memiliki unsur penyeksaan, trauma, berdarah & keganasan.
Hadi telah dibawa oleh Dr. Axe ke makmal kajian. Dia hanya mampu berdoa untuk keselamatan diri& sahabatnya kepada Allah SWT.
Ketika dia memasuki makmal kajian, dia dapat melihat ramai saintis yang sedang mengkaji pelbagai spesies haiwan & mereka nampak tersangat terseksa.
Hadi hanya mampu bersimpati & menutupi matanya apabila melihat perkara itu. Dia sedih & kecewa dengan manusia yang bersifat tidak memperikemanusiaan itu.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Setelah itu, dia memasuki sebuah makmal kajian & dia melihat pelbagai jenis makhluk yang jauh lebih pelik & luar biasa yang dia sendiri tidak pernah lihat.
Hadi berpendapat yang mungkin makhluk-makhluk itu adalah hasil daripada eksperimen kejam ini.
Setelah itu, Dr. Axe meminta para pembantunya menyiapkan persiapan untuk memulakan eksperimen.
Dr. Axe memandang Hadi lalu mengoyakkan baju Hadi & menolak Hadi masuk ke dalam bilik eksperimen.
Hadi yang berada di dalam bilik eksperimen itu hanya mampu melihat Dr. Axe yang berada di sebalik luar bilik itu.
"Baiklah,mari mulakan eksperimen kita. Spesimen kita dah bersedia,"kata Dr. Axe sambil memandang Hadi dengan pandangan yang tajam.
Para pembantunya mulai menekan-nekan punat alatan & komputer mereka.
Hadi yang berada di dalam itu menjerit kesakitan kerana direnjat dengan elektrik yang kuat & bervoltan tinggi.
"Muahaha!!! Rasakan! Kuat lagi! Naikkan kepada tahap ke-3!!"jerit Dr. Axe sambil ketawa jahat.
Hadi meraung kesakitan menahan renjatan elektrik itu semakin lama dia menahan semakin tinggi tahap voltan elektrik yang ditingkatkan.
"Naikkan kepada tahap ke-16!!"jerit Dr. Axe.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"Tapi tuan, spesies yang pernah kita kaji sebelum ini hanya mampu bertahan pada tahap ke-15 saja,"kata pembantunya, Mika.