Bab 44:Sebuah Hasrat

1.5K 132 15
                                        

Beberapa tahun kemudian...

Hadi kini sudah berumur 17 tahun. Dia tidak lama lagi bakal menghabiskan zaman persekolahan menengahnya. Dari dulu hingga sekarang, sudah banyak perkara yang berlaku dalam hidupnya.

Banyak halangan & cabaran yang dia sudah lalui. Kini, dia bakal melangkah ke alam dunia dewasa tidak lama lagi.

Pada suatu pagi...

Hadi pergi ke sekolah seperti biasa bersama dengan Aryan yang kini sudah berumur 16 tahun. Sementara itu, Nurin, Mazrul & Raykal sudah menamatkan persekolahan malah sudah mempunyai hala tuju masing-masing. Begitu jugak dengan Nurin yang kini sedang sambung belajar.

Suasana berada sedikit berbeza kerana ketiadaan sahabatnya yang lain. Kini, Hanya Afiq yang masih bersekolah dengannya.

Di dalam kelas..

Mereka sedang menumpukan perhatian kepada pelajaran mereka seperti biasa. Hidupnya telah berubah, dia tidak lagi dibuli seperti dulu. Hidupnya serba sedikit terasa tenang akan hal itu.

Banyak perkara yang dia ingat akan peristiwa itu, begitu jugalah cara dia menjadi sahabat dengan Mazrul & Raykal. Kalau diikutkan pepatah, musuh boleh menjadi sahabat, sahabat boleh menjadi musuh.

Setelah guru mereka keluar, Hadi sedang termenung & dia tiba-tiba ditegur oleh Afiq.

"Hadi, kau rindu tak kat diorang?"tanya Afiq sambil memandang Hadi.

Hadi masih termenung lalu memandang Afiq sambil tersenyum.

Hadi masih termenung lalu memandang Afiq sambil tersenyum

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

"Sebenarnya, aku pun rindukan diorang. Tapi buat masa sekarang kita perlu berjuang untuk jadi yang terbaik. Dengan cara tu, kita dapat menyumbang jasa kepada agama, keluarga & negara kita. Jadi apa yang kita boleh buat sekarang ialah berdoa,"kata Hadi sambil bermain dengan rambutnya.

 Jadi apa yang kita boleh buat sekarang ialah berdoa,"kata Hadi sambil bermain dengan rambutnya

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

"Sebab hanya Allah SWT saja yang tahu apa yang terbaik buat kita,"kata Hadi sambil tersenyum.

"Betul tu, tak rugi aku jadi kawan kau, Hadi,"kata Afiq.

Mereka berdua hanya mampu ketawa dengan kata-kata Afiq.

Pada waktu rehat...

Mereka melepak di bawah Pokok Elvotria. Dimana tempat Hadi pernah bertemu dengan Nurin tanpa sengaja. Dari pertemuan itulah yang membawa mereka menjadi sahabat & kini sudah menjadi kekasih.

Hadi:Budak Bersayap Hitam [Completed]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang