Hadi Haikal, seorang budak yang dianggap berbeza dari kaum yang lain kerana memiliki sayap yang berwarna hitam malah dia adalah satu-satunya yang hanya memiliki sayap seperti itu.
Kerana kelihatan berbeza dia telah dipulau kan begitu juga oleh kelu...
Afiq mulai sedar dari tidurnya. Lalu dia bangun & memerhatikan jam Hadi yang sudah menunjukkan jam 6.15 pagi. Dia melihat katil yang ditiduri oleh Hadi & dia mendapati yang Hadi sudah bangun malah katilnya sudah dikemas.
Lalu dia bangun & pergi mencari Hadi. Ketika sedang mencari Hadi, dia terpandang sebuah bilik & di bilik itu ada sebuah kertas yang ditampal. Kertas itu bertulis "Bilik Kerja" lalu dia membuka pintu itu perlahan-lahan.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Dia melihat yang Hadi sedang melukis sambil tertidur di meja lalu Afiq mendekati Hadi & dia melihat yang Hadi sedang nyenyak tidur. Afiq hanya tersenyum nakal & dia terfikirkan sesuatu lalu dia memicit hidung Hadi sehingga membuatkan Hadi tak dapat bernafas.
"Huh?!!! Astaghfirullah!?"jerit Hadi yang terkejut dari tidurnya kerana tak boleh bernafas.