Hadi hanya duduk di ruang tamu bersama yang lain sementara Puan Marie memeriksa Nurin di dalam bilik dengan bantuan Ana. Zafrel hanya memandang Hadi. Dia tahu yang Hadi tengah panik.
"Dia akan ok ke?"tanya Hadi buat kali yang ke-30.
Yang lain hanya menggelengkan kepala. Dah bosan mereka dengar Hadi tanya soalan yang sama. Zafrel tak sangka yang Hadi boleh jadi panik sampai macam tu kali ni. Apa boleh buat, cuba jelah tenangkan sang remaja itu.
"Hadi, bertenang. Semuanya pasti akan baik,"kata Zafrel yang cuba menenangkan Hadi.
"Betul ke? Abang pasti? Macam mana kalau tak? Macam mana kalau Nurin sakit atau ada apa-apa masalah?"kata Hadi yang semakin panik.
Nampaknya keadaan bertambah teruk lah pulak. Zafrel dah agak dah. Hadi ni terlebih panik lah pulak. Apa yang dia boleh buat, cumalah mengucap panjang je dengan perangai Hadi ni. Dia ingat lagi waktu masa Hadi masih kecil.
Masa tu, kebetulan Zafrel demam & agak-agak jelah apa reaksi Hadi masa tu. Memang panik sangat lah budak tu. Habis semua soalan dia tanya kat ibunya, Qistina. Nasib baik tak tanya sampai soalan add math je tu. Bila zafrel ingat balik memori tu, dia rasa nak gelak sorang-sorang lah pulak tapi dia tahan je sebab nanti orang fikir dia tak betul.
Tapi satu benda je yang Zafrel risau pasal Hadi. Bila dia mula panik keterlaluan sangat, dia akan mula fikir negatif sementara perkara positif tu hilang hentah ke mana. Itulah perkara yang orang lain risaukan termasuklah Zafrel.
Hadi hanya panik & cemas. Dahinya mulai dibasahi peluh dingin & mukanya kelihatan pucat kerana terlalu gementar & ketakutan. Tulah masalah Hadi. Bila orang tersayang dia ada masalah apa-apa walaupun sekecil mana pun, dia anggap je benda tu masalah besar. Zafrel dah penat dah nak nasihatkan Hadi agar dia tak fikir bukan-bukan tapi tak menjadi & sampai sekarang masih ada lagi tabiat budak tu.
"Kau pasti ke yang mental Hadi ni sihat, Zafrel? Aku risau kalau dia ada masalah mental jugak,"kata Mazrul.
"Aku nak cakap ada, memang takde tapi yang aku boleh cakap sekarang ni ialah Hadi cuba panik secara keterlaluan je sebab tulah dia asyik fikir benda negatif apa bagai ni,"kata Zafrel sambil mengurut kepalanya.
Pening dah dia nak nasihat Hadi. Tapi apa boleh buat kan? Aryan hanya memandang Hadi yang dah macam takde semangat nak hidup sebab panik sangat. Bila benda macam ni berlaku, Aryan rasa macam risau & pelik lah pulak. Lagipun ni kali pertama sang remaja serigala tu tengok abang angkat dia macam tu.
"Abang Hadi memang macam ni ke, Abang Zafrel?"tanya Aryan sambil memandang Hadi.
"Dia memang macam tu bila dah mula panik,"jawab Zafrel.
Haih, dia sebenarnya bukannya apa tapi dia pun ada rasa pelik juga dengan adiknya sendiri sebab Hadi dia tak panik pulak pasal ujian atau benda lain selain orang tersayang dia atau benda yang dia sayang. Kalau manusia lain secara normalnya akan ada walaupun dah buat persediaan dari awal tapi lain bagi Hadi, semua benda dia boleh je lek-lek relax macam takde apa-apa.
Kadang-kadang bila dia gagal dengar arahan ibu dia pun, dah bukan main panik walaupun ia cuma benda kecil. Zafrel tiba-tiba teringat lah pulak waktu Hadi jadi macam tu. Dia ingat lagi yang ibunya, Qistina ada bagi Hadi satu arahan dimana dia kena pergi beli barang kat kedai. Tapi sayangnya, masa dia pergi tu, kedai memang dah tutup & dia bukan main panik sampai sanggup berjalan berpuluh Km untuk beli barang yang ibu dia nak.
Sebab dah tak mampu tahan tawanya, Zafrel akhirnya ketawa tak henti-henti sampai semua orang mulai menumpukan perhatian mereka kepada Zafrel kerana pelik akan perbuatannya yang ketawa secara tiba-tiba tu.
YOU ARE READING
Hadi:Budak Bersayap Hitam [Completed]
FantasyHadi Haikal, seorang budak yang dianggap berbeza dari kaum yang lain kerana memiliki sayap yang berwarna hitam malah dia adalah satu-satunya yang hanya memiliki sayap seperti itu. Kerana kelihatan berbeza dia telah dipulau kan begitu juga oleh kelu...